Pelancaran Miss CosmoWorld - Hadiah Berjumlah 100,000.00 Dollar Untuk Pemenang pemenang Miss CosmoWorld 2022 .

 Kuala Lumpur 23 September 2022  Miss CosmoWorld 2022 telah dilancarkan secara rasmi baru-baru ini bertempat di hotel Park Royal Collection,Kuala Lumpur. Terpegun melihat kecantikan setiap peserta ratu cantik yang tinggi dan mengenakan rekaan fesyen yang sememangnya sangat cantik dan menawan, elegen dan eksklusif. Mereka ini antara peserta calon calon yang akan mewarnai " Miss CosmoWorld 2022" dan bakal untuk membawa hadiah yang cukup lumayan 100,000.00 Dollar disediakan oleh penganjur kali ini. 



Untuk makluman semua, acara Miss CosmoWorld 2022  ini telah diasaskan oleh Carrie Lee dimana mencatatkan sejarah tersendiri apabila menawarkan hadiah yang cukup lumayan iaitu 100,000 Dollar di samping pelbagai hadiah lain seperti  baucer rawatan kecantikan, produk kosmetik dan sebagainya.




Miss CosmoWorld 2022 mempromosi  kebebasan dan kecantikan para wanita di samping mahu menyebarkan cinta dan keprihatinan kepada dunia dan juga mahu memperkasakan kaum wanita dengan kecerdasan ilmu serta memberi peluang kepada para wanita untuk merealisasikan impian dan cita-cita mereka berpotensi untuk bekerjaya dalam bidang ini. 



(Carrie Lee,Pengasas Miss CosmoWorld)



“There are many beautiful ladies out there but how many with brain will FULLY utilize the winning money to do something even greater for themselves and the people around them? Let us share to the world this message and help fulfill a young lady's chance to pursue her dreams and goal,” - Jelas ucapan Carrie Lee,Pengasas Miss CosmoWorld








Melalui penganjuran acara Miss CosmoWorld ini , Semoga ia dapat  memberi peluang kepada Peserta untuk mempromosikan  hal-hal kesihatan diri , kecantikan, sukan serta tanggungjawab sosial melalui pelbagai misi kebajikan yang dilaksanakan oleh para peserta. Selain itu ia dapat memberi pengalaman yang bagus untuk mereka menempatkan diri menjadi wanita cantik teristimewa . 



Miss CosmoWorld akan diadakan mulai 17 November sehingga 30 November 2022 . Acara akhir Miss CosmoWorld 2022 akan diadakan bertempat di Hotel St Regis ,Kuala Lumpur.



Untuk maklumat lanjut layari :

WEBSITE

 http://2022.misscosmoworld.com

 FECEBOOK

 https://www.facebook.com/MissCosmoWorld

 INSTGRAM

 https://instagram.com/misscosmoworld














Comments