JELAJAH PENDIDIKAN KELUARGA MALAYSIA DENGAN KERJASAMA TIGA PENJURU UNITAR-UPNM-PRIHATIN BERSAMA MAIWP BANTU 2,000 ANAK-ANAK WILAYAH PERSEKUTUAN KE MENARA GADING

 

Kelana Jaya 3 Oktober 2022 Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Universiti Antarabangsa UNITAR (UNITAR) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) untuk membangun, menyokong dan memperkaya pembangunan penyelidikan, dan pendidikan tinggi bagi pemacuan pertumbuhan negara.




kesinambungan dari Jelajah Pendidikan Bumiputera yang telah dianjurkan pada tahun 2016 - 2018.

Program yang berbentuk pameran pendidikan ini, melibatkan penyertaan seluruh

Universiti Awam (UA) dan Institut Kemahiran Tinggi dalam negara.

JPKM 2022 ini juga merupakan inisiatif & projek khas YAB Perdana Menteri dalam

membuka peluang kepada akses pendidikan tinggi negara kepada seluruh

masyarakat terutama penduduk di Kawasan pedalaman ataupun luar bandar.

Sekretariat JPKM akan menjelajah ke seluruh negara bagi Mencari, Mengenal dan

Membantu sasaran seramai 50,000 pelajar lepasan SPM tahun 2016 2021 yang

merupakan anak-anak Keluarga Malaysia yang kurang bernasib baik dan dan kurang

berkemampuan dari segi kewangan di seluruh negara.



Bagi Program JPKM Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan

kerjasama penuh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), pihak

PRIHATIN dan MAIWP akan membantu dan membimbing anak-anak asnaf di Kuala

Lumpur bagi menempatkan mereka di institusi Pendidikan yang bersesuaian &

berkelayakan dengan keputusan mereka. Oleh itu, JPKM yang diilhamkan oleh YAB

Perdana Menteri telah menyediakan peluang kedua bagi anak-anak Keluarga

Malaysia dalam mendapatkan tempat di Institut Pengajian Tinggi yang terpilih supaya

mereka dapat mengubah destini masa hadapan yang lebih cemerlang.



JENIS-JENIS BANTUAN JPKM PRIHATIN-MAIWP

Pemberian Cermin Mata Percuma

.Bantuan Awal Tunai Pendidikan

Bantuan Komputer Riba Berjenama 

Bantuan Kelengkapan Asas ke IPT (Beg Bagasi)

 Alat Tulis dan Buku Nota

Tuala, Cadar dan Selimut

Alat Penjagaan Diri

Pemacu Keras Luaran ( Pendrive )


Sempena majlis tersebut yang telah di adakan di kampus induk UNITAR di Kelana Jaya, dan sebagai

sebahagian daripada aktiviti Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia ("JPKM"), turut diadakan acara

penyerahan sumbangan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan ("MAIWP") kepada anak-anak

Wilayah Persekutuan yang termasuk komputer riba, wang tunai dan keperluan kelengkapan diri.

 YB Datuk Seri Jalaluddin bin Alias, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan turut menghadiri dan

menyempurnakan program majlis dengan menyaksikan majlis menandatangani Memorandum

Persefahaman (MoU) tersebut.


Menurut Naib Canselor UNITAR, Profesor Emeritus 

Tan Sri Dato' Sri Ir. Dr. Sahol Hamid Bin Abu Bakar,

UNITAR, yang meraikan sambutan jubli peraknya yang ke-25 tahun ini, adalah 

universiti maya pertama di Asia Tenggara yang mampu mewujudkan inisiatif dan aktiviti berasaskan

 teknologi, seperti pembelajaran dalam talian yang telah menjadi nadi dan kepakaran UNITAR yang

 telah diiktiraf ramal dalam industri pendidikan.


Tambah beliau, UNITAR kini mempunyai Sekolah Pengajian Siswazah, yang menempatkan 5egala

program akademik dan inisiatif berkaitan pasca siswazah dengan lebih daripada 50 profesor adjung

yang terdiri daripada para pemimpin industri berkepakaran, berpengalaman dan berkaliber. Beliau

yakin bahawa pengetahuan mereka yang mendalam berserta pengalaman yang luas di dalam industri

akan memberikan nilai tambah kepada segala bentuk kerjasama antara UNITAR, UPNM dan

 PRIHATIN.


