AEON BiG (M) SDN BHD MEMUPUK PROGRAM PERPADUAN BERSAMA KEMENTERIAN MENTERI PERPADUAN DATUK HALIMAH MOHAMED SADIQUE MELANCARKAN PROGRAM GALERI UNITI


1 Oktober 2022, Kajang, Selangor – Yang Berhormat Datuk Halimah binti Mohamed

Sadique telah merasmikan Program Galeri UNITI Keluarga Malaysia di AEON BiG

Bandar Tun Hussein Onn. Program anjuran Kementerian Perpaduan Negara bersama

rakan perpaduan AEON BiG (M) BHD ini akan berlangsung selama sepuluh hari mulai

29 September 2022 sehingga 9 Oktober 2022 dari jam 10.00 pagi hingga 10.30

malam bertempat di 9 lokasi pusat membeli-belah terkemuka AEON terpilih

seluruh negara. Turut hadir menyerikan lagi majlis perasmian adalah Encik

Sheikh Farouk Sheikh Mohamed, Pengarah Urusan AEON BiG (M) Sdn. Bhd.



Menurut YB Menteri, program yang menghimpunkan detik-detik perpaduan

Keluarga Malaysia ini telah diterjemahkan kepada sebuah galeri yang menggambarkan

penyatuan Keluarga Malaysia. Semangat perpaduan yang terbina merentasi sempadan

kaum, agama, budaya dan bahasa terus diperkasa melalui kepelbagaian pengisian

menarik sepanjang program berlangsung.


Antara Pengisian Utama Program ialah :








i. Pameran Rumah KAMI

Pameran yang berkonsepkan kepelbagaian kaum di Malaysia ini memberi

peluang kepada setiap pengunjung mengenali keistimewaan dan

keunikan tradisi dan budaya yang menjadi amalan masyarakat majmuk di

negara ini. Pengenalan terhadap kepelbagaian budaya ini mampu

menyuntik rasa menghargai antara satu sama lain di samping dapat

memperkukuh amalan hormat-menghormati antara kaum.



ii. Citarasa Menu Keluarga Malaysia

Dalam usaha memartabatkan ikatan penyatuan Keluarga Malaysia,

Kementerian melihat sajian kepelbagaian menu makanan yang

berlatarbelakangkan kaum berbeza mampu menjadi platform

pengukuhan tapak integrasi perpaduan Keluarga Malaysia. Dalam

segmen ini, pengunjung berpeluang untuk mencuba sendiri keunikan rasa

setiap hidangan yang beridentitikan kepelbagaian kaum ini.



iii. Persembahan Busana Etnik Keluarga Malaysia

Busana indah yang melambangkan budaya dan identiti kaum turut

dipersembahkan kepada pengunjung sepanjang program ini berlangsung.

Pepatah tidak kenal maka tidak cinta amatlah tepat untuk digambarkan di

sini kerana keindahan setiap busana yang dipamerkan sudah pasti memukau

setiap pengunjung yang hadir.


iv. Aktiviti sukan tradisional.

Aktiviti permainan sukan tradisional atau lebih dikenali sebagai sukan rakyat

merupakan salah satu medium penyatuan Keluarga Malaysia turut diadakan

sepanjang program berlangsung. Pengunjung berpeluang untuk turut serta

bermain permainan seperti congkak, batu seremban dan yoyo Cina di tapak

galeri ini.


Kolaborasi strategik antara Kementerian bersama AEON BiG (M) Sdn. Bhd.

berkongsi satu matlamat utama iaitu bagi menyemarakkan lagi semangat perpaduan

Keluarga Malaysia melalui penghayatan nilai kebersamaan dan meraikan

kepelbagaian masyarakat majmuk di negara ini. Program yang berlangsung di seluruh

negara ini boleh dikunjungi di kompleks membeli belah terkemuka AEON seperti

berikut:

i. AEON BiG Bandar Tun Hussein Onn, Cheras Kuala Lumpur

ii. AEON Bandar Baru Klang, Selangor

iii. AEON BiG Batu Pahat, Johor

iv. AEON BiG Falim, Ipoh Perak

v. AEON BiG Penang Prai, P. Pinang

vi. AEON Bandaraya Melaka

vii. AEON Kota Bharu, Kelantan

viii. AEON Kuching, Sarawak

ix. AEON Seremban 2, N. Sembilan


Pameran Galeri UNITI ini turut boleh dikunjungi di lain-lain lokasi seperti:

i. Ruang Legar Pasaraya Kuantan Parade, Kuantan Pahang

ii. Pusat Beli Belah KTCC Mall, Terengganu

iii. Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Sabah

iv. Kompleks Ujana Kewangan W.P Labuan

v. Econsave Kota Tinggi, Johor

vi. Pasaraya Cmart Arau, Perlis


Pertandingan Melukis kanak kanak bertemakan perpaduan juga turut sama diadakan disini


