KERAJAAN NEGERI PERAK MEMUJI INISIATIF ‘PERAK BOX OFFICE’ YANG MENJANA PENDAPATAN RM70 JUTA DARI SEKTOR PELANCONGAN
IPOH, 3 Oktober 2022 - Pengerusi Jawatankuasa Perumahan,
Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam & Pelancongan Negeri Perak (PKP
Perak), YB Dato’ Nolee Ashilin bt. Dato’ Mohammed Radzi menyempurnakan
pengumuman kerjasama platform penjualan tiket unik khusus untuk negeri Perak
yang dikenali sebagai ‘Perak Box Office’. Disokong oleh PKP Perak dan "People of
Remarkable Talents (PORT) ", inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan industri
pelancongan negeri Perak dan menjana lebih dari RM70 juta dalam tempoh lima
tahun.
Perak merupakan salah satu destinasi pilihan pelancongan di
Malaysia, mempunyai kepelbagaian flora dan fauna dan kaya dengan sejarah yang
menjadi tarikan pelancongan. Selain itu, pelbagai acara seni kreatif dan
kebudayaan kerap dianjurkan bagi menarik minat pelancong tempatan dan
antarabangsa.
Sebagai usaha untuk menonjolkan tarikan-tarikan negeri ini, "L’Univers dan Pouch Nation" berganding bahu menghasilkan sebuah platform digital
menyeluruh bagi memudahkan para pengunjung mengakses tarikan-tarikan yang
menarik dan acara-acara yang sedang berlangsung di Negeri Perak . Ini termasuklah konsert,
perayaan, festival makanan, festival muzik, pameran dan konvensyen, pertunjukan
bot antarabangsa, pertunjukan kereta dan acara triathlon.
YB Dato’ Nolee Ashilin bt. Dato’ Mohammed Radzi berkata,
“Saya berasa gembira untuk menyambut para pelancong tempatan dan antarabangsa
ke destinasi pelancongan kami dan melakarkan memori yang berkekalan. Sepanjang
tempoh pasca pandemik, saya sedar yang kita boleh lakukan yang lebih baik untuk
#travelperaklah dan Cuti-Cuti Malaysia.”
Beliau menambah, “Platform seperti ‘Perak Box Office’ bukan
sahaja berguna kepada para pelancong tempatan dan antarabangsa untuk
mengunjungi destinasi-destinasi di Perak dan mendapat maklumat terkini mengenai
acara, tetapi juga berfungsi sebagai pemangkin untuk pembangunan negeri Perak
dengan menjana pendapatan sebanyak RM 70 juta dalam tempoh lima tahun.”.
Bersempena dengan pengumuman ini, "L’Univers" turut
mengumumkan mereka akan membawa pertunjukan-pertunjukan seni kreatif dan
kebudayaan dari serata dunia ke negeri Perak, bermula dengan pelancaran “The UK
Bubble Show”, sebuah pertunjukan silap mata yang memenangi anugerah menampilkan
pemegang beberapa Rekod Dunia, Eran Backler yang bakal mencipta satu lagi Rekod
Dunia di Malaysia. Para pelancong juga akan disaji dengan pelbagai pertunjukan
yang menghiburkan pada suku akhir tahun 2022, yang akan tersedia di platform
‘Perak Box Office’ ini nanti.
Antara Acara dalam Kalender ‘Perak Box Office’ Ini termasuk:
Simposium Muzik Antarabangsa
Festival Jazz Pulau Pangkor
Hari Keluarga Krismas, Gopeng
Pesta Laut, Lumut
Bengkel Tarian dan Gimnastik PSTPA
Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia
Ketua Pegawai Operasi Pouch Nation, En. Gonçalo Vaz de
Carvalho berkata, “Malaysia merupakan negara yang menakjubkan dengan pelbagai
tarikan. Semasa menerokai negeri Perak, kami di Pouch Nation amat menghargai
kecantikannya dan kepelbagaian tarikan yang tersedia, termasuklah juadah-juadah
tempatan. Walaubagaimanapun, Perak tidak mendapat perhatian yang sepatutnya,
dan saya berbangga kerana dapat menonjolkan keunikan negeri Perak melalui
solusi digital kami dan membantu para pemain industri pelancongan memodenkan
pemasaran mereka untuk menarik minat lebih ramai orang.”
Ketua
Pegawai Eksekutif L’Univers, En. Shannon Lee berkata, “Untuk negeri yang
memiliki bakat-bakat mengagumkan dan kepelbagaian budaya, ‘Perak Box Office’
bertindak sebagai pentas untuk negeri Perak dan Malaysia menonjolkan
tarikan-tarikan kepada dunia. Di dalam membangunkan platform ini, kami mampu
membawa lebih ramai pengunjung ke negeri Perak dan bakal mencipta peluang
pekerjaan di samping mempromosikan pelancongan. Saya percaya, ‘Perak Box
Office’ bakal melonjakkan Perak ke peringkat yang lebih tinggi, menarik
pelancong tempatan dan antarabangsa penuh dengan elemen-elemen seni kreatif dan
kebudayaan yang mempersonakan.”.
Mengenai L'Univers
L’univers ialah tenaga industri kreatif yang akan bermula di Perak, dimana ia memberi tumpuan untuk mewujudkan ekosistem yag mampan dalam industri
kreatif melalui seni dan budaya bagi membuka pintu kepada peluang di peringkat global keseluruhan .
Mengenai Pouch Nation
"Pouch Nation" ialah penyelesaian pengurusan tanpa tunai dan yang pertama dalam acara yang mendigitalkan operasi
menggunakan teknologi NFC. "Pouch Nation " ialah platform berasaskan
SaaS dengan kehadiran keseluruhan di Asia Tenggara dan Amerika Selatan.
Pertunjukkan Menarik "The UK Bubble Show"
Jangan Lupa untuk anda dapatkan tiket ini yang telah dibuka sebelum ia kehabisan stok.
untuk dapatkan tiket aksi yang ditunggu tunggu ini di Ipoh, Perak anda boleh hubungi :
Comments
Post a Comment