JOHOR BAHRU, 20 September -Tayangan filem ini mendapat sambutan yang cukup menakjubkan khususnya daripada komuniti masyarakat Bangladesh di Malaysia yang membanjiri pawagam di Johor Bharu ,mereka menyerbu selebriti pujaan mereka iaitu Ananta Jalil dan Barsha. Ananta dan Barsha yang juga merupakan pasangan suami isteri berada bersama-sama penonton pada sesi tayangan di Johor Bharu, Sebelum ini Skrip sama berlaku di TGV KLCC yang dipenuhi rata rata peminat filem hebat ini.

Rata rata pengunjung yang hadir juga ada yang tidak dapat masuk ke Pawagam kerana kehabisan tiket dan tempat duduk . Suasana penuh dengan Penonton yang hadir sampaikan di dalam Pawagam ada yang sanggup duduk di Tangga untuk menonton kerana terlalu ramai ini . Ini gambaran keadaan berlaku semasa tayangan yang diadakan di TGV KLCC sebelum ini. Di Johor Bharu juga sama seperti ini.
Diluar Pawagam pula pengunjung yang tidak dapat masuk sanggup menunggu lama untuk filem ini tamat. Kerana mereka menunggu Pelakon Terkenal Banggladesh Ananta Jalil dan Basha untuk keluar. Keadaan menjadi riuh rendah bila AJ dan Basha melalui ruang untuk keluar pawagam kelihatan ramai yang menyebu untuk bergambar dengan bintang terkenal mereka.
Ananta Jalil dan Basha yang berada di MMC City
Square, Johor Bahru 18 September . Bagi mempromosikan Filem ini. Di Johor Bharu ini begitu ramai orang yang datang bagi melihat mereka AJ & Basha . Pihak penganjur juga telah bersedia dari segi kawalan keselamatan ketika di Johor Bharu ini .
Di Sidang Media di Johor Bharu Ananta Jalil, penerbit dan
pelakon filem
Bangladesh Din-The Day yang mula ditayangkan di Malaysia
pada 16
September lepas di KLCC, merancang untuk menerbit filem baharunya
untuk tayangan
pada musim Hari Raya Aidilfitri atau Tahun Baru Cina tahun
depan.
Katanya filem itu akan diterbitkan secara usaha sama dengan
penerbit
tempatan.
“Saya berharap untuk membina jambatan harmoni antara
Malaysia dengan
Bangladesh melalui filem. Saya yakin filem usaha sama itu
mempunyai
potensi untuk menarik penonton jika kita berjaya melahirkan
filem yang dapat
membawa isu hubungan baik rakyat kedua-dua negara,” katanya
dalam satu
kenyataan selepas tayangan filem itu di sini.
Johor Bahru menjadi lokasi lawatannya yang kedua setelah
bersama-sama
peminatnya di Kuala Lumpur pada tayangan perdana filem itu
di TGV KLCC
16 September lepas.
Ananta yang dikenali dalam kalangan peminatnya sebagai AJ
berkata, beliau
amat berpuas hati atas sambutan peminat kepada filem itu di
ibu negara dan
di sini.
“Atas sambutan yang luar biasa di TGV KLCC, saya dimaklumkan
pihak TGV
terpaksa menambah dua dewan lagi setelah tayangan pada hari
pertama di
tiga dewan penuh sesak dengan pentonton. Di Johor Bahru pun
begitu juga,”
katanya.
Din The Day mengisahkan kejayaan polis Bangladesh dan Interpol menumpaskan sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang menyasarkan pekerja imigran Bangladesh.
Filem ini menampilkan 3 lokasi negara yang berbeza iaitu Banggladesh , Turki dan Iran. Rata rata pengunjung yang menonton filem ini berpuas hati dengan Aksi Lakonan Aananta Jalil dan Basha dalam filem ini. Beberapa ketika saya menyaksikan ada penonton yang bertepuk tangan kerap kali . Tanda kepuasan mereka menonton filem .
Sementara itu, Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia
(FDAM), Dr Ahmad Ibrahim, berkata Sambutan yang diperolehi untuk filem ini amat luar biasa di kedua tempat KLCC dan Johor Bharu. Ia berharap penggiat Filem negara akan terus bekerjasama dengan mana mana penggiat Filem luar bagi meningkatkan promosi filem tempatan juga di masa hadapan untuk bersaing diperingkat antarabangsa. Mereka juga turut meraikan Hari jadi Dr Ahmad Ibrahim pada 16 September yang lalu di TGV KLCC. Sebelum mereka berada di Johor Bharu .
Kesimpulannya Filem ini telah mendapat sambutan di luar jangkaan
daripada masyarakat Banggladesh
yang menetap di Malaysia dan juga rakyat Malaysia.
Tayangan filem Din-The Day arahan pengarah dari Iran, Murtaza
Atashzamzam, hari ini memasuki hari keempat di 20 panggung di seluruh negara.
Jadi jangan lupa untuk saksikan filem ini dipawagam Malaysia Bermula 16 September lepas dan
hari ini sehingga ia tamat dipawagan .
Comments
Post a Comment