MATRADE DENGAN PENGALAMAN SELAMA 40 TAHUN MERAIKAN METAHOVER DALAM PEMASANGAN SEMIKONDUKTOR UNTUK MENARIK PELABUR ASING LUAR & SERTA MENINGKATKAN NILAI EKSPORT DALAM NEGARA
KUALA LUMPUR, 14 September 2022 - Ketua Pegawai Eksekutif
Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), YBhg. Datuk Mohd
Mustafa Abdul Aziz menyaksikan pelancaran rasmi METAHOVER, hasil daripada
perkongsian bersama di antara pengilang alat keluli berketepatan tinggi
tempatan, Metalmach Micro Technology (MMT) dan pembekal bahan bantuan dari
China, Future Hover Industrial Co., Ltd (Future Hover) yang bernilai RM1 billion,
mensasarkan pulangan sehingga RM1 billion setiap tahun dalam hasil eksport
dalam masa 10 tahun.
ICT, Machinery & Equipment Section) of MATRADE"
YBhg. Dato' Seri Mohd Haniff Aziz, Naib Presiden "of
Strategic Alliances"
Mr. Low Yin Chee, Pengarah Urusan "of Metalmach Micro
Technology"
YBrs. Puan Sharimahton Mat Salleh, Timbalan CEO "(Export
Acceleration) of MATRADE"
YBhg. Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif "of MATRADE"
Mr. Low Kim Yoong, Pengarah Operasi "of Metalmach Micro
Technology"
Mr. Alfred Foo, Pengarah Perniagaan "(Malaysia) of Future Hover
Industrial Co., Ltd"
YBhg. Dato’ Iqmal Shafiq bin Dato’ Seri Mohd Haniff, Pengerusi "of Metalmach Micro Technology"
Mr. Amran Yem, Pengarah Kanan "(Export Promotion &
Market Access Division) of MATRADE"
Digabungkan dengan pengalaman MMT selama 40 tahun dalam
industri, usahasama ini pasti akan menarik minat pelabur asing dan pembekal
antarabangsa untuk mendapatkan peralatan dan aksesorinya yang berpatutan hasil dari Malaysia.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan Pengeksport), Pn. Sharimahton Mat Salleh berkata, “Jentera dan Kelengkapan ialah industri yang penting kepada Malaysia. Sektor ini merupakan sektor eksport yang ketujuh terbesar, bernilai RM49.9 billion, mewakili 4 peratus dari eksport keseluruhan Malaysia pada tahun 2021. Jentera dan peralatan yang digunakan dalam penghasilan semikonduktor, peralatan dan aksesori merupakan segmen eksport terbesar, bernilai RM8.8 billion atau 17.5 peratus dari keseluruhan eksport Jentera dan Kelengkapan pada tahun 2021, manakala dalam tujuh bulan pertama 2022, eksport Jentera dan Kelengkapan Malaysia mencapai RM34.4 billion, peningkatan 25.5 peratus dari tahun yang lepas, bagi tempoh yang sama.”
Beliau menambah, “Dengan pengalaman 4 dekad Metalmach Micro
Technology dalam pembuatan berketepatan tinggi dan acuan, kami percaya syarikat
ini berkemampuan untuk menghasilkan peralatan dan komponen mesin berkualiti
tinggi yang digunakan dalam pelbagai sektor seperti semikonduktor, peralatan perubatan,
automotif, aeroangkasa, Elektrik & Elektronik dan industri-industri lain.
Reputasi ini menarik minat perniagaan luar negara untuk bekerjasama.”
Selain itu, METAHOVER juga akan membangunkan bahagian
penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk mengkaji trend pengilangan
semikonduktor demi meningkatkan dan menginovasi proses penghasilan. Ianya amat
penting kepada METAHOVER untuk sentiasa berada selangkah ke hadapan supaya
Malaysia semakin maju dalam pasaran global industri ini di masa akan datang.
Pengarah Operasi Metalmach Micro Technology, En. Low Kim
Yoong berkata, "METAHOVER berdiri megah dalam pembekalan semikonduktor
kerana kami berbeza dengan pesaing kami. Kami bukan sahaja mampu mengendalikan
setiap proses pemasangan semikonduktor, kami juga mampu menawarkan harga paling
kompetitif di dunia, tanpa menjejaskan kualiti.
Pada masa ini, kemudahan memainkan peranan penting untuk
mendapat kelebihan dalam persaingan, dan mandat kami adalah untuk menyediakan
perkhidmatan secara keseluruhan demi membantu pembekal tempatan dan
antarabangsa melalui solusi setempat iaitu METAHOVER."
Mengenai Syarikat Teknologi Mikro Metalmach (MMT)
Metalmach Micro
Technology Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada tahun 1979 di Malaysia.
Perniagaan teras utama syarikat ialah pembuatan Bahagian
Logam Ketepatan
(Alat dan Dies, Jig & Lekapan, Bahagian Acuan dan Alat
Karbida) untuk
digumnakan pelanggan di seluruh dunia dengan lebih daripada
30 tahun pengalaman
dalam pemesinan ketepatan dan acuan dan diefabrikasi.
Mengenai Sayrikat “Future Hover Industrial Co., Ltd (Future
Hover)”
Syarikat ini berpangkalan di Shenzhen, China sejak 2003,
Future Hover ialah
jenama pemenang pelbagai anugerah yang memfokuskan kepada
penyelidikan
dan pembangunan serta pengeluaran bahan utama yang
diperlukan untuk
pembuatan semikonduktor, dan menyediakan banyak alternatif
yang unggul masa kini.
Comments
Post a Comment