Pelancaran Lagu Raya Baru Bertajuk ”Hari Kemenangan Dunia” Bakal Tarik Minat Generasi Baru

Kuala Lumpur 26 Mac 2025   Pada setiap tahun industri muzik tanahair pastinya akan dibanjiri dengan lagu raya yang pelbagai genre dari serata syarikat rakaman dan pada tahun ini pastinya banyak lagu yang di tunggu oleh pendengar dan peminat lagu-lagu raya tanahair.

"Hari Kemenangan Dunia", begitulah tajuk lagu raya terbitan Anggun Music Production yang dicipta oleh komposer baru yang juga penulis lirik untuk lagu ini iaitu saudara Ilham Iskandar.  Walaupun Anggun Music adalah sebuah label baru dalam industri, namun kesungguhan untuk mengeluarkan produk lagu raya pada setiap tahun harus kita puji.

Selain daripada memberi kepercayaan kepada komposer baru Ilham Iskandar, Anggun Music juga menunjukkan serta mempertaruhkan beberapa artis baru naungan syarikat spt Syafiq Ibrahim, Wazir Wahid, Zainol Roslan, Meclisandra serta penyanyi jemputan seperti Erman Braka dan Mayuji yang merupakan adik kepada penyanyi Hazama menjadikan seramai 8 orang penyanyi termasuk komposernya turut tampil dalam lagu ini untuk lagu Hari Kemenangan Dunia.


Berbeza dengan tahun lalu (2024), Anggun Music Production telah menerbitkan lagu Rindu  Ayah Bonda nyanyian Yamani Abdillah dan Syafiq Farhain yang membuatkan kita teringat  kepada lagu duet raya ayah mereka iaitu Lambaian Aidilfitri, namun lagu Rindu Ayah Bonda yang  berkonsepkan lagu sedih sebagai permulaan untuk sama-sama memeriahkan industri dengan  menerbitkan lagu raya yang juga dicipta oleh komposer Ilham Iskandar.

Untuk lagu Hari Kemenangan Dunia, genre muziknya adalah gabungan dari rentak poptwist serta 11 popjazz rancak yang pastinya mengingatkan kita dengan konsep muzik Silve Tortoise yang  pernah popular satu ketika dahulu. Pastinya genre muzik seperti ini jarang kita dengar pada  zaman ini dan ini juga adalah satu perubahan dan pertaruhan kepada lagu raya untuk tahun  2025 ini hasil daripada pengubah muzik berpengalaman iaitu Bell Fatah dengan harapan lagu ini  dapat diterima oleh semua peringkat pendengar yang meminati lagu-lagu raya khususnya.


Untuk lirik lagu ini yang juga ditulis oleh saudara Ilham Iskandar agak sederhana, namun mesej  yang ingin disampaikan dalam lagu ini wajar dipuji kerana ada lirik yang mengingatkan kita  bahawa masih ada orang Islam di luar sana menyambut hari raya dalam keadaan derita dan kita  disini wajib bersyukur dan sambutlah secara sederhana.

Pertaruhan artis baru juga wajar dipuji kerana selain daripada menerbitkan lagu raya, Anggun Music  Production juga telah menerbitkan single untuk mereka sebelum ini. 


Pengambilan mereka semua sebagai artis rakaman dan artis yang begitu juga adalah berdasarkan  bakat yang ada kerana kebanyakan mereka telah dilahirkan melalui program pertandingan lagu  seperti Syafiq Ibrahim yang pernah mengadakan beberapa kali pertandingan karaoke, Meclisandra  yang merupakan Juara Royale Voice 2024, Zainol Roslan finalis Bintang Irama Malaysia anjuran  RTM serta pernah dinobatkan sbg juga ikon Irama Malaysia serta Erman Braka dan Ost  Astro 20 yang lain. dengan  pengalaman dan pencapaian masing-masing dan kali ini bersama dalam satu lagu raya  iaitu Hari Kemenangan Dunia.

Semoga gandingan komposer baru Ilham Iskandar bersama artis baru untuk lagu raya Hari  Kemenagan Dunia ini mampu mendapat tempat di dalam industri muzik tanahair.

Comments