Datuk Rosyam Nor Lancar ST Rosyam Mall Pertama Di Malaysia Dengan Kempen RM1.5 Juta Ganjaran

Klang, 19 Mac 2025 – Pelakon dan usahawan popular, Datuk Rosyam Nor telah mencipta sejarah tersendiri apabila membuka kompleks membeli belah pertama ST Rosyam Mall di Malaysia. Lokasi ia terletak di Jalan Kebun, Klang, Selangor. Telah ditanya kenapa memilih klang . Dimana kawasan Klang ini juga berdekatan dengan Jeti dan ladang. Selain mempunyai kudahan akses yang mudah untuk kesana dengan adanya lebuhraya Kesas, WCE, serta pelabuhan Jeti , Ia memudahkan lagi untuk penghantaran barangan Segar dari jeti dan ladang. 

Dengan keluasan 114,000 kaki persegi, ST Rosyam Mall menjanjikan pengalaman membeli-belah yang lebih luas dan selesa untuk para pelanggan. Menampilkan lebih 30 premis terkenal dalam pelbagai kategori seperti fesyen, makanan dan teknologi, ST Rosyam Mall turut menawarkan beberapa premis yang akan beroperasi 24 jam seperti Khulafa dan Nasi Lemak Burung Hantu, Tea Garden, Ai cha dan banyak lagi kedai kedai lain seperti ,Ustaz barang kelengkapan telefon, Kedai Kaca Mata dan pelabagai lagi jenama lain. 




Selain itu, pelanggan juga boleh menikmati kemudahan riadah seperti  gelanggang Pickleball yang dibuka sepanjang masa, serta parkir yang luas,ruang tandas dan surau yang selesa untuk pelanggan Rosyam mall yang dihormati. 



Pembukaan pada malam tersebut telah dihadiri oleh Menteri Besar Selangor YB Amirudin Shaari . Beliau begitu gembira dengan pembukaan cawangan pertama Rosyam Mall di Jalan Kebun, Klang ini. Beliau berharap kawasan disini akan menjadi tempat tumpuan ekonom, riadah dan komuniti dengan adanya ST Rosyam Mall. Serta dapat memperkenalkan kawasan Jalaj Kebun ,Klang ini. Lagipun ini adalah Cawangan pertama Roysam Mall pastinya bukan penduduk sekitar sahaja yang hadir malah akan medapat tumpuan pelanggan dari seluruh selangor amnya dan Seluruh Malaysia khususnya.  



Didalam pelancaran turut sama ia dihadiri oleh beberapa selebriti terkenal, jemputan khas dan pengamal media. Ia adalah salah satunya pasaraya yang menghargai sumbangan karyawan dan seni tanah air negara . Dengan memyediakan Ruang Khas Produk untuk selebriti tempatan di ST Rosyam Mall.  Serta pelanggan yang hadir membeli belah. Suasananya sungguh meriah dengan begitu ramai orang. 



Perasmian Pembukaan dengan jayanya telah dilakukan oleh Menteri Besar Selangor dengan disaksikan oleh seluruh warga yang hadir. Simbolik pelancaran Menteri Besar , Datuk Bandar Klang , pengurusan ST Rosyam Mart , Datuk Rosyam Mall serta tetamu terhormat bersama memegang Papan LED  yang mengeluarkan Grafik yang menarik denhan mengira satu sampai tiga dalam gimik pelancaran yang diadakan menandakan pembukaan ST Rosyam Mall pertama di Malaysia. 




Bagi meraikan pembukaannya hari ini, kempen RM 1.5 Juta Ganjaran Untuk Anda diperkenalkan dengan pelbagai hadiah menarik termasuk 100 pakej Umrah percuma kepada pelanggan bertuah ST Rosyam Mall dan ST Rosyam Mart.



Pengarah Urusan Kumpulan Sri Ternak Datuk Raymond Ho Cheng Hann berkata, kerjasama strategik antara Sri Ternak, ST Rosyam Mall dan ST Rosyam Mart mencerminkan komitmen semua pihak dalam menawarkan pengalaman membeli-belah yang berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan kepada rakyat Malaysia.

