SAMBUTAN ‘KITA MERDEKA KAMI ANAK MALAYSIA” Di AEON MALL NILAI


Nilai, Negeri Sembilan  31 Ogos 2022  Kita perlu terus meneguhkan jati diri dan semangat patriotik yang menjadi teras pembentukan negara berdaulat dan berwawasan. Ianya perlu didukung oleh semua keluarga Malaysia sama ada penjawat awam, sektor swasta, sukarelawan NGO mahupun orang perseorangan. 


Bersempena sambutan hari Kebangsaan ini, AEON telah memastikan ianya menjadi sesuatu yang istimewa, khasnya bagi komuniti di sekitar Nilai ini.Dengan wujudnya acara ini semakin ramai orang awam yang datang kesini dapat menyambut Hari Merdeka dan menerapkan sikap Patriotik Cintakan Negara Malaysia. 


AEON juga mengadakan nyanyian Negaraku dan bacaan Rukun Negara secara serentak ke semua cawangan AEON di seuruh negara pada waktu yang sama . Ia bermula Jam 1 Tengahari dengan orang ramai serta " Rider Bikes " turut sama dalam acara tersebut berdiri bagi menyanyikan Lagu Negaraku serentak .   Ini juga merupakan salah satu usaha AEON memberikan pengalaman baharu kepada pengunjungnya dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti sosial yang sihat serta semangat cintakan kepada Negara dapat dipupuk. 

Pada tahun lepas 2021 AEON telah mengukir sejarah apabila telah disenaraikan sebagai pemegang rekod ‘Cawangan Paling Banyak Menyertai Nyanyian Lagu Kebangsaan Secara Serentak’.



Terdapat pelbagai aktiviti yang diadakan pada hari 31 ogos 2022 di lokasi Aeon Mall Nilai . Biarpun secara sederhana tetapi kemeriahan dan penghayatannya berjaya dikekalkan. 

Antara Acara dan aktiviti yang menarik adalah seperti demonstrasi memasak, " meet and greet" bersama penyanyi dan pelakon Nana turut hadir bagi memeriahkan suasana.  Pengunjung yang hadir sempat untuk swa foto bersama artis terkenal kelahiran Negeri Sembilan itu. 





 Pengunjung juga turut disajikan dengan pengagihan kuih bakar . Para para Media Blogger turut berkesempatan untuk mendapatkan Kuih Bakar ini sebagai tanda menyambut Hari Merdeka bersama.







Antara aktiviti bersama tetamu kehormat adalah " Drum Cicle Kandora " Iaitu tetamu kehormat , Pengunjung serta , Para Media blogger turut sama menyertai acara ini dengan mengetuk Baldi , Darbuka , Bongo serta alat muzik lain dengan mendengkan alunan muzik yang menarik bersama sama. Para pengunjung yang datang menyaksikan sungguh terhibur dengan beberapa rentak irama lagu dipersembahkan antaranya 31 ogos ,  ella " Standing in the eyes of the world ". 

Untuk kempen Kita Merdeka Kami Anak Malaysia ini AEON juga telah berkerjasama dengan Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (Irama) untuk menjayakan program ini dengan pelbagai aktiviti. 





Di Perkarangan bangunan Aeon Mall nilai juga pada 31 Ogos, bermula jam 10 pagi hingga 10 malam menampilkan pelbagai aktiviti menarik kepada semua pengunjung dan  pelbagai golongan masyarakat.







Antaranya aktiviti disediakan termasuk Tukar Minyak Hitam Motosikal secara Percuma . Terdapat juga Pameran dan Konvoi Motorsikal (kategori kapcai), Bike Gathering (Kelab Motosikal) serta ada persembahan artis jemputan dan buskers atau penghibur jalanan (Music Box Buskers) .




Tidak ketinggalan terdapat juga tapak pameran dari pelbagai agensi kerajaan antaranya antaranya Majlis Belia Malaysia (MBM), Agensi Antidadah Negeri Sembilan, Bahagian Keselamatan Jalan Raya dan PDRM (Division Anti Scammer). Ia dapat memberi maklumat berguna kepada pengunjung yang hadir hasil dari perkongsian agensi yang terlibat. 

Dengan acara yang diadakan ini, Aeon mall menyokong terus usaha serta dapat membangkitkan semangat Hari Merdeka kepada rakyat di malaysia . 




Comments