KUMPULAN RADJA & REPVBLIK KEMBALI MENGGEGAR DENGAN KONSERT REUNION DI WTKL, KUALA LUMPUR

Kuala Lumpur mengenang kembali lagu-lagu terbaik kumpulan Radia seperti Jujur, Benci Bilang Cinta, Takkan Melupakan Mu, AKu da Kerna Kau Ada yang begitu popular pada  era 2001 dan tahun seterusnya masih dingati oleh peminat industri seni hiburan di Malaysia. Ia mampu untuk mengamit semula Nostalgia. 

 

Lagu-iagu Kumpulan yang menampilkan vokalis lan Kasela ini pernah menduduki carta lagu-lagu teratas popular di negara kita serta masih menjadi pilihan halwa telinga ramai pendengar.


Terkini setelah sekian lama menyepi kerana pandemik Covid-19, kumpulan dari Indonesia ini kini muncul Kembali dengan Reunion di Kuala Lumpur serta turut menampilkan bersama satu lagi artis tersohor juga Kumpulan Repvblik dimana lagu lagu mereka begitu popular pada tahun 2005 dan keatas .

 


walaupun berasal dari Indonesia, lagu-lagu mereka diakui telah berjaya menambat hati peminat-peminat di Malaysia. Berita ini pastinya disambut girang oleh peminat-peminat fanatik kedua-dua kumpulan ini.



Kumpulan Radja & Repvblik akan menyorot kembali kenangan silam dengan lantunan Vokal Lan Kasela dan Rury Repvblik dengan hits mereka Sandiwara Cinta, Sayang Sampai Mati , Aku Tetap Cinta, Aku Takut dan banyak lagi. Mereka Kembali bersama dalam Konsert buat julung kali ini digandingkan. Ia sesuatu yang belum pernah berlaku jelas mereka , Ia sesuatu yang unik pada konsert kali ini mereka tutut akan berduet bersama tidak diketahui lagu yang mana menjadi pilihan itu adalah rahsia jelas mereka. 



Kedua-dua kumpulan popular ini akan berada sepentas menyantuni peminat dengan Konsert Radja Repvblik di lokasi berprestij WTC KL (Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur) pada 13 November 2022, jam 8.30 malam.



Menariknya, konsert anjuran Angkasa Mukmin Sdn Bhd ini bakal menemukan semula anggota asal       kumpulan Radja setelah mereka berehat lama  seketika. Kuala Lumpur adalah ibukota pertama di               luar Indonesia yang menyaksikan gabungan semula (reunion) Radja ini.

Konsert bakal berlangsung selama satu Setengah jam sehingga dua jam yang akan dimulakan dgn Repvblik menerusi persembanan lagu-lagu hits mereka. Selepas itu, pentas akan diambil oleh Radja pula dengan persembahan lincah dan bertenaga mereka.


Ketua Pegawai Eksekutif Angkasa Mukmin SDN  BHD , Yusni Ismail berkata, mereka sangat berbesar hati apabila lamaran untuk mendapatkan Radja dan Repvblik membuat persembahan berkonsep 2 band 1 panggung Kuala Lumpur mendapat jawapan positif.


Untuk harga tiket adalah seperti gambar diatas berikut dimana ada "discount "yang diberikan untuk pembelian awal.

Tiket-tiket untuk menonton boleh didapati dengan melayari 

www.ilassotickets.com


Comments