KONSERT SULUNG FAZTIVAL FAZURA 2022 MENCATAT SEJARAH TERSENDIRI DAN DUA REKOD BAHARU

 KUALA LUMPUR 12 September 2022 – Konsert sulung Faztival Fazura 2022 yang

telah diadakan Axiata Arena, Bukit Jalil malam tadi telah berlangsung dengan gilang-

gemilang dengan Penonton yang hadir memenuhi ruang di dalam Stadium Axiata, Bukit Jalil .

 Konsert dimulakan dengan nyanyian pembukaan oleh YBhg. Dato’ M. Nasir

serta penampilan khas Fattah Amin dengan aksi silat mengiringi lagu “Mentera

Semerah Padi” di hadapan lebih 8 ribu penonton.




Konsert yang dianjurkan dibawah jenama Fazura tersebut turut menghimpunkan

penyanyi terkemuka tempatan yang lain seperti YBhg. Dato’ Awie dan Ratu Rock

Malaysia, Ella. Selain dari itu, konsert Faztival juga telah digamatkan dengan

persembahan memukau daripada kumpulan Ruffedge, Zizi Kirana, Ippo Hafiz dan

Amir Masdi.


Pengasas Fazura, Nur Fazura binti Sharifuddin yang lebih mesra dikenali sebagai

Faz, meluahkan rasa sangat terharu beliau dengan sambutan luar biasa terhadap

konsert sulung Faztival pada tahun ini dan berharap untuk menjadikan Faztival Fazura

sebagai acara tahunan anjuran syarikatnya.


“Alhamdullillah Faz bersyukur kerana konsert ini mendapat sambutan luar biasa dan

tidak menyangka dapat mencipta dua rekod baharu Malaysia Book of Records”

Konsert Faztival Fazura 2022 telah mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records

dengan penciptaan dua rekod baharu peringkat kebangsaan iaitu The Largest

‘Tudung Fazura’ Gathering in an Event dan The Largest Tudung Bawal in

Malaysia.  Ia telah  disempurnakan dengan jayanya oleh Fazura. 




Serentak dengan penganjuran konsert tersebut, Faz juga telah melancarkan produk

terbaru dipasarkan syarikatnya iaitu Fazura BeautyWater, minuman tanpa gula yang

diperkaya dengan lycopene, untuk mencantikkan kulit secara semulajadi.



Sorakan berterusan penonton di Axiata Arena malam tadi turut diserikan oleh

nyanyian Nur Fazura sendiri dengan medley lagu popular beliau dan diakhiri dengan

gubahan semula lagu “Jika Cinta Allah” yang diiringi petikan gitar akustik oleh Ahmad

Dhani.



Ahmad Dhani dan Mulan adalah dua orang artis Indonesia jemputan khas yang telah

membuat persembahan pada konsert sulung Faztival malam tadi. Konsert Faztival

Fazura 2022 diakhiri oleh persembahan khas Ahmad Band yang diketuai Ahmad

Dhani.


Selain daripada menghargai para peminatnya, anjuran konsert seperti ini juga

disasarkan oleh syarikat Fazura untuk membantu merancakkan industri hiburan

tanahair dan kegiatan ekonomi industri hiliran yang lain seperti pelancongan dan

Meetings, Incentives, Conferences and Exhibitions (MICE) tempatan yang telah

banyak menerima kesan akibat pandemic COVID-19, selaras dengan aspirasi

#MilikSemua .



Antara Lagu lagu yang dipersembahkan di dalam konsert ini adalah 




Datuk M. NASIR

1-Suatu Masa

2-Tanya Sama Itu Hud Hud

3-Mentera Semerah Padi








AMIR MASDI

1-Asmara

2-Esok

3-Kau sakiti





ELLA

1-Dua Insan Bercinta

2-Medley- sembilu/ retak

3-Kesal







IPPO HAFIZ

1-Seadanya Aku

2-Medley- Rahsia Redha/ ku takkan mampu

3-Kekal Bahagia





ZIZI KIRANA

1-Purnama (feat Fakhrul Unic)

2-Pijak

3-Eh









Ruffedge

1-Tipah tertipu

2-Bila Rindu

3-Khayalan







DATO AWIE

1-layang layang putus talinya

2-Penjara Janji

3-Terima Kasih















MULAN JAMEELA

1-Makhluk Tuhan Paling Seksi

2-Wonderwoman

3-Sinaran















FAZURA

1-Medley- sayangi dirimu, bisa apa, hancur aku

2-Jika cinta Allah (feat. Ahmad dhani)















Ahmad Band

1-Od

2-Distorsi

3-Sudah

4-Bidadari Kesunyian

5-Aku Cinta Kau & Dia

6-Madu Tiga


Sehingga Pukul 12:00 Malam akhirnya konsert Faztival Fazura Tamat dengan Jayanya 

Kesimpulannya Konsert ini telah menyatukan Artis Artis Terkenal dari malaysia dan Indonesia 

duduk bersama dalam satu Konsert yang hebat. Ia juga memberi kepuasan kepada Penonton yang 

hadir kali ini dapat melihat sesuatu yang berlainan daripada konsert yang ada sebelum ini.

Ia juga telah memberi pespektif baru tentang bidang sebagai Artis bukan sahaja dapat menghiburkan

 peminat tetapi mereka juga hebat dalam bidang perniagaan dimana ia mampu menjadi kenyataan

 dengan peluang yang diperolehi. 


Comments