AEON LANCAR DRAMA BERSIRI “SAYAP BAGIMU” DI MAJLIS TAYANGAN GALA & SIDANG MEDIA SEMPENA ULANG TAHUN KE-38

 

Kuala Lumpur, 13 Oktober 2022 – AEON CO. (M) BHD. (AEON) terus melebarkan

sayapnya untuk mendekatkan diri dan menggiatkan lagi penglibatan bersama

pelanggan dengan melancarkan drama bersiri Sayap Bagimu di majlis “Tayangan

Gala dan Sidang Akhbar Sayap Bagimu” yang diadakan TGV, AEON Mall AU2, Kuala

Lumpur.


Majlis penuh gemilang tersebut turut diserikan dengan kehadiran Dato’ Iskandar

Sarudin, Pengerusi AEON dan juga beberapa barisan artis yang membintangi drama

tersebut. Antaranya Alif Satar, Siti Nordiana, Dato' Sri Eizlan Yusof, Vince Chong dan

Aznie Azmi.



Majlis tayangan gala ini juga diadakan bersempena sambutan ulang tahun AEON

yang ke-38 membawa tema “Sayap Bagimu”, iaitu satu interpretasi kesungguhan

AEON untuk memberikan perkidmatan yang terbaik kepada pelanggan dan inklusiviti

serta kelestarian ekosistemnya.


Menurut Keiji Ono, Pengarah Urusan AEON,” Sebagai sebuah syarikat yang amat

mementingkan keutamaan pelanggan, kami sentiasa mahu menjadikan pasar raya

kami bukan sahaja tempat untuk membeli belah, malah mampu menjadi organisasi

yang sentiasa proaktif dan inovatif. Penglibatan AEON di dalam industri pembikinan

drama ini merupakan satu yang baharu untuk kami namun AEON yakin pendekatan

ini mampu memberikan impak positif dalam memperkasakan operasi syarikat dan

untuk terus merapatkan lagi hubungan di antara AEON dan pelanggan,”


Drama ini juga adalah tanda penghargaan dan terima kasih AEON terhadap kesetian

yang tidak berbelah bahagi oleh pelanggan, rakan niaga dan kesemua pemegang

taruh yang telah menjadikan AEON sebagai jenama runcitan pilihan dan tempat

membeli belah dan lokasi santai bersama keluarga.

“Kami di AEON amat bersyukur dengan setiap kejayaan yang dikecapi oleh syarikat

yang disokong oleh kesetiaan pelanggan selama 38 tahun. Kejayaan syarikat yang

juga didukung kuat Kerajaan membolehkan kami untuk terus memacu setiap usaha

kami ke hadapan,” sambung beliau.


Selain itu, tajuk drama “Sayap Bagimu” ini juga diambil daripada inisiaitf AEON untuk

kelestarian negara, di mana aspirasi Sayap Bagimu ialah untuk menyokong antara

satu sama lain untuk mengembangkan sayap dan terus bergerak ke hadapan

bersama. Drama Sayap Bagimu berkisar tentang cabaran, tekanan dan sokongan

yang dihadapi di tempat kerja demi memajukan nama syarikat. Ia mampu memberi

inspirasi kepada masyarakat untuk terus mengembangkan sayap potensi yang ada

pada diri masing-masing untuk mengejar impian.


Drama ini akan mula ditayangkan di laman Youtube AEON Malaysia bermula 13

Oktober 2022


Inisiatif Sayap Bagimu selaras dengan usaha AEON yang memperjuangkan Matlamat

Pembangunan Kelestarian Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSDG). Antaranya ialah

Kesihatan Baik dan Kesejahteraan (SDG 3) iaitu memastikan kehidupan sihat dan

menggalakkan kesejahteraan bagi setiap lapisan umur serta Pembangunan Ekonomi

Dan Pekerjaan Yang Baik (SDG 8) yang menggalakkan pertumbuhan ekonomi

berterusan, inklusif dan mampan, guna tenaga penuh dan produktif serta kerja yang

bersesuaian untuk semua.


