MAJLIS AMAL NOSTALGIA LAGENDA DI KELAB GOLF DIRAJA PERAK PADA 15 OKTOBER 2022
Ipoh, Perak 15 Oktober 2022 Majlis Amal Nostalgia Lagenda telah diadakan dengan jayanya . Pada hari tersebut ia dihadiri oleh Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Raja Iskandar Dzurkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah . Serta beberapa selebriti artis terkenal , Ahli Korporat serta Pengamal Media .
Umumnya tahun 2020 pandemik global Covid 19 telah memberi impak
besar kepada
industri hiburan apabila semua aktiviti seni terpaksa
dibatalkan atas faktor
keselamatan dan kesihatan. Ramai antara artis yang terjejas.
Ada yang terpaksa
menjual alatan muzik bagi kelangsungan hidup, ada yang jatuh
sakit malah ada yang
meninggal dunia.
Walaupun kerajaan sudah membuka semula sektor hiburan pada awal penamatan
PKP bagi membolehkan para artis dan penggiat seni meneruskan
pencarian
pendapatan dan pelbagai inisiatif digiatkan oleh agensi
kerajaan dan NGO seperti
Karyawan sudah tentu ia ambil masa agak lama untuk
menstabilkan keadaan sosio-
ekonomi mereka.
Raja Putra Shah, lebih-lebih lagi apabila terbaca artikel di
media sosial mengenai
keadaan artis legenda, Fredo dan Shuib serta pihak yang
terlibat di industri hiburan
yang lain yang turut terkesan. -* yang
telah bertahun lamanya
mengenali Datuk Freddie Fernandez, Presiden Persatuan
Karyawan Malaysia, telah
menghubungi beliau dan mencetuskan idea acara majlis amal
ini.
YM Dr. Raja Putra Shah sememangnya tidak asing lagi dalam pengendalian program
muzikal kerjasama dengan RTM dan TV3 dan berpengalaman terlibat dalam 2,000
program termasuk beberapa program dengan artis antarabangsa. Beliau yakin
gabungan bersama Karyawan menerusi kolaborasi strategik ini telah menjayakan
malam amal yang dijenamakan sebagai Nostalgia Lagenda yang bertujuan meraih
dana untuk artis yang terkesan.
Jay Jay dan Zur Eda? Mereka telah menyanyikan beberapa lagu yang popular.
Mereka merupakan artis seangkatan yang pernah popular dengan lagu hits masing-masing
pada era 80’an. Pada permulaan acara Iqa Nasra Mempersembahkan lagu berjudul
Mencintaimu diikuti pula dengan Lagu top Ingglish "I Will Survive & Hopelessly Devoted To You "
Persembahan beliau begitu menanjukkan dengan tepukan dari tetamu yang hadir.
10 penerima Anugerah United
Entrepreneurs Awards (UEA) telah diberi penganugerah.
Pemilihan penerima Anugerah ini berdasarkan rekod kecemerlangan dalam menyokong
ekosistem keusahawanan nasional.
penyanyi Lagenda. Persembahan Pertama dimulakan oleh Fredo Flybaits, Kenangan Lalu ,
Seterusnya Zur Eda keluar mmbuat nyanyian Lagu Pelitaku. Sampai pula giliran
Jay Jay dengan Lagu Belaian Jiwa . Selesai Sudah persembahan Lagenda. Tetamu yang hadir
begitu gembira sambil menjamu selera mendengarkan persembahan bermutu dari mereka
Kemudian amat dinanti nantikan bila Zur Eda keluar membuat penampilan yang kedua
Persembahan dengan judul Lagu Inglish "Smoth Operator". Persembahan diteruskan pula dengan
Shuib , freedom dengan menampilkan Lagu Babak Cinta Terakhir . Para tetamu padamasa itu
menyalakan lampu "handphone" masing masing menandakan sokongan mereka sambil
melambai lambaikan tangan kearah Shuib yang menyanyi diatas pentas . Tak habis dari
Persembahan tersebut Jay Jay keluar sekali lagi dengan lagu Rindu Bayangan lagu
yang cukup Popular pada masa dahulu . Diikuti pula Freedo kembali dengan lagu mengamit
jiwa ' Mengapa Perspisahan Yang Kau Pinta' masih viral sehingga ke hari ini di media sosial
Tik Tok dan You Tube .