YB Menteri berharap agar program seumpama ini dapat diperbanyakkan lagi

dengan kerjasama dan penglibatan lebih banyak rakan perpaduan pada masa akan

datang. Beliau turut menyeru agar Keluarga Malaysia dapat sama-sama mendukung

aspirasi perpaduan dengan sentiasa meraikan kepelbagaian dan menghormati

perbezaan.


Menurut ucapan dari Encik Sheikh Farouk Sheik Mohamed usaha AEON BiG ini 

membuktikan perkongsian satu matlamat yang sama iaitu bagi menyemarakkan

lagi semangat perpaduan Keluarga Malaysia melalui penghayatan nilai

kebersamaan dan meraikan kepelbagaian masyarakat majmuk di negara ini.

jelas beliau lagi ini juga merupakan salah satu inisiaitif kami untuk mendekatkan lagi

AEON BiG dengan pelanggan kami dengan menyediakan aktiviti-aktiviti sihat

dan bermanfaat kepada ekosistem kami.


Hubungan yang erat bersama ekosisten ini membolehkan Aeon Big 

beriltizam untuk terus menyokong dan membantu para usahawan kecil

sederhana khasnya bagi memasarkan produk mereka.

Aeon Big juga ingin menjadikan pasar raya besar kami bukan sahaja sebagai tempat

untuk membeli belah, malah sebagai sebuah pusat perkongsian maklumat dan

aktiviti sosial yang berguna kepada masyarakat setempat.

tetapi ia sentiasa mahu memastikan kelestarian hubungan bersama komuniti kami

melalui kerjasama di dalam pelbagai jenis aktiviti sukan dan sosial.

Sementara dapat memberi  keselesaan setiap pelanggan kami dengan

menyediakan kemudahan yang terbaik dan produk yang halal serta berkualiti.


Sebagai negara yang bebilang kaum, AEON BiG sentiasa sedar akan

kepentingan untuk menyemaikan semangat muhibbah di kalangan masyarakat Malaysia . 

. Semangat kebersamaan ini semestinya dapat menjamin kelangsungan

keamanan serta kemakmuran negara.

Ianya merupakan satu semangat yang perlu diterapkan oleh semua pihak,

bukan sahaja bergantung kepada Kerajaan, malah oleh semua pihak demi

kepentingan dan kesejahteraan Keluarga Malaysia.

 Ia juga dilihat sebagai satu usaha kami untuk menyemaikan semangat

muhibbah bagi memperkukuhkan hubungan bersama warga kerja AEON BiG yang

berbilang kaum.



Hubungan kekeluargaan diwujudkan oleh AEON BiG ini mampu

mempertingkatkan lagi mutu kerja dan produktiviti .

AEON BiG juga tidak mahu ketinggalan untuk sama-sama berganding bahu

dan bergerak ke hadapan untuk memastikan aspirasi murni ini tercapai.

Segala perbincangan dan Kerjasama AEON BiG dengan pihak KPN,

 terbukti dapat menjayakan Program Galeri Uniti Keluarga Malaysia ini.

pihak AEON BiG, juga gembira ia dapat dirasmikan

 dengan kehadiran Datuk Halimah Mohamed Sadique, Menteri

Perpaduan Negara. 


Kesimpulannya pentingnya kita untuk mengeratkan lagi perpaduan kita bersama dalam 

masyarakat berbilang kaum yang ada di malaysia ini. Dengan adanya Program Uniti yang 

diadakan di Semua Cawangan AEON BiG yang ada di seluruh negara  ia mampu untuk

 menyemarakkan kita bersama untuk saling bersatu padu dan hormat menghormati kepada

 semua masyarakat yang ada di dalam negara kita.







Comments