 

“Melalui gabungan kepakaran dalam industri peruncitan, kami yakin bahawa ST Rosyam Mall dan ST Rosyam Mart akan menjadi destinasi utama pengguna yang mengutamakan keselesaan untuk membeli kepelbagaian produk, dan juga Rosyam Mall memiliki nilai harga yang berpatutan dan berkualiti menjadi pilihan utama pelanggan untuk membeli belah. 

“Kami juga berbangga kerana dapat menyumbang kepada inisiatif inovatif seperti Pandu Lalu Pengambilan Barang Pesanan dan kemudahan membeli secara borong, serta menggunakan teknologi terkini cara pembayaran layan diri yang memberikan fleksibiliti kepada pelanggan dalam memenuhi keperluan harian mereka dengan lebih mudah dan efisien,”katanya.


Sementara itu, Pengarah ST Rosyam Mart, Datuk Rosyam Nor berkata, ST Rosyam Mall bukan sekadar pusat beli-belah biasa, ia adalah simbol kepercayaan dan dedikasi dalam menyediakan pengalaman membeli-belah yang terbaik untuk rakyat Malaysia. Dimana rata rata pelanggan berpuas hati dengan layanan yang diberikan. Ramai yang menyukai berbelanja di sini. 

“Pembukaan ST Rosyam Mall adalah satu detik bersejarah buat saya secara peribadi. Impian saya adalah untuk membawa pengalaman membeli-belah yang bukan sekadar memudahkan pengguna tetapi memberikan nilai tambah yang luar biasa.


“ST Rosyam Mall bukan sekadar sebuah pusat beli-belah biasa, ia berlainan berbanding Rosyam Mart, Ia diwujudkan dengan konsep yang memenuhi keperluan seisi keluarga. Dimana terdapat pelbagai gerai Makanan, Pakaian, Hiburan, teknologi dan banyak lagi di bawah satu bumbung berhawa dingin setanding dengan Pasaraya Aeon Mall, dan Lotus. Semoga perancangan akan datang ST Rosyam Mart ini akan dikenali di seluruh Malaysia disamping tengah cuba meneroka di peringkat Asean. Dimana dalam pelancaran yang diadakan. ST Rosyam Mall telah diiktiraf oleh  Agensi Asean Record yang hadir pada malam tersebut. Ini membuktikan ST Rosyam Mart & ST Rosyam mall akan berusaha untuk mencapai di peringkat asean serta antarabangsa pada masa akan datanhg. Kemungkinan Rosyam Mall akan jadi salah satu Pasaraya anak tempatan yang akan cuba menembusi pasaran Asean dan antarabangsa. Dengan membuka cawangan di luar Malaysia.



Di dalam ucapan pengurusan ST Rosyam Mall mahu jadikan ST Rosyam mall ini , sebagai destinasi utama rakyat Malaysia yang mencari kelengkapan hidup dengan harga yang berpatutan tetapi dalam suasana yang selesa tanpa tekanan dengan pelbagai kemudahan disediakan. Kami yakin ST Rosyam Mall akan menjadi satu mercu tanda baharu di Klang dan seterusnya di Malaysia. Ini adalah petanda aras terbaru dengan pembukaan cawangan pertama ST Rosyam Mall , Seterusnya akan terus bergerak maju dengan cawangan baru ST Rosyam Mall pada masa akan datang. Selain di peringkat asean dan antarabangsa. 



Dalam pada itu, di lokasi sama, Rosyam turut melancarkan pembukaan cawangan kelapan ST Rosyam Mart  dengan tawaran istimewa. Kempen RM1.5 Juta Ganjaran Untuk Anda turut boleh dinikmati di ST Rosyam Mart. Pengunjung berpeluang memenangi hadiah berupa kereta Proton X70, Goldbar, barangan elektronik, baucar dan yang paling menarik pakej 100 umrah percuma. 


