PAMERAN BPEX SATU RUMAH SATU KELUARGA BUMIPUTERA MALAYSIA 2022 AKAN BERLANGSUNG DI MID VALLEY ADA 8,500 UNIT KEDIAMAN UNTUK BUMIPUTERA
Setiawangsa, 27 September 2022, BPEX akan mengadakan pameran Satu Rumah Satu Keluarga untuk Bumiputera Malaysia yang akan berlansung di Mid Valley , Kuala Lumpur Pada 1 Oktober hingga 2 Oktober. Ia akan membantu lebih ramai rakyat Malaysia untuk memiliki Rumah Kediaman sendiri pada masa akan datang.
Kira-kira hampir 8,500 unit kediaman dan pejabat untuk kuota
Bumiputera ditawarkan di
sekitar Kuala Lumpur dan Selangor bermula dari RM200,000 ke
atas. Program pemilikan
kediaman BPEX Satu Rumah Satu Keluarga Bumiputera Malaysia
membawa pakej-pakej
yang menarik terutama untuk golongan B40 dan M40 yang mana satu inisiatif Pembiayaan
Perumahan iaitu 1-biaya akan memudahkan golongan ini memiliki kediaman di Lembah
Klang yang mana Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)
inisiatif dari Kementerian
Kewangan bertujuan untuk membantu golongan yang tiada pendapatan tetap dan tiada slip gaji untuk
memiliki rumah pertama mereka, seperti pemandu teksi, golongan petani dan perusahan kecil yang
boleh memiliki rumah maksima sehingga berharga RM 400, 000 seunit.
Selain itu, Skim Rumah Pertamaku (SRP) oleh Cagamas juga akan membantu golongan
berpendapatan rendah untuk memiliki rumah dengan koloborasi
bersama bank-bank yang
terlibat seperti Maybank, Bank Muamalat, Bank Islam, dan
Bank Rakyat dengan
pembiayaan sebanyak 110 peratus dengan tiada bayaran
pendahuluan. Selain itu, pilihan
yang lain ialah Skim PR1MA Sewa Beli (RTO) yang mana mereka
yang berpendapatan
rendah berminat untuk menyewa dahulu dan kemudian baru
membeli serta memilikinya.
Kaum Bumiputera boleh merebut peluang ini selagi unit-unit
masih ada dan inisiatif-inisiatif
ini masih dikekalkan. Siapa cepat dia dapat.
Tujuan utama pameran ini adalah untuk meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera dalam bidang
hartanah dan menggalakkan Kaum Bumiputera khususnya orang Melayu, celik hartanah dan menyahut
aspirasi kerajaan untuk meningkatkan pemilikan hartanah Bumiputera sebanyak 30 peratus hingga 60
peratus.
Pembeli Bumiputera dapat membuat pelbagai pilihan hartanah dan menikmati harga
promosi kuota Bumiputera dan juga diskaun sehingga 20
peratus serta rebat-rebat diskaun
jual beli, setem duti dan pelbagai lagi seperti kelengkapan
kabinet dapur, baucar perabot
dan peralatan elektrikal percuma juga akan di sediakan oleh
pemaju Yang mengambil
bahagian.
Dipetik daripada kenyataan Utusan Malaysia beberapa hari yang lalu, Menteri Perumahan
dan Kerajaan Tempatan, YB Dato' Sri Reezal Merican Naina
Merican berkata, di bawah
program HOPE, kerajaan turut memperkenalkan inisiatif pemilikan perumahan Keluarga Malaysia
(i-Miliki) melibatkan pemberian inisiatif pengecualian duti setem ke atas surat cara pindah milik dan
perjanjian pinjaman
bagi pembelian rumah pertama mengikut kadar harga rumah.
Bagi rumah berharga RM500,000 dan ke bawah, insentif
pengecualian duti
setem adalah sebanyak 100 peratus manakala rumah berharga melebihi RM500,000 sehingga
RM1 juta, insentif pengecualian sebanyak 50 peratus ketika ditanya.
Ada 55 pemaju bakal mempamerkan unit kediaman masing-masing di mana 25
daripadanya dari Kuala Lumpur dan 30 dari Selangor. Antara
pemaju yang terlibat dengan
pameran ini adalah S SP Setia, Platinum Victory, PKNS, Mah
Sing, Malton Berhad, OcR
Group Berhad, MCT Berhad, IJM Corporation Berhad, UEM
Sunrise, EUPE Corporation
Berhad, MKH Berhad, Glomac Group, TS Law dan Sky World
Development.
Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP), yang mana majlis
pembukaan pameran ini akan di rasmikan oleh YB Dato Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd. Muttalib,
Timbalan Menteri Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada 1hb Oktober 2022
jam 5.30 petang dan majlis penutupan akan dihadiri oleh YB Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim,
Menteri Kementerian Wilayah Persekutuan pada 2hb Oktober 2022 jam 8.00 malam.
peniaga kecil mesti datang dan mengambil peluang hartanah di
Lembah Klang dan
menimba ilmu inisiatif-inisiatif dari kerajaan dan
tawaran-tawaran hebat serta diskaun-
diskaun oleh pihak pemaju kerana kebanyakan pemaju tidak
mengenakan wang
pendahuluan yang tinggi untuk memiliki kediaman.
Pameran BPEX Satu Rumah Satu Keluarga Bumiputera MalaysiaPromosi akan di adakan
pada 1 & 2 Oktober 2022 bertempat di Dewan 3, Pusat
Pameran Mid Valley dari jam 11
pagi hingga 9 malam.
Untuk mendapat maklumat lanjut boleh dihubungi di talian
03-4142 3658 / 03-4142 1151 atau
website :
https://bpex.com.my/event/pameran-satu-rumah-satu-keluarga-bumiputera-malaysia/
Comments
Post a Comment