ACARA EMAS SELANGOR ANJURAN (JKKN SELANGOR) MENGANGKAT & MENGHARGAI NILAI SENI KREAOGRAFER TARIAN
Kuala Selangor 17 September Acara Emas Selangor yang dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan Kementerian Negeri Selangor mendapat sambutan hangat dari orng ramai . Dianggarkan penuh stadium tertutup dengan ramai warga pelajar, orang ramai berkunjung ke acara yang diadakan ini. bagi melihat sendiri persembahan Seni Kreaografer Tarian ini. Mereka tidak lepaskan peluang untuk melihat sendiri dihadapan mata dengan Ibu bapa membawa anak anak berkunjung kesini. Tengku Zafrul merupakan menteri Kewangan telah merasmikan acara ini dengan gemilang disaksikan oleh semua tetamu yang hadir. Beliau teruja melihat kehadiran tetamu yang hadir begitu ramai. Sudah pastinya beliau memberitahu supaya acara seperti ini harus diadakan dengan lebih besar lagi pada masa akan datang, dalam ucapannya.
Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dalam ucapan pelancaran DAKEN 2021 berkata, dasar ini menjadi entiti penting dalam konsep Keluarga Malaysia yang menekankan nilai-nilai Keterangkuman, Kebersamaan dan Kesyukuran.
Walaupun negara berjaya melakar kecemerlangan melalui Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang digubal pada 1971, tetapi usianya telah mencecah separuh abad. Justeru, untuk memastikan kelestarian budaya terus terjamin, penggubalan DAKEN 2021 memang tepat pada masanya bagi terus memperkasakan budaya negara.
Menurut Dato’ Sri Ismail, DAKEN merupakan sebuah dokumen
holistik, yang bakal dijadikan panduan dan rujukan dalam merencanakan seluruh
pembangunan seni, budaya dan warisan negara. Inisiatif tersebut seiring
menjadikan sektor ini sebagai pemangkin sosio- ekonomi Keluarga Malaysia.
“Kerajaan amat meyakini keupayaan DAKEN 2021 untuk menjulang
dan memartabatkan seni, budaya dan warisan negara. Justeru, saya menyeru
seluruh Keluarga Malaysia agar mendukung dasar ini supaya aspek seni, budaya
dan warisan negara terus terpelihara,” tambah Ismail.
Tujuh teras utama yang digariskan di bawah DAKEN 2021 adalah
berkaitan pelaksanaan seni, budaya dan warisan pada masa hadapan yang
merangkumi Budaya Nilai Tinggi, Keharmonian Masyarakat, Pemeliharaan dan
Pemuliharaan Warisan Budaya, Pembangunan dan Pengembangan Budaya, Pemerkasaan
Budaya, Penjanaan Ekonomi Kebudayaan dan Kecemerlangan Budaya.
Dasar ini dilengkapi tiga puluh sembilan Strategi dan sembilan puluh lima Pelan Tindakan bagi tempoh pelaksanaan selama lima tahun (2021-2025). Pelaksanaan DAKEN melibatkan empat institusi penting, iaitu institusi kekeluargaan, institusi pendidikan, institusi kemasyarakatan dan institusi perkhidmatan.
Sementara itu, Menteri MOTAC, Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri
yang hadir semasa pelancaran menyatakan DAKEN 2021 menjadi inspirasi, dan
iltizam kepada MOTAC untuk memastikan kelestarian seni, budaya dan warisan
dapat diwarisi turun-temurun.
DAKEN berperanan mencorak seni, budaya dan warisan negara
agar lebih terarah, dan kompetitif pada masa depan. DAKEN akan menjadi sumber
rujukan dan dijadikan garis panduan dalam membina strategi, serta pelan
tindakan oleh kementerian-kementerian, dan agensi berkaitan.
“DAKEN turut berpayungkan Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan. Ringkasnya, dasar ini milik kita bersama yang perlu kita fahami, hayati dan hargai,” kata beliau.
Dasar ini, tambah Dato’ Sri Nancy, tidak akan meminggirkan
mana-mana pihak selari dengan agenda pembangunan sosioekonomi negara. Ertinya,
rakyat bebas untuk sama-sama mengambil bahagian dalam usaha-usaha
merealisasikan agenda DAKEN 2021.
