MYANGKASAAMANAH BERHAD (MAAB) BERSAMA PELATIH AKADEMI DAE MUDA YADIM (ADMY) 2022 SEBARLUAS KEPENTINGAN URUS TADBIR HARTA PUSAKA

PETALING JAYA, 25 OKTOBER 2022- MyAngkasa Amanah Berhad (MAAB),

anak syarikat yang dinaungi sepenuhnya oleh Angkatan Koperasi

Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) pada hari ini menganjurkan

Majlis Pengisian lImu Perancangan Harta Pusaka bersama pelatih Akademi

Daie Muda YADIM (ADMY) 2022 ci Dewan Dato' Mohd Ali Baharom, Wisma

Ungku A.Aziz.


MAAB merupakan penaja bersama rancangan Akademi Daie Muda

YADIM (ADMY) 2022 yang bersiaran langsung setiap hari Khamis, jam 9

malam di TV A-Hijrah sebanyak 8 episod.




Majlis yang diadakan pada hari ini dianjurkan dengan objektif berkongsi

ilmu perancangan harta pusaka kepada pelatih ADMY 2022, agar

mereka dapat mengUar-uarkan dan meningkatkan kesedaran kepada

masyarakat berkenaan urus tadbir harta pusaka seterusnya mengurangkan

isU harta terbeku dan tidak dituntut di kalangan umat Islam khususnya.


MAAB juga membuka peluang kepada pelatih ADMY 2022 untuk menjadi

ejen perancangan harta pusaka dengan mendja pemenang Daie Muda

ADMY 2022 sebagai Rakan Niaga Premium MAAB selain menaja kursus

latihan sebagai ejen kepada semua pelatih ADMY 2022.


Menurut Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Haji Abdul Fattah Haji Abdullah.

sehingga hari ini, MAAB telah melakar pencapaian yang amat

membanggakan dengan pendaftaran Wasiat melebihi 223,247 kes

dengan anggaran jumlah nilai aset sebanyak RM 111.6 billion. Jika

Pentadbiran Pusaka ini diselesaikan kelak, pendapatan MAAB

dianggarkan sebanyak RM 2.23 billion.


Antara Sasaran masa hadapan ANGKASA adalah untuk menjadikan

MAAB sebagai penyedia utama khidmat Perancangan dan pentadbiran

Harta Pusaka di Malaysia seterusnya dapat menyelesaikan masalah harta

pusaka terbeku akibat daripada kegagalan menyelesaikan urusan

pentadbiran harta pusaka. Selain daripada ifu, ANGKASA juga juga

membuka ruang kepada orang awam untuk menjadi ejen perancangan

harta pusaka MAAB bagi memperluaskan lagi kefahaman produk

perancangan harta pusaka seperti Wasiat, Hibah dan Amanah kepadaa

semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama, kaum dan bangsa.


Beliau Juga menggalakkan orang awam ataupun mana-mana syarikat

yang beminat untuk menjalinkan kerjasama dengan MAAB dan menjadi

rakan niaga supaya dapat menghubungi MAAB bagi mendapatkan

penjelasan lebih lanjut.

 

Untuk pertanyaan lanjut mengenai MAAB sila hubungi :

 

Encik Mohamad Darulnizam Bin Mat Darus

( Lembaga Pengarah MAAB )


 No Telefon : 03-7884 6437

No Faks : 03-7804 6722

E-mel : darulnizam.angkasa@amail.com

Website Utama : 

www.maab.myangkasaamanah.com.my


Comments