Di Akhir Majlis Persembahan Malam Amal Nostalgia Lagenda Iqa Nasra membuat penampilan
kedua berduet bersama Jamil dengan persembahan Lagu baru yang top masakini iaitu Casablanca.
Kemudian di akhir acara kesemua penyanyi yang membuat persembahan keluar bersama dengan
menampilkan Lagu yang cukup Popular dan Nostalgia dari Shuib Iaitu Mulanya disini .
Shuib ,Iqa, Freedo , Zur Eda , Jay Jay bersama menyanyikan lagu ini. Ia megambarkan Kesatuan
mereka membuat persembahan telah menghiburkan para tetamu yang hadir. Pertama kali
mereka digandingkan bersama sejak tecetusnya ideal ini oleh Raja Shah Putra untuk
mengadakan Majlis Malam Amal bersama Artis Nostalgia Lagenda disamping membantu
Persatuan Karyawan artis veteran juga.
Majlis amal yang dihadiri oleh 600 orang di mana majoritinya merupakan
para usahawan tempatan, syarikat GLC dan agensi penyokong industri keusahawan
negara ini juga telah memberi minat mereka peluang kepada para artis
legenda mengadakan persembahan di majlis-majlis korporat dan sosial anjuran
organisasi mereka dan rangkaian niaga mereka pula pada masa akan datang.
Kolaborasi majlis amal ini bukan sahaja bermula dan berakhir sulung di Kelab Golf
DiRaja Perak tetapi akan diteruskan di bawah jenama Nostalgia Lagenda menerusi
perjanjian kerjasama antara Persatuan Karyawan Malaysia dan syarikat pengurusan
acara, Nerv Global Sdn Bhd dengan pelantikan YM Dr. Raja Putra Shah selaku
penasihat acara.
Golf DiRaja Perak (Royal Perak Golf Club) amat istimewa dengan kehadiran eksklusif
Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Raja Iskandar Dzurkarnain ibni Almarhum Sultan Idris
A’fifullah Shah Tuanku telah berkenan untuk menghadiri majlis ini setelah pihak kami
mengadap Tuanku bagi mencadangkan dan memohon perkenan jemputan pada 9
Ogos 2022. Di dalam majlis amal ini, juga telah diberi penganugerahan
kepada 10 penerima Anugerah United Entrepreneurs Awards (UEA) berdasarkan
rekod kecemerlangan dalam menyokong ekosistem keusahawanan nasional.
Pemilihan penerima anugerah berprestij tinggi ini dilaksanakan oleh Panel Penasihat
yang dianggotai oleh empat Presiden NGO Keusahawan dan dipengerusikan oleh
seorang Profesor Kepimpinan, Perniagaan Keluarga, Inovasi dan Keusahawanan
yang juga merupakan Pengarah Akademi Keusahawanan institusi pengajian tinggi
tempatan yang tersohor.
Di dalam majlis tersebut juga turut menampilkan artis jemputan, Iqa Nasra, finalis Mentor 5
dan Datin Maylene Yong, ikon penggiat kerja-kerja amal, selain kumpulan Migos, pemuzik
graduan Aswara untuk turut bersama dengan artis lagenda bagi memeriahkan lagi persembahan
pada malam amal tersebut.
Walaupun kami tiada kuasa menghapuskan cabaran kesan pasca pandemik,
sekurang-kurangnya kita mampu membantu artis dan penggiat seni tempatan dengan
penuh bermakna. Majlis amal Nostalgia Lagenda mampu memberi aspirasi kepada
umum bersandarkan gagasan #kitajagakita dan #keluargamalaysia
bersama menyokong Majlis Amal ini, Antara sokongan mereka adalah dengan menaja penginapan
Para Pengamal Media serta Artis yang hadir untuk Majlis ini. Hotel yang diberi juga cukup
cantik dan selesa dengan susunan Konsep dan memberi kelainan bila anda berada di
Zone Hotel Ipoh ini.
Organizer : Persatuan
Karyawan Malaysia
Nerv Global Sdn Bhd
Supported by : SME Perak
Penaja Penginapan : MB Incoporated Perak.
Comments
Post a Comment