Perasmian Meraikan Kerjasama Antara Malaysia dan China Yang Bernilai 1 Bilion untuk Memperkasakan Malaysia sebagai Hub Pembekal semikonduktor bagi mewujudkan 500 peluang pekerjaan yang baru

 Seremban 8 September 2022 Menteri Besar Negeri Sembilan telah merasmikan satu kerjasama antara Pelabur Syarikat Malaysia dan China.  Metalmach Micro Technology (MMT) dan pembekal bahan bantuan pembuatan dari China, Future Hover Industrial Co. Ltd (Future Hover) untuk melabur RM1 Billion bagi memperkasakan Malaysia sebagai Hub Pembekal Semikonduktor untuk Pasaran Asia Tenggara bagi mewujudkan 500 peluang pekerjaan yang baru. 


Sebahagian daripada kerjasama ini, kedua-dua pihak akan menyelaraskan teknologi dan sumber  

 terbaik di dalam menawarkan solusi sehenti untuk industri ini. Ini akan dicapai dengan

 menggabungkan pengalaman MMT selama 40 tahun dalam penghasilan mesin berketepatan 

tinggi, pembuatan acuandan pembangunan semikonduktor dengan pembekalan bahan bantuan  

yang berdaya saing oleh "Future Hover"  beserta dengan kepakarannya dalam pengujian dan

 pembungkusan semikonduktor.



Dari Kiri YBhg. Dato’ Iqmal Shafiq bin Dato’ Seri Mohd Haniff, Chairman of Metalmach Micro Technology; Mr. Low Kim Yoong, Pengurus Operasi "of Metalmach Micro Technology" ; YAB Dato' Seri Haji Aminuddin Bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan; YB Puan Nicole Tan Lee Koon, State EXCO Members and State Assembly of Bukit Kepayang; Mr. Alfred Foo, Pengurus Perniagaan  (Malaysia) of Future Hover Industrial Co., Ltd; dan paling kanan YBhg. Dato’ Haji Najmuddin Sharif bin Sarimon, Chief Executive Officer of Invest Negeri Sembilan;



Mr. Low Kim Yoong, Pengurus Operasi "of Metalmach Micro Technology"


Syarikat tempatan ini dan rakan kongsinya dari China akan melabur RM 1 bilion secara kolektif untuk

menjana RM 10 bilion dari hasil jualan eksport di dalam 10 tahun akan datang. Ia dimulakan dengan

pembinaan sebuah kilang yang paling lengkap dan canggih di Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia.

 Kilang ini akan berperanan sebagai sebuah hub untuk pembekal dalam dan luar negara bagi

 memperolehi barangan yang lebih berdaya saing di dalam masa yang lebih singkat dan mampu

 menghasilkan lebih 500 peluang pekerjaan. 

Dengan ini, kedua-dua pihak berharap untuk membekalkan latihan teknikal 

 dan pemahaman yang lebih mendalam di dalam industri sebagai salah satu usaha untuk menjana

 populasi pekerja mahirdi Negeri Sembilan dan negara kita.




Mr. Alfred Foo, Pengurus Perniagaan (Malaysia) of Future Hover Industrial Co., Ltd

 

Pengurus Besar Future Hover, Cik Guan Mei Ying berkata, “Malaysia merupakan lokasi yang ideal

 kepada kami untuk bertapak di rantau Asia Tenggara bukan hanya kerana kerajaannya yang bersedia

 untuk menyokong, tetapi juga faktor-faktor seperti kesediaan tenaga kerja yang mahir, lokasi yang

 strategik,dan infrastruktur yang membangun mampu memberi impak yang besar kepada operasi 

kami. Kerjasama ini menjanjikan pelbagai peluang pekerjaan, dan saya menantikan kejayaan yang 

akan kita capai bersama hasil daripada penggabungan pengetahuan, kepakaran dan sumber dari 

dua negara ini.”



