CARING PHARMACY MELANCARKAN CARIDOCTOR, PERKHIDMATAN PRESKRIPSI ELEKTRONIK PERCUMA, BERSEMPENA HARI FARMASI SEDUNIA 2022

 KUALA LUMPUR, 21 September 2022 - Bersempena dengan Hari Farmasi Sedunia 2022,

CARiNG Pharmacy melancarkan CariDoctor, perkhidmatan preskripsi elektronik yang serba

baru, sebagai satu solusi penjagaan kesihatan yang terbaru dan paling inovatif. Perkhidmatan ini

membantu para pelanggan untuk mendapatkan khidmat nasihat perubatan secara percuma

dan segera tentang gejala ringan yang tertentu di semua cawangan CARiNG Pharmacy dan

cawangan Georgetown Pharmacy serta  Wellings Pharmacy yang terpilih di seluruh negara.

Georgetown Pharmacy dan Wellings Pharmacy merupakan ahli CARiNG Pharmacy Group.




Hasil kerjasama dengan rakan-rakan doktor, CARiNG Pharmacy Group menubuhkan satu solusi

sehenti untuk keperluan penjagaan kesihatan para pelanggan. CariDoctor membolehkan para

pelanggan mendapatkan khidmat nasihat profesional dan preskripsi perubatan oleh doktor yang

disahkan untuk keperluan perubatan yang tertentu, sebelum mendapatkan khidmat nasihat

lanjutan. Memandangkan keperluan kesihatan di kalangan para pelanggan berbeza,

pendekatan yang lebih peribadi hasil usahasama dengan doktor-doktor perubatan terbukti

efektif dalam membantu keperluan tertentu para pelanggan.




Dengan menggunakan platform atas talian yang khusus, para pelanggan yang perlu bertemu

doktor bagi mendapatkan keperluan perubatan dibolehkan untuk berkomunikasi dan

mendapatkan khidmat nasihat secara segera oleh para profesional yang terlatih untuk

pengurusan pesakit secara maya dengan efektif menggunakan peranti mudah alih.






Sehingga kini, CARiNG Pharmacy Group sentiasa memperkenalkan pelbagai perkhidmatan

farmasi yang khusus bagi memenuhi keperluan masyarakat. Maka, bersempena Hari Farmasi

Sedunia pada 25 September 2022, CARiNG Pharmacy Group mempromosi kesihatan dan gaya

hidup yang lebih sihat dengan mendidik masyarakat berkenaan perkhidmatan percuma yang

telah tersedia kepada para pelanggan CARiNG Pharmacy pada bila-bila masa. Ini termasuk:



● Pemeriksaan Kesihatan (Ujian Tekanan Darah, Ujian Kadar Glukosa & Ujian Kolestrol)


● Jom Kurang Manis (Khidmat nasihat Diabetes)


● Makan Berzat Kekal Sihat (Perkhidmatan Pengurusan Berat Badan) 


● Do It Right (Kempen Pembuangan Alat perubatan dengan selamat)



● 3C CARING Customer Care (Rekod MyHealth, Semakan Penggunaan Ubat, Sistem

 Pemantauan Dos & Pengurusan Penyakit Kronik)


● Khidmat Nasihat Asthma



Pengarah Urusan CARiNG Pharmacy, En. Chong Yeow Siang berkata, “Kami amat berbangga

kerana mampu memainkan peranan dalam menyediakan perkhidmatan yang diperlukan

masyarakat di Malaysia sambil mempromosi amalan gaya hidup sihat dengan ‘CariDoctor’,

perkhidmatan preskripsi elektronik yang baru. Di CARiNG Pharmacy Group, kami sentiasa

berinovasi untuk menyediakan perkhidmatan yang boleh membantu para pelanggan dalam

khidmat nasihat perubatan yang mudah, berkualiti, mampu milik dan dipercayai.


“Kami juga bangga dapat menyediakan perkhidmatan percuma ini, secara langsung dapat

membantu setiap lapisan masyarakat. Dengan sambutan Hari Farmasi Sedunia 2022, saya ingin

mengambil peluang ini untuk menjemput semua rakyat Malaysia menggunakan perkhidmatan

percuma ini di seluruh negara bagi menzahirkan gaya hidup sihat dan mendapat pengesanan

awal tentang potensi masalah kesihatan.”


Penafian:

CariDoctor berfungsi sebagai saluran alternatif untuk pesakit berunding dengan doktor mereka.

Hanya beberapa keadaan perubatan yang sesuai untuk telekonsultasi menggunakan CariDoctor.

Doktor akan menilai sejarah perubatan anda, simptom semasa dan sebarang dokumen lain yang

tersedia untuk menentukan sama ada keadaan anda sesuai untuk telekonsultasi atau merujuk

anda untuk terus berjumpa doktor secara peribadi.


Pengurusan Penyakit Kronik adalah program untuk menggalakkan susulan perubatan secara

berkala dengan doktor untuk pesakit yang menghidap penyakit kronik bagi mengelakkan

komplikasi.


PENTING: JANGAN GUNAKAN TELEKONSULTASI UNTUK HAL KECEMASAN PERUBATAN. 

Jika

anda mengalami kecemasan perubatan, sila dapatkan nasihat doktor secara peribadi atau

hubungi nombor perkhidmatan perubatan kecemasan dengan segera.



Mengenai Farmasi CARiNG

Rangkaian runcit farmasi terbesar di Malaysia, CARiNG Pharmacy Group, telah ditubuhkan 

pada 10hb  September 1994 oleh lima ahli farmasi, yang merupakan rakan kursus 

di Sekolah Farmasi, Universiti Sains Malaysia (USM). Sehingga kini, 

Farmasi CARiNG telah berkembang kepada 169 kedai

 di seluruh negara dan 46 kedai pemerolehannya,

Georgetown Pharmacy & Wellings Pharmacy.

Untuk maklumat lanjut, sila layari  

https://caring2u.com/pharmacy-service-2/.





Comments