INANG POPIN TEATER UNTUK KANAK-KANAK ( Harapan Anak-anak Untuk Masa Depan Hutan Negara )
KUALA LUMPUR, 17 OKTOBER 2022 - PH7 Production Management
akan
mementaskan sebuah teater untuk kanak-kanak bertajuk Inang
Popin pada 27
Oktober 2022 hingga 30 Oktober 2022, di KuAsh Theatre, Pusat
Kreatif Kanak-kanak
Tuanku Bainun, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur. Teater
karya dan arahan Hariry
Jalil ini dibiayai sepenuhnya oleh Kementerian Pelancongan,
Seni & Budaya Malaysia
(MoTAC) menerusi Geran Sepadan Sektor Kebudayaan (GSSK).
Mengenai Teater Inang Popin mengisahkan Ana dan Noman, dua orang kanak-kanak
yang
mengharapkan perlindungan setelah kematian ibu bapa dan
kampung mereka pula
telah dimusnahkan oleh Tuan Tamak. Mereka membawa diri ke
hutan untuk mencari
Inang Pengasuh yang menjadi dongeng orang kampung. Setelah
menempuhi
pengembaraan yang mencabar, akhirnya mereka berjaya bertemu
Inang Pengasuh
yang memiliki kuasa sakti.
Inang Pengasuh yang dianggap sebagai ‘Mary Poppins’ itu, menjaga serta mengasuh
Ana dan Noman supaya menjadi manusia yang bertanggungjawab
ke atas kelestarian
Noman telah berani bertindak mempertahankan hutan.
Sinopsis
Dua orang anak yatim piatu, seorang dari bandar dan seorang
lagi di
kampung. ANA, budak bandar, ibunya meninggal dunia akibat
Covid-19
manakala ayahnya yang bekerja sebagai penghantar makanan,
meninggal
dunia kerana kemalangan jalan raya. NOMAN pula budak
kampung,
kehilangan ibu bapanya dalam tragedi air bah yang berpunca
dari
pembangunan tidak terancang oleh TUAN TAMAK BIN HALOBA.
yang tidak dikenalinya iaitu Tuan Tamak. Tetapi setelah
bertemu Noman,
dan mendengar kisahnya mengenai kejahatan Tuan Tamak, Ana
tekad
untuk mengikut Noman menjadi budak gelandangan di kampung
itu.
Akibat dari kelaparan dan terbiar, Ana berharap watak Mary Poppins
wujud di dunia nyata, membela mereka berdua dengan saktinya.
Noman
beritahu Ana, bahawa di puncak bukit, ada legenda yang
dipanggil orang
sebagai Inang Payung, sama seperti Mary Poppins. Ana
mengajak Noman
naik ke puncak bukit, bertemu Inang Payung.
Setibanya di dalam hutan, Ana yang kelaparan dan dahaga, berhenti
berehat. Noman pergi dapatkan air. Waktu sendirian, Ana
termakan buah
beracun lalu pengsan. Noman kembali dan dapati Ana tidak
sedarkan diri.
Saat itulah muncul INANG POPIN merawat serta Ana. Inang
Popin juga
mengajar mereka tentang betapa pentingnya ekosistem hutan
dan
mergastua.
Tidak disangka-sangka, Tuan Tamak menyerang mereka dan berlakulah
perlawanan antara Ana dan Noman dengan Tuan Tamak. Ana dan
Noman
tewas. Tuan Tamak dengan angkuhnya mahu menebang Pohon
Beringin
tetapi kerana saktinya Inang Popin, Tuan Tamak bertukar
menjadi kera
sumbang. Sejak peristiwa itu, Ana dan Noman tinggal di dalam hutan, diasuh oleh
Inang Popin.
Mengikut wawancara dengan penulis dan pengarah teater ini kata beliau
“Saya ingin berkongsi rasa tanggungjawab ke atas khazanah
semula jadi kepada
anak-anak yang merupakan pewaris negara ini; dan saya
percaya, kita sebagai orang
dewasa hari ini adalah penentu masa depan yang lebih baik
buat anak-anak. Medium
teater dipilih kerana ruang teater yang bersifat akrab dapat
menghantar rasa antara
karya dengan penonton,” kata penulis dan pengarah Inang
Popin, Hariry Jalil.