Turut menyertai program ini ialah rakan-rakan niaga AEON dan para penaja seperti

AmBank Malaysia, TGV Cinemas, Focus Point, Gintell, OSIM, Poh Kong, Tomei Gold

& Jewellery, PANDORA Jewellery, Hype Energy Drink, Mahnaz Food, Samsung

Malaysia Electronic, Mamee-Double Decker, Shogun Japan, Yeo Hiap Seng, BB

Diapers, Uncle Zam Rice dan para para artis serta pengamal media . Sesi bersama peminat dengan

 pelakon filem sayap bagimu turut diadakan dengan gemilang .




Penyanyi dan pelakon Utama dalam Filem drama sayap bagimu turut hadir dan mempersembahkan beberapa lagu yang mencuit hati sebelum tontonan diadakan.




Mengenai AEON Runcit

AEON CO. (M) BHD. adalah syarikat peruncitan dan rangkaian pasar raya terkemuka di

Malaysia dengan 28 AEON Mall, 34 AEON Stor, 9 MaxValu Prime, 65 AEON Wellness, 42

DAISO dan 4 Komai-so di seluruh negara. Ia ditubuhkan pada tahun 1984 sebagai maklum

balas kepada jemputan oleh Kerajaan Malaysia dalam membantu memodenkan industri

peruncitan negara.


AEON BiG (M) SDN. BHD. mengendalikan 21 pasar raya besar dengan nama dagang "AEON

BiG" di Malaysia. Ia menawarkan pelbagai pilihan dengan nilai yang hebat. Pengambilalihan

AEON BiG adalah sebahagian daripada rancangan AEON Group untuk mengembangkan

perniagaan di Asia Tenggara dan mengembangkan lagi operasi di Asean.



Sempena ulangtahun ke-38 tahun  AEON akan terus berusaha untuk memenuhi keperluan dan 

kehendak pelanggan yang sentiasa berubah. Berpandukan kepada falsafah 

“Pelanggan Didahulukan”, pemahaman mendalammengenai keperluan pasaran sasaran, 

dibantu oleh campuran produk yang optimum, AEON beriltizam untuk melangkaui jangkaan 

pelanggan dan meningkatkan pengalaman merekasetiap kali mereka berbelanja di rangkaian AEON.


 Dengan semangat AEON yang bermaksud ‘berkekalan’ dalam Bahasa Latin, matlamat AEON

adalah untuk memastikan kerjasama lestari dengan para pelanggan, pembekal, rakan niaga,

pemegang saham dan komuniti untuk mewujudkan masa hadapan yang tiada had.


Untuk maklumat lanjut anda boleh layari:

 Facebook: AEON Retail Malaysia

Instagram: AEON Retail Malaysia

Twitter: AEON Retail Malaysia

 LinkedIn: AEON Group Malaysia

 Laman Web:

 www.aeongroupmalaysia.com


Kesimpulannya Aeon akan terus mencuba untuk bersama mendekati di hati pelanggannya .  

Dengan itulah Aeon menerbitkan sebuah drama Sayap Bagimu . Dengan adanya drama 

setiap episod ini ia akan terus memberitahu pelanggannya tentang suasana kehidupan 

sebagai sebuah pusat peruncitan ini untuk terus memberi layanan yang terbaik untuk pelanggannya 

dan pekerjanya juga. Semoga ia dapat memberi gambaran kepada pelanggan usaha yang selalu ingin

 disampaikan untuk mendekati dihati  mereka.


Jadi untuk mengetahui tentang Filem Drama hebat Sayap bagimu ini anda boleh tontonnya 

di You Tube Chanel  tertera di bawah . Dimana saya dapati ada yang tidak sabar melihat 

Artis kesayangan mereka Siti Nordiana bergandingan bersama Watak Utama artis 

Alif Satar yang hangat diperkatakan ini. 



Video Drama Sayap bagimu 

Disediakan juga link tersebut




















Comments