Sebagai simbolik setiap pembukaan cawangan baharu, ST Rosyam Mart menawarkan promosi Ayam Seekor serendah RM 0.88 sen. Antara promosi hebat lain yang ditawarkan kepada ahli ST Kad  adalah lebih 100 barangan promosi berharga serendah RM0.08 sen hingga RM0.88 sen, dengan jumlah keseluruhan lebih 300 barangan promosi sempena pembukaan ini. Semasa saya disini semalam dengan promosi yang begitu hebat ini. Sampaikan saya sendiri sebagai pengamal media begitu terkejut dengan keadaan trafik jalanraya kesana hampir setiap ruang lorong dipenuhi dengan kenderaan. Saya terpaksa parkir jauh berjalan kaki untuk kesana . Kerana mahu cepat ke majlis perasmian Rosyam Mall . Dengan begitu ramai manusia beratur , berpusu pusu untuk memasuki ST Rosyam Mall dari luar. Membuktikan setiap kali pembukaan ST Rosyam Mart pastinya akan penuh dibanjiri orang ramai yang tidak mahu melepaskan peluang mendapatkan promosi begitu hebat ini. ST Rosyam mart juga sentiasa menjadi pilihan bagi pelanggan yang sentiasa membeli barang keperluan harian. Pasaraya no 1 pilihan rakyat Malaysia berbelanja. 



Promosi Hebat ini akan bermula 14 hari 14 malam. Iaitu pada 19 Mac hingga 1 April ini. Cawangan kelapan ini turut beroperasi selama 24 jam. Lebih menarik lagi, ST Rosyam Mart akan menyediakan 22 servis percuma termasuk perkhidmatan terbaru Pandu Lalu bagu Pengambilan Barang Pesanan. Ia merupakan pasaraya pertama yang mewujudkan perkhidmatan seperti ini di Malaysia. Pelanggan juga boleh mendapatkan barangan basah seperti ikan segar terus dari jeti serta daging tempatan berkualiti tinggi dalam suasana membeli-belah yang selesa dan menyeluruh dengan Produk segar dari ladang. 


Di dalam ucapan Datuk Rosyam dan Pengurusan , ST Rosyam Mart adalah manifestasi kepada prinsip perniagaan kami sejak dahulu iaitu dengan menawarkan barangan berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan. Kami memahami keperluan rakyat Malaysia yang mahu membeli barangan segar, berkualiti dan pada masa yang sama dapat berjimat cermat. 



Jelas Rosyam Sebab itu, setiap kali kami membuka cawangan baharu, kami membawa tawaran istimewa seperti Ayam Seekor 88 Sen serta lebih 300 barangan promosi dengan harga yang sangat rendah. Ini adalah cara kami untuk memberikan semula kepada pelanggan yang sentiasa menyokong kami sebagai penghargaan.

 

Jelas beliau lagi ST Rosyam Mart bukan hanya pasaraya biasa. Kami mahu mendefinisikan semula cara rakyat Malaysia berbelanja dengan menyediakan 22 servis percuma, termasuk Pandu Lalu Pengambilan Barang Pesanan – satu inovasi yang pertama seumpamanya di pasaraya negara ini. Dengan operasi 24 jam.


Dengan kemudahan membeli belah secara Borong, dan memberi keutamaan kepada barangan segar terus dari jeti dan ladang tempatan, ST Rosyam Mart adalah jawapan kepada keperluan setiap isi rumah. Kami mahu memastikan setiap kali pelanggan masuk ke ST Rosyam Mart, mereka tahu bahawa di sinilah tempat untuk berjimat dan membeli barangan berkualiti segar dari jeti dan ladang.








Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk menghadiri ST Rosyam Mall di Lokasi Jalan Kebun, Klang . Dimana ada pelbagai promosi dan barangan dengan harga paling murah dan berpatutan. Ia bermula 19 mac sehingga 1 april 2025. Jumpa anda disana. 

Comments