"ASIA ART SHOW 2022” PAMER 100 KARYA PELUKIS TEMPATAN , Kurang Upaya dan artis Asia
15 September, Kuala Lumpur : 100 orang orang pelukis-artis
termasuk pelukis dalam kalangan orang kurang upaya (OKU) mempamerkan karya
masing-masing bersempena dengan Asia Art Show 2022. Menurut Pengasas Asia Art
Show, Hazrita Mohd Hatta pameran ini dianjur untuk meningkatkan keupayaan
membeli seni catan dan karya kreatif dalam kalangan rakyat Malaysia.
“Asia Art Show 2022 adalah
penambahbaikan dari program terdahulu Art Market Malaysia. Dengan
penambahbaikan dari segi strategi jualan dan konsep, Asia Art Show 2022 dapat
membuka peluang pada semua artis dan jenis atau kategori seni catan, karya
kreatif dan seni tampak dipasarkan tidak sahaja untuk pasaran tempatan malah
pasaran antarabangsa.
Minat atau potensi membeli seni catan dan karya kreatif dalam kalangan rakyat tempatan masih rendah begitu juga sokongan dari sektor korporat. Ini boleh dilihat daripada sudut kurangnya penajaan untuk program seni catan-karya kreatif berbanding program hiburan lain dan elemen seni yang lain,” jelas Hazrita.
Menurut Hazrita lagi, 20 lukisan
karya pelukisan tersohor tanah air seperti karya Yusof Gajah, Master Roong
Huah, Nazli Hamzah, Amy Hashim, Zunar, Ismail Embong dan pelukis-pelukis generasi baharu yang
sedang mencipta nama dipamerkan dalam pameran berkenaan.
“Penganjuran Asia Art Show 2022 ini
adalah pelantar terbaik bagi para pelukis generasi baharu untuk mereka
berkongsi karya masing-masing bagi menjengah potensi dalam pelbagai aspek
khususnya mengadakan pameran dan menjual karya mereka di luar negara.
Bagi pameran julung kali ini, Tokoh
Pelukis Negara, Ismail Embong turut mempamerkan karya agungnya dari koleksi
“Busana” dan beberapa koleksi dari anaknya, seorang artis terkenal tanah air
iaitu Emma Maembong.
Comments
Post a Comment