Dimanfaatkan dengan DAKEN ini, menerusi Jabatan Kebudayaan
dan Kesenian Negara (JKKN) Selangor, projek menyemarakkan seni budaya negara,
khususnya di Selangor Darul Ehsan diselaraskan penuh oleh Persatuan Kebudayaan
dan Kesenian Daerah Kuala Selangor, sebuah projek dilaksanakan pada 17
September 2022 lalu di Stadium Tertutup, Kuala Selangor.
Projek yang dinamakan Emas Selangor 2022 itu mendapat kerjasama penuh JKKN Selangor, Majlis Daerah Kuala Selangor, dan agensi-agensi kerajaan negeri/persekutuan yang membantu memeriahkan program julung-julung kali skala sederhana.
Penganjuran Emas Selangor 2022 membuktikan bahawa persatuan
di Selangor khususnya, bersiap sedia dalam sebarang aktiviti seni budaya negara
yang mahu dipentaskan dengan penuh jaya.
Tarian merupakan salah satu kesenian yang menarik minat ramai. Sesuai dengan DAKEN dan geran yang disediakan, usaha mengangkat dan melestarikan seni tari ini turut dilakukan di Selangor. Mereka yang sangat terbabit seperti koreografer dan penari tidak wajar terbiar.
Sehubungan itu, Emas Selangor 2022 menampilkan sembilan
koreografi seni tari yang terkenal untuk mencipta dan mengolah seni tari
mengikut kreativiti masing-masing bagi dipertonton kepada orang ramai, yang
menjadi memori seni persembahan.
Sembilan koreografer kerana mereka mewakili sembilan daerah
di Selangor (kini ada 11 daerah apabila Subang dan Petaling dipisahkan).
Mereka ialah Mohd Nasir untuk tarian Somblang Sari, Aida Shakira – Keroncong Selangor, Adzwadi Saini – Samrah Selangor, Sazlan Mat Adnan – Joget Selangor, Muhammad Muhaldin Jamin – Inang Kunang-Kunang, Asnizan Mohammad Kamal – Asli Bunga Tanjung, Khairul Anuar Zainudin - Pooja(Pooja Bugis Selangor), Zurainy Daiman - Jo’oh Mahmeri (Kumpulan Seri Panggung), dan Mohd Riza Feelaqiz Shauri - Ranggok Kerinchi.
Emas Selangor 2022 turut mengundang dua penyanyi, iaitu Haziq Rosebi dan Jamilah Abu Bakar. Jamilah yang lebih biasa dengan irama keroncong muncul menggantikan ‘Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris yang menarik diri kerana kurang sihat.
Perasmian Emas Selangor 2022 disempurnakan oleh Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Turut hadir ialah Pengarah JKKN Selangor, Mohamd Raizuli Md
Jusoh; Dato’ Penggawa Permatang Paduka Maha Bijaya Orang Besar Daerah Kuala
Selangor, Dato’ Mohamad Yaacob Dato’ Ismail; Pengerusi Persatuan Kebudayaan dan
Kesenian Daerah Kuala Selangor, Norhayati G Dass, serta Datin Mainiza Jaini,
dan Sopiah Din.
Dalam ucapannya, Mohamd Raizuli mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tengku Datuk Seri Zafrul kerana berminat memberi sokongan kepada penganjuran Emas Selangor 2022.
Beliau yang memikul amanah sebagai ‘bos’ kebudayaan dan
kesenian di Selangor berharap kerjasama yang lebih mantap dapat diadakan pada
masa akan datang.
Tengku Zafrul pula menarik perhatian apabila mengaitkan usaha pemartabatan seni dengan penerbitan filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang mendapat sambutan hangat.
Beliau memberikan dorongan kepada para penggiat dan karyawan
seni, khususnya dalam konteks acara tersebut, para koreografer dan penari,
sambil berharap penganjuran lebih besar, dan baik pada masa akan datang.
Selain cenderamata kepada para koreografer, Tengku Zafrul dan Raizuli turut menyampaikan hadiah kepada beberapa penerima Anugerah Tokoh Penggiat Seni Daerah Kuala Selangor yang antaranya ialah penyanyi popular Herman Tino.
Kesimpulan acara ini harus diadakan lagi pada masa akan datang kerana ia boleh menarik minat Pelancong luar serta mengetengakan seni tari budaya ini kepada oarang ramai. Disamping itu juga ia dapat menghargai pengiat Seni yang telah lama mereka usahakan.
Comments
Post a Comment