LEBIH PADAT DAN DIPENUHI AKSI, OLABOLA “I COVER YOU’ 2022 KEMBALI DENGAN MUSIM TERHAD!

 

KUALA LUMPUR, 28th September 2022 Enfiniti (M) Sdn Bhd kembali ke pentas teater muzikal

 dengan persembahan OLABOLA “I COVER YOU”. Produksi yang telah memenangi 8 Anugerah 

di 16th BOH Cameronian Arts Awards ini bakal menghangatkan panggung The Platform, 

Menara KEN TTDI untuk musim terhad bermula 9 hingga 19 November 2022.


Dicipta dan diarahkan oleh Puan Sri Tiara Jacquelina, OLABOLA “I COVER YOU”

merupakan versi 90 minit yang lebih padat, dipenuhi aksi, dan mengasyikkan lagi

dengan adanya interaksi bersama penonton. Versi ini pada asalnya, merupakan versi

jelajah untuk kempen Merdeka pada 2019 dan telah dipersembahkan kepada penonton

di Pulau Pinang, Kuantan, Kota Kinabalu dan Kuching.


Apabila ditanya mengenai perbezaan antara versi ini dan versi penuh (2.5 jam)

persembahan OlaBola The Musical di Istana Budaya pada tahun 2018 dan 2019, Puan

Sri Tiara berkata “Oh, sangat berbeza dengan versi penuh. Versi ini seolah-olah

OLABOLA versi roller-coaster!” katanya sambil ketawa.

 

“Sewaktu persembahan jelajah tahun 2019, kami telah menyaksikan reaksi yang sangat

luar biasa daripada penonton. Dari bermulanya jelajah tersebut, ternyata tahap

adrenalin, emosi, dan keterujaan penonton di Malaysia terhadap bola sepak memang

lain daripada yang lain. Setiap persembahan dibuka dengan interaksi penonton

bersorak sepenuh hati dipimpin kumpulan sorak bolasepak Malaysia, Ultras Malaya,

diikuti pula dengan semangat “takkan kalah” Harimau Malaya dalam sesi latihan ke

Sukan Olimpik 1980. Ini ditambah lagi dengan kemunculan Sarjan Ahmad, watak yang

dibawa rapper terkenal Malaysia - Altimet, penonton terbawa sekali dalam penceritaan

kisah pasukan bola sepak negara ini. Saya pasti, persembahan kali ini merupakan sesi

“warm-up” yang sangat sesuai bagi penonton dan peminat bola sepak dalam menanti

demam World Cup tahun ni.”


OLABOLA “I COVER YOU” ditonton lebih kurang 80,000 penonton di Pulau Pinang,

Kuantan, Kota Kinabalu dan Kuching disamping penonton “on-line” di seluruh dunia. Ini

merupakan kali pertama penonton di Kuala Lumpur akan mendapat peluang menonton

versi yang lebih padat dan menarik ini.

 

OlaBola The Musical telah memenangi 8 anugerah di 16th BOH Cameronian Arts

Awards pada tahun 2018 termasuk anugerah Best Direction (Tiara Jacquelina), Best

Actor (Brian Chan), Best Set Design (Raja Malek), Best Original Score (Mia Palencia

& Altimet), Best Choreographer (Adzwani Sani & Stephen Rahman-Hughes), Best

Lighting Design (Ee Chee Wei), Best Performance by an Ensemble, dan Best of

2018.

 

Musim terhad versi 90 minit kali ini akan menyaksikan kembalinya pelakon-pelakon dari

pementasan muzikal asal yang membawakan watak-watak kesayangan ramai. Altimet

sebagai Sarjan Ahmad, Brian Chan sebagai “Tauke” Chow Kwok Keong, Luqman

Hafidz sebagai Ahmad Ali (Ali) dan Lim Jian Wen sebagai Ong Tiam Chai (Ah Chai).

