Konsert Rossa 25 Tahun Bekarya Bakal Mengegar Kuala Lumpur November ini 2022

Kuala Lumpur , 9 September 2022 Setelah kejayaan penganjuran siri jelajah konset " Rossa 25th Shining Years Concert" di Jakarta, Bandung, Surabaya dengan pengunjung yang ramai lebih 15,000 orang penonton. KiniDato Sri Rossa Tampil dengan Konsert Solo Pertama beliau sejak PKP 2020 yang akan diadakan di "Plenary Hall" KLCC , Pada 2 November ini. 


Konsert "Rossa 25th Shining Years Concert" di Malaysia ini akan dianjurkan dengan

kerjasama INSPIRE PRODUCTION Indonesia, YAYASAN PRIHATIN NASIONAL

(PRIHATIN), TICKET2U.COM, MYVITALAB dan KOPERASI PRIHATIN NASIONAL

(KOPENA). Konsert ini diadakan sempena penglibatan Dato' Sri Rossa selama 25

tahun dalam industri muzik dan kini sedang menjelajah ke beberapa kota besar di

Indonesia termasuk di Kuala Lumpur, Malaysia. Sebahagian hasil jualan tiket yang

dijual akan disalurkan ke Tabung Pendidikan Anak Bangsa (TAB) dan Tabung Kasih

PRIHATIN bagi kegunaan dan manfaat pendidikan anak-anak Keluarga Malaysia.



Konsert Dato Sri Rossa di Malaysia akan melibatkan empat (4) Pengarah Muzik;

Dandy Lasahido, Risyanda, Eka Gustiwana, Andi Rianto termasuk Magenta

Orchestra bagi membawakan lebih dari 25 lagu hitsnya. "Rossa 25th Shining Years

Concert" ini semakin mengukuhkan nama Rossa dalam sejarah industri muzik

serantau, dan selalu menjadi trend setter artis Indonesia di Malaysia.


Di konsert penglibatan 25 tahun Rossa dalam industri seni ini, fesyen tentu menjadi

pelengkap untuk elemen visual dan hiburan. Rossa ingin membuat pertunjukan

anakanya yang akan memuaskan para penggemarnya. Faye yang bertindak

SEDagai Image Director dalam mereka segala busana dan aksesori dari para

gner mode papan atas untuk memaksimalkan aksi Rossa di Plenary Hall KLCC.

dud pereka fasyen yang terlibat di antaranya tiga pereka fesyen terkemuka

eisla, yakni perancang busana Didi Budiardjo dan Monica Lvena, kemudian

Fereka Fesyen Aksesori Rinaldy A. Yunardi.

Didi Budiardjo, seorang legenda di industri fesyen Indonesia ini dikenal dengan

dengan siluet feminin ala Parisian yang menyuguhan lekuk klasik penuh keanggunan

dan  dipadukan bersama unsur glamor. 


Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN, Dato' Mohd Aizuddin yang

sememang sinonim dengan penganjuran konsert berskala besar berkata,

"Penganjuran Konsert Dato' Sri Rossa ini akan meneruskan kerjasama strategik

dengan saya dan yayasan untuk tujuan kebajikan yang telah kami mulakan dan

sama-sama berkolaborasi sejak tahun 2012 lagi. Saya bersyukur kerana Dato 

Rossa sentiasa prihatin dengan kebajikan di Malaysia dan sentiasa bekerjasamna

untuk penganjuran konsert yang bukan bersifat komersial semata-mata. Beliau

bersetuju untuk sama-sama mencari dana bagi tujuan pendidikan melalui jualan tiket

seterusnya menyalurkan sebahagian hasil jualan ke Tabung Kasih Prihatin dan

Tabung Pendidikan Anak Bangsa. 


Dalam masa yang sama, PRIHATIN mengalu-

alukan pihak korporat dan orang perseorangan untuk membeli tiket korporat

seterusnya memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan dalam bidang

pendidikan melalui konsep "Berhibur Sambil Beramal. Selain itu, penglibatan

Myvitalab yang terlibat dalam bidang perniagaan kesihatan dan personalised

bekerjasama buat pertama kali dengan PRIHATIN akan memberi impak luar biasa

kerana mereka juga banyak terlibat dengan aktiviti kebajikan."



Jualan tiket bermula pada harga serendah RM258 sehingga RM3,000. Tiket Konsert

ini boleh didapati secara online melalui laman sesawang ticket2u.com.my dan

secara offline bagi jualan tiket amal dan korporat boleh ditempah menerusi RSVP di

talian (013-3886533- Pn. Nelle).







 






Comments