CILI KAMPUNG HARTAMAS RAI ULANG TAHUN PERTAMA DENGAN MEMPERKENALKAN SET MINUM PETANG ‘DULANG’
KUALA LUMPUR, 25 OKTOBER 2022 - Restoran Cili Kampung yang bertempat di
pusat beli-belah Hartamas, telah mengadakan sebuah majlis sambutan ulang tahun
pertama restoran tersebut. Dihadiri tetamu-tetamu jemputan khas, barisan media
perdana dan media elektronik serta rakan-rakan selebriti dan ikon-ikon tempatan, majlis
dimeriahkan dengan persembahan pentas oleh pemuzik tempatan, selain dihidangkan
dengan menu baharu yang telah diperkenalkan pada hari itu iaitu Set Dulang, juadah
khas untuk minum petang.
mesra dikenali sebagai KC, sebelum membuka cawangan di Kuala
Lumpur pada tahun
2021, restoran tersebut sudah bertapak di Langkawi. Sambutan
memberangsangkan
yang diterima telah mendorong mereka untuk melebarkan sayap
dengan membuka
cawangan seterusnya di Kuala Lumpur. Menghidangkan pelbagai
hidangan istimewa
resepi turun temurun daripada Negeri Sembilan, Cili Kampung
Hartamas telah menarik
perhatian ramai sejak awal pembukaannya.
“Alhamdulillah, kami berasa amat bersyukur kerana sejak CIli Kampung mula dibuka
pada tahun lalu, kami telah menerima sambutan yang sungguh
menggalakkan daripada
pelanggan-pelanggan. Ini adalah diluar jangkaan kerana dalam
keadaan ekonomi yang
kembali pulih selepas negara mula memasuki fasa endemik,
kami menjangkakan orang
ramai akan lebih prihatin terhadap restoran yang mereka
pilih untuk menjamu selera,”
kata Khairil Izwan, yang juga merupakan pengarah CIli
Kampung Hartamas.
Tambah KC lagi, pihak bercadang untuk membuka 3 buah cawangan lagi dalam masa
yang terdekat di samping membuka beberapa cawangan ‘Cili
Kampung Ekspres’ yang
berkonsepkan kiosk bagi membolehkan mereka untuk mendekati
lebih ramai pelanggan
untuk menawarkan produk-produk berbentuk sedia untuk
dimakan.
Sempena ulang tahun pertama Cili Kampung Hartamas, mereka turut memperkenalkan
sebuah menu baharu untuk minum petang iaitu Set Dulang yang
sesuai dinikmati untuk
sekurang-kurang 2 orang. Tersedia untuk pesanan pada setiap
hari bekerja dari jam
3:30 petang sehingga jam 6 petang, set Dulang ini
menghidangkan Lontong dan Udang
Goreng Tepung yang disertakan dengan kuih-muih tradisional
seperti onde-onde puding
bakar, karipap pandan, cucur udang, pisang goreng dan cucur
badak, yang dihidangkan
bersama sambal kicap pedas dan sambal cili merah. Setiap
hidangan set Dulang turut
didatangkan dengan pilihan minuman Teh Tarik, Kopi Kampung
atau Teh Panas.
Dengan sokongan 30 kakitangan sepenuh masa, Cili Kampung dibuka setiap hari
dengan bermula dengan menu makan tengah hari yang bermula
pada jam 12 tengah
hari sehingga 3:30 petang, manakala menu minum petang mula
dihidangkan pada jam
3:30 petang sehingga 6 petang, sebelum disambung dengan menu
makan malam pada
jam 6 petang sehingga 10 malam.
cari nama “Cili Kampung Hartamas” di aplikasi Waze atau Goegle dan boleh ikuti akaun
Media Sosial :
Facebook : https://www.facebook.com/cilikampunghartamas
Instagram : https://www.instagram.com/cilikampunghartamas
untuk
mengetahui promosi terkini
daripada mereka.
Comments
Post a Comment