Program Ilmu Madani Wanita Mukminah Kepimpinan Berhikmah serta Cendera Kasih Aidilfitri Bersama YB Dato Seri Dr. Wan Azizah
Kuala Lumpur 23 Mac 2025 , YB Dato Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ,Isteri kepada Perdana Menteri selepas Merasmikan Progran Ilmu Madani Bertajuk Wanita Mukminah Kepimpinan Berhikmah serta Pemberian Cerderahati kepada semua tetamu yang hadir sempena meraikan Aidilfitri tidak lama lagi. Turut hadir untuk tetamu khas , para peserta wanita serta pengamal media. Program diadakan penuh ceria dan keberkatan sempena bulan ramadhan. Program bermula pada awal 8 pagi lagi dipenuhi para peserta, petugas dan lain-lain. Program dimulakan dengan sesi aktiviti ceramah tazkirah oleh tetamu jemputan khas. Sehinggalah ketibaan YB Dato Seri Dr Wan Azizah .
Majlis kemudiannya dimulakan dengan ucapan YB Dato Seri Dr Wan Azizah. Di dalam ucapannya ia mengucapkan terima kasih kepada Pengacara Majlis Puan Siti Fatimah Binti Khairud-Din serta kepada tetamu yang hadir dan tanda syukur dapat bersama semua pada hari ini. Keimanan dan ketakwaan –
Seorang pemimpin wanita Mukminah perlu menjadikan iman dan takwa sebagai asas dalam setiap tindakan.
Keilmuan dan kebijaksanaan –
Wanita yang berilmu mampu membuat keputusan yang bijak dan memberi manfaat kepada masyarakat.
Keadilan dan kesaksamaan –
Kepimpinan yang baik menuntut keteguhan dan keadilan dalam semua aspek kehidupan.
Kasih sayang dan empati –
Seorang pemimpin yang berhikmah memahami keperluan rakyat dan membimbing mereka dengan penuh kelembutan dan ketegasan di tempatnya.
Di dalam ucapan YB Dato Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail Dunia hari ini memerlukan lebih ramai wanita yang berani, berwawasan, dan mempunyai hikmah dalam kepimpinan. Oleh itu, saya menyeru agar wanita tidak takut untuk melangkah ke hadapan, memainkan peranan yang lebih besar dalam pembangunan negara, dan mewujudkan perubahan kepada arah masyarakat yang lebih sejahtera.
Beliau amat berbesar hati melihat program seperti ini dianjurkan bagi memberi kesedaran dan motivasi kepada wanita untuk terus maju ke hadapan dan percaya bahawa dengan adanya platform sebegini, ia dapat melahirkan lebih ramai wanita yang bukan sahaja berperanan dalam keluarga, tetapi juga dalam masyarakat, ekonomi, dan politik.
Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, Dato Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merasmikan Program Kepimpinan Wanita: Wanita Mukminah Pemimpin Berhikmah. Ia dihadiri oleh lebih 500 Peserta , Dato Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama Pengerusi PEWARIS Puan Hanisah Binti Azemi telah memberi sumbangan kepada lebih 1,000 orang asnaf dan ibu tunggal. Mereka menerima sumbangan berupa Sepasang Baju Raya dan Kuih Raya. Untuk menghadapi sambutan Hari Raya Aidilfitri. Penganjuran bersama didalam program ini adalah dari PEWARIS dan MAIWP.








Comments
Post a Comment