Konsert Agungnya Cinta (KAC2022)

 Kuala Lumpur  28 Oktober 2022 , Yayasan UNITI, yang terkenal dengan pelbagai gerak 

kerja amal, kini menjalin kerjasama dengan Afocus Media Ventures (AMV), produser media 

Islamik kontemporari, dalam menganjurkan satu inisiatif kutipan dana amal bagi menjana 

pelbagai  aktiviti kebajikan kelolaan Yayasan UNITI, yang dinamakan Agungnya Cinta.



Antara aktiviti kebajikan yang dijangka akan mendapat manfaat daripada inisiatif

Agungnya Cinta ini termasuklah:


Feet 4 Life

Pemberian kaki palsu percuma kepada lebih 700 OKU Asnaf di seluruh Malaysia,

dengan kerjasama Uniti Waqi Sdn. Bhd. dan Kedidi Global Sdn. Bhd.

 

1 Keluarga 1 Graduan

Siri program pendidikan yang membantu memastikan sekurang-kurangnya seorang

ahli daripada golongan keluarga B40 untuk layak melanjutkan pelajaran ke IPT

 

Tuisyen Percuma

Program tuisyen percuma yang telah dijalankan sejak tahun 2010 untuk meringankan

bebanan keluarga dengan membiayai sebahagian daripada kos pendidikan serta

menjadi penggerak kepada pelajar untuk terus meningkatkan potensi diri dalam

bidang akademik

 

Waqaf Tunai ASEAN Mall

Pusat membeli-belah yang bukan saja membekalkan makanan halal dan keperluan

penggunaan harian untuk masyarakat setempat, malah juga bertindak sebagai

gerbang produk halal wilayah ASEAN


dan juga akan ada lagi pelbagai aktiviti yang akan diberitahu kermudian. 




Sumbangan untuk inisiatif Agungnya Cinta boleh dibuat menerusi laman sesawang

https://kac.amv.events/

sama ada mengikut pakej yang telah ditawarkan atau sebarang

jumlah bebas mengikut kemampuan.


Sebagai satu nilai tambah kepada inisiatif ini, sebuah konsert makan malam dengan 

pengisian yang dinamakan Konsert Agungnya Cinta: Menyusuri Sirah Baginda akan 

dianjurkan khas untuk meraikan para penyumbang


Dalam konsert ini, riwayat hidup Rasulullah akan diceritakan semula dalam bentuk tazkirah

oleh Ustaz Don Daniyal dan Imam Muda Megat Mohd Zaid, diselang-selikan dengan alunan

nasyid tentang kehidupan dan perjuangan Baginda oleh kumpulan Raihan, UNIC, Mirwana

serta Naim Daniel, di samping persembahan sketsa oleh Man Raja Lawak dan dendangan

syair tradisi oleh Galuh Cendra Kirana.


Berikut adalah butiran konsert tersebut

 Nama : Konsert Agungnya Cinta

Tarikh : 30 Disember 2022

Masa  : 8.00 11.30 malam

Lokasi : Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur


Sebagai memenuhi permintaan para peminat hiburan Islamik, konsert ini juga akan disiarkan

secara langsung atas talian.


Atas permintaan ramai, tiket yang lebih mampu milik telah dibuka. Kepada yang berminat, boleh layari 

 https://www.ticket2u.com.my

untuk membeli tiket dengan harga serendah RM88


Penutup

Pihak penganjur amat berbesar hati sekiranya rakan-rakan media dapat membantu 

menguar-uarkan tentang inisiatif Agungnya Cinta ini kepada segenap anggota masyarakat, 

baik dari golongan korporat mahupun individu.. Semoga segala yang kita usahakan pada 

hari ini dapat membantu menjamin hari esok yang lebih baik, dan mendapat restu 

daripada Allah S.W.T



Comments