Dari Kiri YAB Dato' Seri Haji Aminuddin Bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan
Mr. Low Kim Yoong, Operation Pengurus "of Metalmach Micro Technology leading the on-site tour of Metalmach Micro Technology (MMT)" Paling kanan Dato’ Haji Najmuddin Sharif bin Sarimon, Chief Executive Officer of Invest Negeri Sembilan

Melalui kerjasama ini, MMT diberi peluang untuk mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran China

dengan menawarkan perkhidmatan yang telah ada kepada pemain-pemain industri serantau dan

menyumbang kepada jualan dan permintaan eksport untuk produk dan perkhidmatan Malaysia.


Pengarah Operasi MMT, En. Low Kim Yoong berkata, “Dengan permintaan yang meningkat dan

pengembangan yang pesat dalam sektor semikonduktor di Asia Tenggara, kerjasama ini bukan

sahaja menguatkan posisi kedua-dua pihak dalam rantau ini, tetapi juga meningkatkan posisi

Malaysia yang telah dikenali dalam sektor pembekalan, lantas membolehkan Malaysia menjadi

pilihan utama untuk penghasilan semikonduktor secara global. Kerjasama ini membolehkan

pengurusan yang menyeluruh termasuk pemasangan semikonduktor sekaligus menjadikan kami

antara pengusaha yang terkuat dalam industri pembekalan semikonduktor di pasaran dunia.



“Kami juga akan menyediakan sokongan yang teguh dan solusi yang cekap kos kepada pengusaha

 industri di seluruh dunia sambil menyumbang kepada pembangunan negara, hasil dari 

kerjasama ini,”tambah beliau semasa sesi lawatan ke dalam Kilang tersebut.


Akibat dari perintah berkurung di China, Cik Guan Mei Ying tidak dapat hadir bagi menyaksikan

 sendiri upacara majlis menandatangani rasmi . Oleh itu, Pengarah Perniagaan (Malaysia) 

Future Hover,  En. AlfredFoo, yang telah bertungkus-lumus memastikan perjanjian kerjasama ini

 berjaya dan berjalan lancar,dilantik untuk mewakili Cik Guan di acara tersebut.






Para Jemputan kehormat dan PengamalMedia turut sama dalam lawatan yang diadakan pada 

8 Sepetember tersebut. Kesemuanya melawat hampir seluruh tempat di kawasan kilang tersebut 

untukmelihat sendiri mesin yang dibeli serta cara satu persatu proses pembuatan semikonduktor 

ini sehinggaianya siap. Kini Kilang ini mempunyai mesin baru yang lebih moden 

dan berteknologi tinggi. 



Ini adalah Mesin lama yang masih berjasa untuk pembuatan semikonduktor ini. 




Ini Ialah Mesin Terbaru yang baru dibeli bagi meningkatkan mutu Pembuatan Semikonduktor ini.




Mengenai Syarikat Teknologi Mikro Metalmach (MMT)

 Metalmach Micro Technology Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada tahun 1979 di Malaysia.

 Perniagaan teras utama syarikat ialah pembuatan Bahagian Logam Ketepatan

(Alat dan Dies, Jig & Lekapan, Bahagian Acuan dan Alat Karbida) untuk

digumnakan pelanggan di seluruh dunia dengan lebih daripada 30 tahun pengalaman

dalam pemesinan ketepatan dan acuan dan diefabrikasi.





Mengenai Sayrikat “Future Hover Industrial Co., Ltd (Future Hover)”

Syarikat ini berpangkalan di Shenzhen, China sejak 2003, Future Hover ialah

jenama pemenang pelbagai anugerah yang memfokuskan kepada penyelidikan

dan pembangunan serta pengeluaran bahan utama yang diperlukan untuk

pembuatan semikonduktor, dan menyediakan banyak alternatif yang unggul masa kini.




Kesimpulannya dengan wujudnya kerjasama ini ia tela mampu untuk menaikkan Malaysia 

sebagai Pengeluar utama Semikonduktor dunia pada masa kini dan akan datang. 

Ianya juga telah memberi Impak yang besar menaikkan ekonomi negara serta memberi 

banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia Amnya. 

 







Comments