Kuala Lumpur 22 Oktober 2022 Festival Filem Russia akan diadakan di Malaysia . Ia adalah kali pertama Malaysia menanjurkan Festival Filem ini . Sebelum ini ia diadakan di Singapura. Berikutan kejayaan
tiga tahun menjadi hos festival filem yang diadakan di Singapura. Majlis Perniagaan
Rusia-Singapura (RSBC) sekarang ini merentasi sempadan untuk
mempamerkan filem mereka di malaysia . Tahun ini,
Malaysia dengan bangganya menganjurkan Minggu Filem Rusia IV untuk negara
pertama kali keluar dari negara asal festival itu.

Mengenai Festival Filem Russia ini. Terdapat 5 filem yang
akan dipamerkan semasa festival tahun ini yang akan ditayangkan di TGV Suria
KLCC, antara November 2022 hingga 3 November 2022. Tajuk Filem yang akan
ditayangkan adalah “11 Silent Men, Everything All Right, Son of a Rich, The Big
Deaf & From Grief to Joy “. Filem
ini dibuka kepada orang ramai secara percuma, dan tiket boleh didapati di laman
EventBrite. Pihak penganjur Bersama
Program ini , RSBC telah menyertakan beberapa rakan dagang dalam usaha untuk
menjayakan program tersebut. Bagi
menyokong penganjuran majlis tersebut, Prevail Productions Sdn. Bhd. telah dilantik sebagai wakil dan
pengedar filem di Malaysia. Festival dalam
bentuk Filem ini adalah untuk menyebarkan lagi seni dan budaya Rusia,
memberikan penonton gambaran landskap dan seni visual negara melalui lima filem
yang akan dipamerkan nanti.

Minggu Festival Filem Russia juga dapat memberi peluang perdagangan perniagaan dan mengukuhkan
hubungan ekonomi antara sesebuah negara.
Timbalan Pengerusi, Pengarah Eksekutif RSBC, Dr. Sergey Pronin menekankan
“Kami percaya adalah penting kepada keseluruhan seni dan budaya akan menjadi inklusif
secara meluas, justeru RSBC mengambil keistimewaan untuk meluaskan hubungan seni,
budaya dan perdagangan melalui penganjuran festival filem ini. dan aktiviti lain sebagai sebahagian daripada
inisiatif kami”.
Antara Usaha dari festival filem ini adalah :
1. Kepelbagaian dalam penceritaan merentas negara
2. Pendedahan kepada
landskap negara lain
3. Pengalaman menjadi
sebahagian daripada festival filem
4. Arena Festival
Filem untuk dinikmati bersama rakan, keluarga dan rakan sekerja
5. Mewujudkan
perpaduan melalui media
Untuk yang berminat boleh dapatkan tiket di :
Comments
Post a Comment