Tayangan Perdana Filem Sayap Sayap Patah beserta ulasan ( Cinta Menutup Dugaan )

Kuala Lumpur 6 Oktober 2022 Filem Patah Patah Sayap dari Inbdonesia melancarkan Tayangan Perdana bersama Pengamal Media  serta Artis terkenal Malaysia yang diadakan di lokasi GSC Mid Valley . Ia dihadiri juga oleh Peengamal You Tuber dan Para Influcer . Penerbit dan Pelakon filem Patah Patah Sayap turut hadir bersama untuk mempromosikan filem dari indonesia ini untuk tontonan kepada rakyat Malaysia pada 13 Oktober 2022.


ketika menonton minit-minit pertama durasinya, Saya sangkakan ia filem cinta , Tetapi masuk babak serterusnya perasaan saya bergetar, dan langsung mengubah sangkaan awal. Rupa-rupanya Sayap-Sayap Patah ialah filem aksi lasak . Sehingga ke akhir, saya sangat menggemari kesemua aspek filem arahan Rudi Soedjarwo ini.

Bukan hanya kerana pelakon terkenal Nicholas Saputra yang muncul semula selepas Paranoia (2021), tetapi disebabkan persembahannya. Filem lakonan Nicholas bersama-sama Ariel Tatum sebagai pemeran utama yang ditayangkan sejak 18 Ogos 2022  telah mengegarkan Indonesia dimana  telah menarik 2.8 juta penonton dengan kutipan kira-kira RM40 juta terhasil sangat memberangsangkan untuk filem indonesia pada saat ini. 


Hal ini dibuktikan oleh penerbit AddMore Holding Berhad, Roslina Abd Majid yang berkata Sayap-Sayap Patah mendapat sambutan hebat kerana keistimewaannya yang menggabungkan jalan cerita penuh dramatik bersama-sama gandingan bintang ternama di Indonesia.

“Kami sebagai pihak yang akan mengedarkan Sayap-Sayap Patah di Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam cukup terharu dengan sambutan hebat penonton Indonesia terhadap filem ini,” kata Roslina.

Tambah beliau, sekumpulan wakil media Malaysia yang turut diundang menonton Sayap-Sayap Patah di Jakarta pada 14 Ogos lalu turut mengakui filem ini terbaik, dan amat mengesankan.

Sambutan hangat di Indonesia ini menjadi faktor utama Roslina selaku ahli perniagaan membawa Sayap-Sayap Patah ke Malaysia.

Sebagai filem adaptasi, sukar untuk mempertikai kelogikkan  walaupun bukan semua fakta sebenar dipaparkan. Tidak semua juga kita mengetahui kesahihan semua perkara. Dalam konteks filem ini, kita tidak tahu berapa peratus fakta dan fiksyen, kecuali setelah ditanyakan kepada pembikinnya.

Namun demikian, persoalan boleh dibangkitkan dalam hal persembahan yang merangkumi lakonan (pelakon/pemilihan pelakon), penataan muzik, penataan bunyi, suntingan, kesan khas dan lain-lain.


Sayap-Sayap Patah didasarkan dan digarap daripada tragedi berdarah di Lokap Mako Brimop, Kota Depok, Indonesia pada 2018 apabila sekumpulan tahanan penggganas bangkit merusuh.

Dalam kejadian yang menggemparkan itu, pertempuran hebat tercetus dan lima anggota polis Densus 88 dibunuh dengan kejam.


Nicholas memegang watak Ipda Sudarmaji, salah seorang anggota Densus 88 yang juga suami kepada Nani Sudarmaji (lakonan Ariel).


Turut membintangi filem ini ialah rapper terkenal Indonesia Iwa K, serta dibantu dengan cemerlang oleh Popi Sovia, Ariyo Wahab, Edward Akbar, Dewi Irawan, Revaldo, dan ramai lagi.

Sayap-Sayap Patah diterbitkan oleh aktivis sosial media terkenal Denny Siregar bersama-sama Yoen K.


Rudi sebelum ini pernah menggilap bakat Nicholas kira-kira 20 tahun lalu menerusi filem Ada Apa Dengan Cinta. Filem lain arahannya termasuklah 9 Naga, Tentang Dia, Mengejar Matahari, 40 Hari Bangkitnya Pocong, dan Mendadak Dangdut.

Ku Tunggu Senyummu dendangan Ipang Lazuardi telah dipilih menjadi lagu runut bunyi/lagu tema (OST) filem ‘pecah panggung’ ini. Ramai yang memuji penataan muzik serta kesan bunyi untuk filem ini yang banyak membantu adegan-adegan sedih, ceria, dan mendebarkan.

Ternyata Sayap-Sayap Patah berjaya ‘menewaskan’ filem dari negara kita, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan (MKKP - di Indonesia, judul diubah menjadi Mat Kilau: Kebangkitan Pejuang).

MKKP yang ditayangkan di 200 pawagam di Indonesia bermula 31 Ogos lalu itu terpaksa bertarung dengan Sayap-Sayap Patah, dan ternyata ‘tewas’ kerana penonton lebih mencintao pahlawan tanah air mereka.


Ada penonton yang menyifatkan Sayap-Sayap Patah sebuah filem genre thriller, tetapi kelihatan romantis dan berakhir dengan penuh tragis. Ramai tokoh terkenal turut memuji lakon layar, dan kualiti lakonan pelakonnya.

Antara yang menonton dan memuji ialah Ketua Badan Perlindungan Pekerja Migran Indonesia, Benny Rhamdani yang menganggap Sayap-Sayap Patah layak ditonton oleh sesiapa sahaja yang mencintai Indonesia. Kerana babak asal yang ngeri telah ditapis terlebih dahulu sebelum filem ini dibikin. 


