K PLUS FOOD MARKET, PASARAYA PREMIUM KOREA YANG PERTAMA DAN TERBESAR DI MALAYSIA MENSASARKAN UNTUK MENGHUBUNGKAN MALAYSIA & KOREA SELATAN
PETALING JAYA, 7 Oktober 2022 - Chef selebriti Malaysia terkemuka, hos rancangan televisyen dan pengusaha restoran, Datuk Dr. Chef Wan bersama K-Eco Mart (M) Sdn. Bhd. tampil di pelancaran ‘K PLUS Food Market’, pasaraya premium Korea yang pertama dan terbesar di Malaysia. Pasaraya yang pertama seumpamanya seluas 28,000 kaki persegi itu menawarkan pelbagai juadah dari kafe ala Korea, sudut daging dan makanan laut segar, sudut juadah istimewa Korea (banchan) dan kimchi serta banyak lagi.
Encik Im Chae Wook, kaunselor kepada Kedutaan Republik Korea berkata, “Korea Selatan dan Malaysia sudah pun sekian lama menjalinkan perhubungan persahabatan yang akrab semenjak termeterainya hubungan diplomatik antara keduanya pada tahun 1960. Hingga kini, persahabatan akrab yang terjalin melalui komunikasi dua hala telah mecetuskan sinergi yang harmoni dalam pelbagai pertukaran dan peristiwa di dalam sektor politik, ekonomi dan budaya. Dengan melihat terbinanya pasaraya baru ini, saya percaya ini adalah bukti bagaimana Korea Selatan dan Malaysia berdedikasi untuk memperkasakan satu sama lain dan saya teruja melihat kedua-dua negara terus menuju ke masa hadapan.”
Pengerusi K-Eco Mart, Datuk Matthew Lew berkata, “Malaysia sentiasa mengalu-alukan dan menghormati budaya lain, dan untuk saya, ini adalah keistimewaan negara kita. Saya berbangga kerana dapat menghubungkan Malaysia dan Korea Selatan melalui K Plus Food Market dan memenuhi permintaan para pengguna yang mengutamakan produk yang berkualiti dan tulen. Dengan pelancaran K Plus Food Market, saya teruja untuk menyediakan platform serba lengkap kepada rakyat Malaysia demi memenuhi keperluan produk Korea anda.”
K PLUS Food Market menunjukkan usaha K-Eco Mart dalam memperkasakan Malaysia dan Korea Selatan disamping mempromosikan Malaysia sebagai sebuah negara yang menghargai persahabatan melalui inovasi dan pelancongan rentas budaya.
K-Eco Mart (M) Sdn. Bhd ialah Peruncit Korea No.1 di Malaysia yang dikendalikan oleh pengedar, Kumpulan KMT sejak 1994. Ia kini mengendalikan 7 pasar raya runcit di bawah nama dagangan “K Market” di Semenanjung Malaysia. Ia telah berkembang melalui pengembangan yang agresif sambil menyediakan pelbagai banyak jenis produk Korea yang diimport berkualiti daripada barangan runcit segar kepada barangan isi rumah dan perkhidmatannya. Apa yang menarik adanya penghantaran ke depan pintu pelanggan di sekitar kawasan mereka dengan perbelanjaan minimum di tetapkan.
Comments
Post a Comment