Menyentuh kaitan watak ciptaan penulis Inggeris P. L. Travers iaitu ‘Mary Poppins’ di
dalam karya ini, Hariry menjelaskan, “Inang Popin merupakan
karya pertama saya
untuk kanak-kanak. Sebelum ini, saya menulis lakon pentas
dengan mengangkat isu
dewasa seperti Beng Hock, Le Jeu La Julia, Selamat Hari
Natal – Natalie, Surat
Sabariah dan Orang Asing. Watak pengasuh sakti Mary Poppins
dicipta P. L. Travers
sebagai memenuhi harapan kanak-kanak di samping mendidik
anak-anak supaya
menjadi lebih berani dan berdikari. Watak fiksyen ini telah
memberi inspirasi kepada
saya untuk mencipta watak Inang Popin, gabungan watak Inang
Pengasuh di dalam
cerita-cerita persembahan tradisional Melayu seperti
Bangsawan dan Mak Yong,
dengan gambaran watak yang lebih dikenali kanak-kanak masa
kini. ‘Popin’ adalah
sebutan kolokial kepada ‘Poppins’.”
Patricia Gui dan Hamidon Ab. Hamid, adalah penerbit yang merealisasikan teater
untuk kanak-kanak ini ke pentas. Dengan pengalaman lebih 30
tahun di dalam
pengurusan seni persembahan baik tempatan mahu pun
antarabangsa, menerima
GSSK merupakan sebuah galakan daripada MoTAC kepada penggiat
seni teater
tanahair agar terus kekal berkarya setelah 2 tahun berada di
dalam ‘era gelap’.
“Selain galakan daripada kerajaan, kami sebagai penggiat seni teater juga
mengharapkan sokongan daripada pihak korporat. Industri seni
persembahan
tanahair masih belum bertemu sebuah formula menjana
pendapatan daripada
pementasan, memandangkan kesedaran masyarakat terhadap
teater belum menjadi
budaya seperti di negara barat. Oleh itu, galakan dan
sokongan kerajaan dan korporat
masih diperlukan demi kelestarian seni teater tanahair,”
kata Patricia dan Hamidon.
Tambah mereka lagi, “Teater kanak-kanak di negara kita
kurang mendapat perhatian
berbanding teater konvesional. Kami mengambil inisiatif ini
untuk memperbanyakkan
lagi kewujudan teater kanak-kanak, walau pun Inang Popin
tidak melibatkan pelakon
kanak. Kehadiran murid-murid sekolah amat dialu-alukan.”
Inang Popin dijayakan oleh Nasz Sally sebagai Inang Popin, dan turut dibintangi oleh
Aloeng Silalahi, Ghadafi Meliki dan Aida Amron.
Biodata Para Pelakon Inang Popin
ALOENG SILALAHI
Pemenang dua kali Pelakon Lelaki Terbaik FTM Negeri Sembilan
(2007 & 2017), Pelakon Pembantu Terbaik FTM Negeri Kelantan (2019),
Pengarah Terbaik FTM Negeri Sembilan 2007 dan Anugerah Seni MAKUM 2020 ini
masih aktif dalam pementasan teater, antaranya sebagai pelakon/pengarah bersama
teater Tanah Akhirku, Istana Budaya (2018), pengarah teater Jam Dinding Yang
Berdetak di Aswara (2013), dan Istana Budaya (2014), pelakon untuk teater Surat
Sabariah (2014), Muzikal Za!aba (2017), Asiah Samiah (2019) dan Muzikal Gemilang
(2019).
