Hadiah Percutian Lebih RM 15,000 telah dimenangi oleh Pembeli Bertuah melalui kempen oleh Kopetro

 

KUALA LUMPUR, 27 Oktober 2022 Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad

(KOPETRO) menerusi anak syarikatnya KOPETRO Travel & Tours Sdn. Bhd. telah

menganjurkan sebuah majlis penyampaian hadiah sempena kempen Cuti Sakan

Bersama KOPETRO Travel di Flora Terrace, Hampshire Place hari ini. Majlis yang

dianjurkan itu berlangsung dengan penuh meriah dihadiri barisan pengurusan

KOPETRO serta jemputan-jemputan khas, rakan-rakan niaga, wakil-wakil media cetak

dan elektronik, juga para pemenang bertuah yang diraikan sempena kempen ini.



Seramai 15 orang pembeli bertuah telah dipilih sebagai pemenang kempen yang

dijalankan pada 1 Julai sehingga 30 September yang lalu. Pemenang-pemenang telah

 hadir ke majlis ini bagi mencabut sendiri hadiah berupa pakej percutian dan

pelancongan bernilai lebih RM15,000 yang ditawarkan. Antara hadiah yang telah

berjaya dibawa pulang oleh para pemenang adalah percutian ke Langkawi selama 3

hari 2 malam, tiket ke taman tema Sky World Genting, pakej pelancongan ke Krabi

selama 3 hari 2 malam serta pelbagai lagi hadiah menarik.


Memetik ucapan Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, Encik Ahmad Shakir bin Ahmad

Ubaidah, 'Cuti Sakan Bersama KOPETRO Travel' adalah inisiatif yang diambil bagi

mempromosikan tempat-tempat pelancongan yang menarik di dalam dan luar negara

seterusnya memacu pendapatan negara dalam usaha kerajaan untuk meningkatkan

ekonomi menerusi industri pelancongan.


"Peralihan ke fasa endemik memberikan harapan baharu terhadap sektor perniagaan

lebih-lebih lagi industri pelancongan yang teruk terkesan sewaktu pandemik Covid-19

melanda dunia" ujar Ahmad Shakir.






Kempen'Cuti Sakan Bersama KOPETRO Travel' mensasarkan ibubapa, pasangan dan

Juga pelancong berkumpulan sebagai kumpulan sasaran utama dengan tawaran lebih 100 

pakej yang terdiri daripada beberapa pakej lawatan dan percutian dalam negara serta 

pakej  pelancongan antarabangsa termasuklah pas taman tema Sunway Lagoon,

Genting Skyworld, Lost World of Tambun, Bangi Wonderland dan Legoland Malaysia yang 

mendapat sambutan  yang sungguh menggalakkan.




KOPETRO Travel & Tours Sdn. Bhd. merupakan anak syarikat milik Koperasi

Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) yang menawarkan servis pelancongan

dan percutian. Sebagai salah satu agensi pelancongan yang ditubuhkan lebih 30 tahun

Yang lalu KOPETRO Travel terus menvediakan rangkaian perkhidmatan  serta nilai

Tambahan yang komprehensif untuk memudahkan percutian pelanggan.

 

Pelbagai anugerah telah beriava dirangkul seiak syarikat ini ditubuhkan. Antaranya

ialah anugerah Annual Million Dollar Award" daripada Malaysian Airlines. KOPETRO

travel juga telah berjaya dilantik sebagai salah satu agensi pelancongan di bawah

agensi antarabangsa iaitu "The Advantage Global Network". Penyertaan ini sekaligus

membolehkan para pelanggan KOPETRO Travel mendapatkan pelbagai perkhidmatan

pelancongan di seluruh dunia. Selain itu, syarikat ini juga merupakan agensi di bawah

International Air Transport Association (IATA) yang diakreditasi dan ahli Persatuan Ejen

Pelancongan Malaysia (MATTA).


Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai KOPETRO Travel

 layari laman web : 

https://www.kopetrotravel.com.my/destinations/

atau ikuti akaun di Media Sosial 

Facebook : https://www.facebook.com/kopetrotravel

Instagram : https://www.instagram.com/kopetrotravel

YouTube : 


MENGENAI KOPERASI KAKITANGAN PETRONAS BERHAD (KOPETRO)


Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) telah ditubuhkan pada 30 Oktober 1980 

dianggotai lebih 15,000 kakitangan PETRONAS dan anak syarikatnya KOPETRO 

terlibat dalam empat bidang perniagaan utama iaitu Servis Kewangan Pelancongan 

dan Perhotelan, Makanan dan Minuman dan juga Perdagangan dan Peruncitan.


Ditubuhkan lebih 40 tahun yang lalu, kini KOPETRO berada di kedudukan 2 Koperasi

Terbaik di seluruh Malaysia, KOPETRO juga telah menerima dua anugerah berprestij

pada tahun 2020, anugerah oleh The Brandlaureate bagi kategori SMEs Bestbrands

E-Branding Award dan juga Lang International Corporate Titan Awards.


Akaun Media Sosial

Facebook: www.facebook.com/kopetroberhad

lnstagram: www.instagram.com/kopetroberhad









Comments