Pertubuhan Kelab Sahabat Najib Razak 87 Mengadakan Majlis Iftar Berbuka di Kuala Lumpur

Kuala Lumpur 8 Mach 2025 Pertubuhan Kelab Sahabat Najib Razak 87 , telah mengadakan majlis berbuka puasa di sebuah restoran , Kuala Lumpur yang dihadiri oleh lebih 100 orang tetamu jemputan , Warga Kelab Sahabat Najib dan Pengamal Media. Majlis bermula pada pukul 6.30 petang dengan ucapan takzkirah kepada semua tetamu yang hadir dengan penuh gembira.

Info Kelab Petubuhan Sahabat Najib 87 ditubuhkan untuk meraikan persahabatan ketika tahun 1987 Pada ketika itu Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak bergiat aktif sebagai pemuda umno pada masa itu. 





Pada majlis ini ia  dihadiri oleh ramai rakan rakan seperjuangan Datuk Seri Najib pada waktu 1987. Antaranya Tuan Shahbudin Embun, Haji Naseron ismail, Prof Madya Dato Baharuddin Aziz, Dato Sri Abdul Rahman, Dato Zainal, Dato Wan A'sari Dr Nik Hj Fathir, Datuk Kamarudin Ahmad, Haji Osman Haji Sharif 
Abd Rahman Pasid Aman
Datuk Nasarudin Hashim,  Dato Mokhtar Samat, 
Mustapha Mansor,  Mejar Razali,  Tarmizi Ahmad,   Zahaini Othman,  Prof Ts Log Dr Othman Ibrahim,  Nordin Abdul Malek,  Mohd Azrul Abu Hassan,  Datuk Hj Mustapha Yaakub,  Afiza Ahmad  dan tetamu terhormat yang  lain




Majlis ini dengan meriah dihadiri oleh ramai orang. Menunjukkan Pertubuhan Kelab Sahabat Najib 87 ini begitu ramai ahli dan sahabat . 




Menandakan waktu Azan berbuka puasa berkumandang. Sesi bacaan doa pun dimulakan bersama sebagai tanda keberkatan di bulan yang mulia ini. Tetamu yang hadir dijamukan dengan nasi Arab dari restoran morocco, kesemua yang hadir menjamu selera dengan begitu gembira dan ceria. Sambil menjamu selera tetamu yang hadir berinteraksi ,beborak antara satu sama lain. Dengan adanya majlis ini penting bagi mengeratkan silaturahim bersama . 

Selepas selesai makan ada yang solat magrib berjemaah bersama di pekarangan ruang solat yang disediakan oleh restoran. Selepas solat tetamu yang hadir menyambung kembali sesi menjamu selera berbuka bersama. 



Di kesempatan ini juga Majlis meraikan Hari Lahir beberapa sahabat ahli dengan penuh meriah kompang arab , disusuli lagu hari lahir. Semua yang hadir mengucapkan selamat hari lahir semoga dipermudahkan rezeki.


Majlis selesai selepas semua selesai menjamu selera yang disediakan. Sesi bergambar kenang-kenangan diadakan bersama. Kesemua penuh gembira dan cerita dapat bergambar bersama di majlis ini. Dimana dengan kesibukan masa sukar untuk dipertemukan. Pentingnya majlis ini diadakan bagi menyantuni dan mengeratkan silaturahim sesama ahli. Walaupun mereka yang hadir ada pelbagai pendapat dan ideologi yang sama dan berbeza tetapi tetap bersatu dalam majlis iftar ini. Semoga majlis ini dapat diteruskan pada masa akan datang. 












Comments