 Produksi dibawah Enfiniti ini diaptasi dari filem dengan tajuk yang sama keluaran tahun

2016, arahan Chiu Keng Guan, terbitan Astro Shaw, Golden Screen Cinemas dan

Multimedia Entertainment Sdn Bhd.


Raja Jastina Raja Arshad selaku Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua

Astro Shaw berkata, “mewakili pihak penerbit filem OlaBola, Astro Shaw, GSC dan

Multimedia Entertainment, kami rasa amat berbesar hati apabila karya kami sekali lagi

diangkat dan dikembangkan melalui platform berbeza. Sebagai pengkarya industri

 kreatif, kami sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak jika filem-

filem lain terbitan kami di bawa ke pentas teater. Kami harap dengan kehadiran

 pementasan OlaBola “I Cover You” mampu merancakkan lagi industri pementasan

teater dan sekali gus menarik penonton untuk kembali menghargai seni teater selepas

fasa pandemik.”


Apabila ditanya penglibatan Enfiniti dalam usaha membaik pulih industri pementasan

teater, Chief Dream Maker Enfiniti (M) Sdn Bhd, Puan Sri Tiara turut berkongsi, “kami

sangat teruja untuk dapat melakukan pementasan ini setelah 3 tahun menyepi. Ini

sebagai tanda sokongan dan meraikan pembukaan kembali industri teater tempatan.

 

Seperti ramai yang sudah sedia maklum, pandemik Covid-19 telah meninggalkan impak

yang sangat besar dan menyedihkan pada berpuluh ribu pekerja industri seni

persembahan, selain lebih kurang 500 syarikat produksi, termasuk Enfiniti. OlaBola

merupakan sebuah produksi “feel good” yang saya pasti, bakal menaikkan lagi

semangat semua yang terkesan dengan pandemic ini. Kami juga berharap ia dapat

membantu sedikit sebanyak dari segi mewujudkan peluang pekerjaan, setelah 3 tahun

industri ini menyepi. Ia juga sebagai sesi “warm-up” yang paling bagus untuk persiapan

penonton-penonton World Cup Qatar 2022 nanti.

 

Peminat-peminat tegar OlaBola The Musical bakal menyaksikan babak-babak

kegemaran mereka seperti pemainan bola sepak secara “LIVE” diatas pentas dan sesi

latihan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi babak “I Cover You”. Kali ini,

dengan adanya sesi interaksi antara penonton dengan Ultras Malaya dalam suasana

yang lebih intim di panggung The Platform, di Menara KEN TTDI, pastinya penonton

akan merasai pengalaman yang lain daripada yang lain dan luar biasa.”

 

Saya betul-betul berharap peminat-peminat OlaBola, bola sepak Malaysia, dan peminat

industri seni persembahan Malaysia dapat memberikan sokongan yang padu kepada

persembahan musim terhad ini. Saya percaya bahawa kisah yang penuh inspirasi ini,

hasil penceritaan Chiu Keng Guan harus dikongsi dengan khalayak ramai berkali-kali,

dengan harapan ia dapat memupuk kembali semangat “takkan kalah”, semangat

Harimau Malaya dalam diri kita, agar Malaysia tercinta dapat MENGAUM kembali.

Terdapat hanya 500 tiket untuk setiap persembahan dalam musim yang terhad ini, oleh

itu dapatkan tiket-tiket anda sebelum terlepas!”




OLABOLA “ I COVER YOU” 2022 akan bermula pada 

9 hingga 19 November 2022 

di The Platform, Menara KEN TTDI


Ikuti perkembangan mengenai OlaBola “I Cover You”

di laman Instagram dan Facebook rasmi @EnfinitiMY


Dapatkan tikat anda di laman

https://enfinitim.sales.ticketsearch.com/sales/salesevent/79338

Jangan lupa untuk follow hashtag 

#AyuhMalaysiaku #OlaBolaMusical

#ICoverYou #EnfinitiMakesMagic.



Comments