PETALING JAYA 20 September 2022 : Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia
(ANGKASA) mencadangkan rumah kebajikan dan anak yatim agar menubuhkan koperasi
bagi menyuburkan pendapatan penghuninya. Datuk Dr Abdul Fattah Abdullah berkata semasa sidang media selepas beliau menyumbangkan beberapa bantuan bekalan beras dan makanan serta Pakaian untuk Anak Yatim disana.
Presiden ANGKASA, Datuk Dr Abdul Fattah Abdullah berkata,
dengan adanya koperasi, penganjur dan ibu tunggal masing-masing boleh ada
pemilikan yang membolehkan mereka memulakan perniagaan dan tidak mengharapkan
sumbangan semata-mata.
“Penganjur boleh daftar di Suruhanjaya Koperasi Malaysia dahulu sebelum berada di bawah ANGKASA.
“Ketika ini rumah kebajikan dan anak yatim hanya bergantung kepada sumbangan sahaja dan ia risiko tinggi.
“Tetapi jika ada koperasi boleh bersama meningkatkan ekonomi diri atau ekonomi sosial iaitu cari duit dahulu dan pulangkan kepada masyarakat.
“Lebih banyak koperasi dapat selesaikan masalah kewangan ahli seperti aspek perubatan dan pendidikan,”
Beliau berkata demikian selepas hadir menyampaikan 306 helai
pakaian sekolah dan RM500 nilai barang asas sebagai Tanggungjawab Sosial
Korporat (CSR) oleh Coopcare ANGKASA kepada Persatuan Rumah Kebajikan Anak-anak
Yatim dan Ibu Tunggal Hajah Kamariah di Taman Medan di sini.
Sumbangan pakaian sekolah dan barang keperluan harian itu
disampaikan menerusi Projek Barang Asas 100 (BA100).
Rumah kebajikan berkenaan menempatkan 40 penghuni dan memiliki konsep menarik kerana hanya menyediakan servis percuma penjagaan dan pengurusan anak sementara ibu atau penjaga keluar kerja.
Ini adalah penjaga Rumah Hajjah Kamariah ini yang banyak membantu bagi penghuni Anak Yatim di rumah ini.
“Rumah ini ada tuisyen, solat berjemaah, mengaji, berehat, beriadah, sediakan makanan bersama dan lain-lain sementara ibu atau penjaga keluar mencari nafkah.
“Contohnya ibu kembali pada waktu malam baharulah anak dibenarkan pulang ke rumah mereka.
“Dengan konsep ini ibu atau penjaga boleh fokus usaha cari nafkah dan sementara itu anak mereka selamat bawah jagaan rumah berkenaan,” katanya.
Kesimpulannya Persatuan Rumah Kebajikkan Anak Anak Yatim dan Ibu Tunggal Hajjah Kamariah
ini banyak Membantu Penghuni disini dan orang yang memerlukan ,
Dengan adanya bantuan dari Badan Coop Care ANGKASA ini ia banyak membantu
memberi bantuan kepada Rumah Kebajikkan ini. Disamping Badan Coop Care ini juga akan
memabntu banyak lagi yang memerlukan pada masa akan datang.
Membantu amat penting bagi kita menjaga kelestarian penduduk kita
dan memudahkan lagi rezeki mereka yang memerlukan.
Comments
Post a Comment