Antara babak dalam filem ini amat memberi kesan kepada mereka yang menonton . Adalah babak Letupan yang berlaku di dalam Balai Polis dimana apa yang dipertontonkan begitu sama dengan keadaan realiti yang terjadi. Apabila seorang wanita masuk ke dalam balai polis dan berlaku satu kejadian yang amat ngeri dengan letupan yang mengorbankan banyak pihak. Kelihatan Anak Kecil menangis dengan kehilangan ibu mereka teleh memberi kesan yang sedih dan tragis kepada penonton. Untuk keseluruhan babak filem anda harus menontonnya sendiri untuk menilainya. 

Bersambung mengenai filem ini. Meskipun semangat juang dan cintakan negara antara rakyat Indonesia dan Malaysia berbeza, dan rakyat Malaysia lebih suka mengagungkan karya luar berbanding produk tempatan, tetapi tiada salahnya Sayap-Sayap Patah ini diterima atas nama karya seni.


Ipda Sudarmaji atau biasa dipanggil Adji dan Nani sepasang suami isteri yang hidup bahagia. Kebahagiaan itu semakin lengkap setelah Nani diketahui hamil. Dari hari ke hari, kandungan Nani semakin membesar.

Walau bagaimanapun, Adji tidak selalu dapat menemani Nani kerana tugasnya sebagai pegawai polis yang perlu sentiasa bersedia apabila diperlukan.

Pada suatu hari, sebuah rumah tahanan atau lokap polis di Jakarta dipecahkan oleh para tahanan, yang mengakibatkan terjadi rusuhan besar. Mereka menyerang anggota polis yang sedang bertugas.

Adji dan rakan-rakan sekerjanya, Iptu Gendis (Poppy Sovia) dan Iptu Ruslan (Ariyo Wahab) segera bertindak untuk meredakan kekalutan yang terjadi.

Namun demikian, tidak semua tahanan dapat ditewaskan. Kekecohan tersebut dimulakan oleh seorang tahanan bernama Leong (lakonan cemerlang Iwa K). Leong penjahat kejam, yang tidak teragak-agak mencederakan orang-orang yang menghalangnya, termasuk anggota malah ketua polis, iaitu AKP Sadikin (Nugie).

Unsur ramatik dapat dirasakan ketika Leong mengancam untuk membunuh pegawai polis dalam tahanannya, termasuk Adji dan Ruslan. Pada masa yang sama, Nani sedang bertarung nyawa melahirkan anak sulungnya.

Apakah yang berlaku kepada Gendis, Ruslan, Adji dan Nani, serta kandungannya? Tontonlah Sayap-Sayap Patah di pawagam berhampiran anda bermula 13 Oktober 2022 nanti.


Para pelakon lain ialah Dewi Irawan sebagai Rosita, Khiva Iskak (Aiptu Aryo), Edward Akbar (Murod), Aden Bajaj (Rosyid), Revaldo (Aipda Ridwan), Gibran Marten (Aipda Kuntadi), Asri Welas (Dokter Sari), Royhan Hidayat (La Umane), Agla Artalidia (Ratih), Volland Humonggio (Densus Rahmat), Laras Ardhia (sebagai Desi), Fajar Gomez (Densus Ikshan), Arief Nilman (anggota Arman), Achmad Ali Sukarno (Sigap – anggota polis menyamar yang dibunuh oleh Murod), Mulyanto Iboy As (Densus Aziz), Saad Afero (Densus Alex), Chika Audhika dan Josephine (pembaca berita), dan Ibanez Nasution (Abu Toyib).


Denny selaku produser eksekutif Patah-Patah Sayap berharap agar tragedi tersebut tetap diingat sebagai sejarah. Filem ini melibatkan Monty Tiwa, Eric Tiwa, dan Alim Sudio sebagai penulis lakon layar, serta mempertemu semula Rudi dan Nicholas Saputra selepas Ada Apa dengan Cinta? (2002).

Poster rasmi Sayap-Sayap Patah telah dikeluarkan pada 23 Jun 2022. Trailer rasmi juga dikeluarkan pada 18 Mei 2022 di Youtube Denny Siregar Production, bersama-sama pengumuman tarikh tayangan pawagam seluruh Indonesia, iaitu 18 Ogos 2022.


Sayap-Sayap Patah ialah filem adaptasi kisah sebenar. Walau bagaimanapun, untuk keselamatan dan keperluan pembikinan karya kreatif, semua nama watak difiksyenkan. Jadi, nama watak dalam Sayap-Sayap Patah bukanlah nama sebenar.

Kesimpulannya Filem ini amat menarik untuk anda tonton kerana terdapat pelbagai adengan aksi dan cinta penuh tragis , yang membuatkan anda tidak duduk diam di kerusi pawagam . pasti ia membuatkan anda rasa berpuas hati dengan harga tiket yang anda beli. anda sendiri juga boleh menilainya selepas tamat filem ini. Rata rata yang sudah menonton ramai yang memuji jalan cerita filem ini yang mudah untuk difahami. dari degi penilaian filem saya memberinya amat tinggi iaitu 9/10 .

Jadi jangan lupa untuk ke Pawagam berdekatan dengan tempat anda tayangan filem ini akan bermula pada 10 Oktober 2022 jangan lepaskan peluang ini untuk menonton . Ia satu filem yang saya syorkan untuk anda tonton. 



Video diatas adalah Trailer bagi Filem ini 










Comments