NASZ SALLY
Nazurah Hanoom binti Hanafie Imam atau dikenali dengan nama Nasz Sally, merupakan penggiat seni sepenuh masa. Nasz Sally merupakan graduan Diploma Seni Lakon UiTM (2004-2007) dan juga graduan Ijazah Sarjana Muda Tari, Universiti Malaya (2007-2010). Seawal umur 10 tahun, Nasz Sally telah mula melibatkan diri dengan kesenian, bermula dengan nyanyian, tarian dan lakonan teater. Selepas tamat belajar di universiti, Nasz Sally bergiat aktif sebagai guru tari dan lakonan muzikal di sekolah swasta Alice Smith, Garden International School dan studio swasta. Pernah memenangi Best Supporting Dancer Short & Sweet di klpac (2010), Nasz Sally juga telah menyertai beberapa kumpulan teater serta pertandingan Festival Teater Selangor di bawah kumpulan The Art Stage Club dan Mask Team. Untuk teater muzikal, Nasz Sally berperanan sebagai ensemble, supporting role, understudy main actor serta make up dan wardrobe. Antara teater dan teater muzikal yang pernah Nasz Sally terlibat adalah RAM the Musical, Wajah Lumpur, Salina (ensemble), Medea, Uda dan Dara, Muzikal Tun Mahathir, Cuci the Musical Last Kopek, Muzikal Lat Kampung Boy, The secret Life of Nora, Muzikal Mencari Sumaiyah, Ola Bola the Musical Season 1 & 2 dan banyak lagi. Muzikal MuD KL the Story of Kuala Lumpur dibawah naungan Enfiniti (Puan Sri Tiara Jacquelina) merupakanpementasan terpanjang penglibatan Nasz Sally sebagai watak Teja selama tiga tahun di Panggung Bandaraya.
Secara tidak sedar, tahun ini sudah genap lapan tahun, Nasz
Sally bergiat aktif di dalam industri hiburantanah air sebagai pelakon TV. Di
antara drama yang dijayakan adalah 3 Dara KG.com, Red Velvet, Sweet Dreams,
Puaka Janda, Angkara Cinta, Ratu Ten Pin, Risik Pada Hati, Setelah Lafaznya
Akad, SMK, Oh My English dan banyak lagi. Jika masih diberi ruang dan peluang
Nasz Sally akan terus mewarnai industri hiburan dan teater tanah air.
GHADAFI MELIKI
AIDA AMRON
Pengalaman pertama Aida terjebak dalam pementasan teater adalah bersama kanak-kanak dari Chow Kit Youth (Lorong Pemimpi the Musical) pada tahun 2012. Dari situ dia merasakan ingin berpentas lagi. Pada 2015, Aida juga turut sama dalam pementasan kedua oleh Chow Kit Youth (Teater Lorong Pemimpi). Sejak itu, dia mula mengumpul ilmu dan cuba mendapat idea tentang teater dengan pergi penonton teater local indie dan mengambil kelas lakonan teater di Revolution Stage.
Antara karya lain yang melibatkan Aida Amron di dalam
pementasan teater; Yang Kalah (2017), Familia (2018), Nadirah (2019), Puspita
(2020), Untuk Lelaki dan Wanita Yang Bercinta Tanpa Kata-Kata (2020),
Prophecies (2021) dan Pelamin Anganku Mus...tahil (2021). Aida juga pernah
muncul di dalam filem Gol dan Gincu Vol.2 dan telemovie Pemberontakan Kampung
Harmoni. Dan sekarang dia masih mencari dan menerima peluang dalam bidang
lakonan bagi mengasah bakat dan ilmu yang ada pada dirinya. Dia yakin bahawa
masih banyak lagi yang dia tidak tahu perihal penting tentang ilmu lakonan.
Inang Popin akan dipentaskan di :
KuAsh Theatre, Pusat Kreatif Kanak-kanak Tuanku Bainun,
Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur
Tarikh Persembahan Teater
27 Oktober 2022 (Khamis) & 28 Oktober 2022 (Jumaat) - jam 8.30 malam
29 Oktober 2022 (Sabtu) - jam 3.00 petang & 8.30 malam
30 Oktober 2022 (Ahad) - jam 3.00 petang
Harga Tiket bermula :
RM30 untuk kanak-kanak
Pembelian Tiket Pakej keluarga :
RM120 untuk 2 kanak-kanak & 2 dewasa
Untuk Maklumat lanjut untuk pembelian tiket boleh hubungi
Wany : 010-248 5068
Anda juga boleh ikuti perkembangan mengenai Inang Popin –
Teater Untuk Kanak-Kanak di laman rasmi
PH7 Production Management
Instagram : www.instagram.com/ph7.productionmanagement
Facebook : www.facebook.com/ph7productionmanagement
Follow hashtag
#InangPopin
Comments
Post a Comment