SUTRADARA DAIN SAID MUNCUL KEMBALI DENGAN FILEM HARUM MALAM ( "BLOOD FLOWER" )
Kuala Lumpur , Pengarah filem tersohor Dain Said, kini kembali dengan sebuah karya baru yang amat di nantikan-nantikan. Filem Harum Malam yang bergenre seram, bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula pada 09 Febuari 2023.
Harum Malam berkisarkan pergelutan hidup Iqbal, seorang
remaja dan pelatih perubatan tradisional yang mampu meihat makhluk yang ghaib
pada mata kasar manusia. Keupayan luar biasa ini mengakibatkan Iqbal sering
diganggu makhluk dan ancaman dari dunia alam ghaib sehingga sukar untuk Iqbal
membezakan antara realiti dan ghaib. Satu peristiwa te lah menyebabkan
rakan-rakan dan keluarga Iqbal terdedah dengan makhluk ghaib yang amat
merbahaya. Tanpa mempunyai pilihan, Iqbal terpaksa menggunakan kebolehan is
timewa ini untuk melawan makhluk tersebut.
Harum Malam dibintangi oleh Bront Palarae, Remy Ishak, Nadiya Nissa, Nabila Huda, Amanda Ang, Joey Daud and Faizal Hussein. Filem ini juga memperkenalkan bakat-bakat muda yang menyinar – Idan Aedan, Arnie Shasha dan Angelica Petra.
Harum Malam akan mendapat tayangan perdana antarabangsa (Festival World Premiere) di "Fantastic Fest", Sebuah festival filem bercorak “genre” (horror, fantasi) yang terbesar di Amerika Utara. Filem-filem lain yang pernah ditayangkan pada festival filem ini adalah seperti filem Spilt (2016), arahan M. Night Shyamalan dan There Will Be Blood (2007), arahan Paul Thomas Anderson. Festival filem Fantastic Fest ini akan berlangsung di Austin, Texas pada 22-29 September 2022.
Di pasaran antarabangsa, Harum Malam diwakili oleh Reel Suspects, manakala XYZ Films pula mewakili filem ini di pasaran Amerika Utara. Judul antarabangsa untuk filem Harum Malam adalah Blood Flower (English)
“Kali terakhir saya mengarahkan film seram adalah Dukun pada
tahun 2006. Saya tak sabar untuk filem Harum Malam bertemu dengan penonton
filem tempatan, terutamanya peminat filem seram, pada bulan Februari tahun
depan 2023!
– Dain Said –
(Pengarah filem Harum Malam)
Dukun, yang ditayangkan pada 2018, adalah di antara 5 filem paling pecah panggung bergenre seram di Malaysia. Dain Said telah menerima gelaran Pengarah Terbaik pada Anugerah Skrin 2019 untuk filem Dukun.
INFORMASI TAMBAHAN
https://2022.fantasticfest.com/about
https://sitgesfilmfestival.com/en/film/2022/blood-flower
https://en.wikipedia.org/wiki/Sitges_Film_Festival
SOCIAL MEDIA HARUM MALAM
Twitter: harummalam_film
FB & IG: Harum Malam Film
TikTok: #harummalamfilm
YouTube: Harum Malam - The Film
MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Ahmad Arif Suhaimi
+601131590377
Comments
Post a Comment