Berikutan perbincangan antara UNITAR dan UPNM, kedua-dua universiti melalui pemeteraian

Memorandum Persefahaman antara kedua-dua pihak hari ini, berhasrat untuk mewujudkan 

kerjasama dan meneroka peluang untuk membangun, menyokong dan memperkaya 

pembangunan penyelidikan pendidikan tinggi dalam bidang yang akan memberi manfaat 

kepada kedua-dua institusi seperti:


1) Menjalankan kolaborasi latihan pemindahan teknologi bagi pengajaran dan pembelajaran dalam talian;

2) Melaksanakan sangkutan staf (staff attachment) kepada staf akademik dan bukan akademik

 3) Membangunkan kolaborasi penyelidikan dalam bidang-bidang tujahan yang berkaitan; dan Melaksanakan program-program akademik dan lain-lain program yang memberi faedah kepada kedua-dua pihak, misalnya Micro-Credentials.


Menurut Naib Canselor UPNM, Leftenan Jeneral Datuk Hasagaya bin Abdullah, pihak UPNM

beraspirasi dan sentiasa percaya bahawa setiap ahli masyarakat, khususnya anak-anak muda yang

berasal dari keluarga berkeperluan, mesti diberikan sokongan yang sewajarnya dan peluang untuk

mendapat akses pendidikan terbaik. Dalam merealisasikan hasrat ini, UPNM berasa bahawa UNITAR

dan PRIHATIN dalah rakan-rakan strategik yang sesuai untuk sama-sama berkongsi wadah sepunya

untuk membina upaya mahasiswa sebagai bakal pemimpin masa hadapan.


Beliau menambah bahawa sebagai antara Universiti Swasta terawal ditubuh kan di Malaysia, UNITAR

amat terkenal dan disegani dengan prestij serta kehebatannya dalam penawaran pelbagai program

pengajian, manakala ekosistem PdP dalam talian bertaraf global yang menerima penarafan QS 5-

Bintang adalah pencapaian yang menjadi bukti kerja keras warganya. Sesungguhnya, beliau berasa

bahawa peningkatan kapasiti UNITAR yang begitu luar biasa, menjadi inspirasi dan contoh terbaik

dalam amalan tadbir urus kepada universiti lain termasuk UPNM. Justeru, beliau percaya kerjasama

UPNM dengan UNITAR akan membuahkan hasil yang baik untuk memacu perkembangan positif

 dalam penyelidikan dan pendidikan tinggi.


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN, Dato' Mohd Aizuddin bin Mohd Ghazali, matlamat

mereka sebagai rakan strategik adalah bagi mengangkat martabat serta menjayakan 

program-programberteraskan Pendidikan untuk membantu anak-anak Keluarga Malaysia

 mendapatkan ilmupengetahuan dan mendapat peluang meneruskan pengajian ke peringkat 

Menara Gading.


Tambah beliau, MAIWP turut menjadi rakan strategik PRIHATIN sejak penubuhan yang telah banyak

menyumbangkan dana bagi memastikan program-program PRIHATIN terlaksana, seperti penyeranan

komputer riba bagi Bantuan Pendidikan JPKM hasil sumbangan dana daripada MAIWP kepada anak

anak Wilayah Persekutuan yang layak pada majlis hari ini.


Beliau berharap agar PRIHATIN dapat memeteraikan perjanjian dan bekerjasama dengan lebih

 banyakInstitusi Pengajian Awam mahupun Swasta serta agensi kerajaan bagi membantu

 dan meringankanbeban lebih ramai anak-anak Keluarga Malaysia, masyarakat dan rakyat

 Malaysia yang terkesan dantidak bernasib baik di samping kita juga dapat menyahut seruan 

kerajaan yang menekankan prinsip Keluarga Malaysia.


Beliau turut merasakan bahawa melalui kerjasama Prihatin bersama UNITAR dan UNPM, pelbagai

aktiviti dan program dapat dirancang dan dilaksanakan bersama dalam pembangunan pelajar yang

berdaya saing ke arah melahirkan modal insan dalam kalangan graduan untuk menjadi pemimpin .













Comments