Majlis Meraikan Ulang Tahun ke 35 , Yayasan Basmi Kemiskinan serta Majlis Tandatangan kerjasama dengan Zam Zam D'Berkat Enterprise Penghasilan Tulisan Khat Ayat Suci Al Quran menggunakan Campuran Air Zam Zam Pertama Di Dunia


Kuala Kubu Bharu, 26 Mac 2025 - Sempena ulang tahun ke-35 Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) yang jatuh pada 26 Mac 2025, telah berlangsungnya Majlis Berbuka Puasa dan Doa Selamat. Ia diadakan di Asrama Kasih YBK Kg Gesir Tengah, Kuala Kubu Baharu, Selangor. Ia melibatkan kehadiran lebih 100 orang tetamu terdiri daripada pengurusan Yayasan Basmi Kemiskinan, Keahlian YBK, Tetamu Khas, pengamal media serta jemputan terhormat. Turut sama dalam acara pada malam berbuka tersebut adalah Ustaz Halim pakar dalam Penulisan Khat Ayat suci Al Quran menggunakan campuran Air Zam zam pertama didunia. 

Fokus utama Majlis ini selain daripada menzahirkan kesyukuran kepada Allah SWT, adalah untuk meraikan para pekerja dan tetamu dengan jamuan berbuka puasa, solat berjemaah dan lebih istimewa makanan yang disediakan oleh Dapur Yayasan Basmi Kemiskinan, yang telah 35 tahun ditubuhkan. Ia telah banyak membantu pelbagai masyarakat melalui programnya sejak ditubuhkan. 






Dalam Majlis ini juga, satu Memorandum Persefahaman (MoU) telah ditandatangani antara YBK bersama dengan ZamZam D'Berkat Enterprise berkenaan kerjasama projek Penghasilan Al-Quran Bertulis Tangan Menggunakan Air ZamZam - yang pertama di Malaysia. Majlis tersebut telah berjaya dan selesai dilaksanakan dengan disaksikan oleh lebih 50 orang dalam majlis santai selepas solat terawih. 



Ustaz Abdul Halim Mohammed Omar, Pengarah ZamZam D'Berkat merangkap penulis telah memberikan penerangan berkenaan bagaimana ayat suci Al-Quran ditulis menggunakan air Zam Zam, dan membawa bersama beberapa karya beliau untuk dilihat sendiri oleh warga yang hadir. Semua yang berada dalam Majlis tersebut terpegun melihat hasil kerja keras ustaz Halim dalam menjayakan Penulisan Khat Al Quran dengan menggunakan campuran air zam zam.


        
           


Pengerusi YBK, YBhg. Dato' Dr. (hc) Hj. Zainal Abidin Sakom dalam ucapannya menyampaikan penghargaan kepada semua pihak yang telah bersama YBK, dan berharap agar YBK akan terus hidup dan berdaya saing sentiasa bersama-sama membantu sepanjang zaman. Turut hadir ialah ALPA YBK - Encik Zulhairy Jalaluddin, Dr Abdul Fatah Hj. Khalid, dan Ustaz Mohd Faisal Tan Mutallib, dan juga YBhg. Datin Dr.(hc) Hajah Hartini Osman selaku Pengerusi Asrama Kasih Yayasan Basmi Kemiskinan, turut bersama dalam acara majlis juga jemputan khas tuan Ariff Ketua Halo Jer kawasan Lembah Pantai dan Petaling Jaya. Kehadiran kesemua diatas amat penting dalam menjalankan kerja kerja YBK sepanjang 35 tahun sejak ia ditubuhkan. Hasil bantuan kerja mereka amat dihargai. Ia adalah anugerah yang terbesar di dalam YBK kerana mereka sentiasa sedia membantu dalam setiap perjalanan YBK sepanjang 35 tahun. 




Turut berlangsung selepas selesai solat tarawih dan witir berjemaah adalah penyampaian sumbangan duit raya kepada anak-anak Asrama Kasih YBK Gesir. Pelancaran yang dinantikan adalah Gimik penyerahan rekabentuk Baju Batik baru ASKA, semua bertepuk tangan melihat Baju Batik baru yang dipersembahkan dalam acara tersebut. Ia diserahkan kepdada Pengerusi YBK Datuk Dr Haji Zainal Abidin Sakom sebagai simbolik pelancaran. Seterusnya ialah penyampaian hadiah dan penghargaan kepada dua orang pekerja Yayasan Basmi Kemiskinan yang telah menamatkan tugasan. Hasil kerja mereka amat diperlukan , walaupun telah tamat perkhidmatan ideal dan cadangan mereka masih diperlukan sebagai penasihat untuk YBK pada masa akan datang , Di mana pengalaman selama 35 tahun amat diperlukan orang yang hebat ini.



Majlis diakhiri dengan rakaman Takbir dan Ucapan Hari Raya Aidilfitri oleh para pelajar bersama Pengurusan , ahli YBK direkodkan sebagai kenangan dan dokumentasi bagi disiarkan kepada umum Takbir Raya dan ucapan hari raya yang serba ringkas mampu dirasai sendiri kemeriahan hari raya tak lama lagi. Selepas selesain ada sedikit jamuan moreh disediakan untuk tetamu yang hadir. Program kali ini begitu meriah meraikan ulang tahun ke 35 tahun Yayasan Basmi Kemiskinan sejak ditubuhkan . Ia adalah salah satu usaha menjelang bulan ramadhan yg suci indah ini beesama menyantuni tetamu yang hadir supaya ikatan ukhawah akan terus terjalin bersama dalam menjayakan misi terus membantu masyarakat yang memerlukan. 


Jangan lupa terus Hastag : 

#BasmiKemiskinan 

#BinaKesejahteraan






Comments