Majlis Doa Selamat dan Pelancaran Penulisan Khat Ayat Suci Al Quran Yang Pertama menggunakan Air Zam Zam

 Putrajaya 18 Mac 2025 Majlis Doa Selamat dan Pelancaran Penulisan Khat Al Quran telah diadakan di Ruang Legar Bazar , Shaftsbury mall, Putrajaya . Keunikkan dalam Penulisan Khat ini ia telah menggunakan air zam- zam . Cara ini dikatakan yang Pertama di dunia. Di majlis ini diadakan sempena menyambut Nuzul Al Quran bersamaan 17 Ramadhan 1446H. Ia dihadiri oleh Ustaz Mat, Ariff Pengurus kepada Halo Jer cawangan Pantai Dalam dan Petaling Jaya dan Pengamal Media, serta tetamu yang lain. program dimulakan dengan Ustaz Halim membuat Tulisan Khat menggunakan Air Zam-zam di ruang legar Bazar Ramadhan, dalam shaftsbury mall. Ustaz Halim begitu teliti dengan tulisan khat pada awal surah Al Fatihah. Ia menunjukkan bagaimana cara menyediakan satu ayat Surah dengan cara yang begitu telilti supaya dapat menghasilkan karya agung tulisan al quran yang terbaik.

Selepas selesai sesi penulisan khat Ayat Suci Al Quran yang dilakukan oleh Ustaz Halim. Kami kemudian bersiap sedia untuk ke tingkat atas Rumah Ustaz Mat untuk sesi Berbuka Puasa Bersama sebelum masuk Waktu Magrib. Sampai disana alhamdulilah program diteruskan dengan beberapa tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Mat sempena Sambutan Majlis Nuzul Al quran sebelum masuk waktu berbuka. Ustaz Halim kemudian berkongsi Tazkirah tentang peekongsian pengalaman beliau sejak menjadi Penulis Khat Ayat Al quran menggunakan air zam zam. Di mana beliau terpaksa melupakan pelbagai perkara kehidupan hanya fokus kearah penulisan Khat dengan teliti untuk menjadikan karya yang terbaik. Turut sama pengarah Halo Jer Kawasan Pantai Dalam , Ariff bertanyakan soalan kepada ustaz Halim kenapa beliau menggunakan Air Zam Zam untuk karya penulisan Khat beliau, Jelas ustaz Halim pemilihan campuran air zam zam adalah untuk menguatkan struktuk penulisan Khat yang dilakukan beliau. Kerana sudah maklum bahawa Air Zam Zam adalah salah satu air yang terbaik yang ada di dunia ini. Kerana ia memilki molekul yang begitu baik. 


video wawancara bersama Ustaz Halim



Mengikut ucapan tazkirah yang disuarakan oleh Ustaz Mat mengenai sambutan majlis nuzul al quran bersama ini. Alhamdulillah, Allahu Akbar Sempena Nuzul Quran 17 Ramadhan 1446H, marilah kita bersama-sama membaca, memahami, dan menghayati Al-Quran dalam kehidupan harian. Akrabkan diri dengan Allah dan Rasulullah SAW, serta memohon pertolongan dan pertolongan Allah SWT. Al-Quran dan Sunnah Nabi adalah mukjizat Baginda Nabi SAW yang kekal hingga akhir zaman. Jelas beliau. 



Program Gema Semarak Sempena Nuzul Al Quran ini adalah untuk kota Mengangkat Al-Quran di puncak tertinggi untuk tujuan dibaca, dihayati, dan dihiasi. Kerana beberapa sebab, antaranya:


1 ) Surah Iqra

Nabi SAW menerima wahyu Al-Quran di tempat tinggi, iaitu di Gua Hira'. ( "Bacalah dengan nama Tuhanmu yang mencipta" ) 

2 ) Al-Quran adalah Kalamullah , yang memberi khabar berita baik kepada orang beriman dan berita buruk kepada mereka yang ingkar (kuffar) .


3 )  Al-Quran merupakan manual dan panduan hidup daripada Allah , Tuhan dan Pemilik seluruh alam, yang paling mengetahui ciptaan-Nya.

4 ) Kempen Al-Quran  perlu diperluaskan dan disemarakkan agar memberi semangat dan keistimewaan kepada pembacanya.


5 )  Ayat suci Kalamullah  wajib dan wajar diletakkan di tempat yang tinggi serta dimuliakan. Jangan letakkannya di bawah paras pusat, tetapi ditinggikan sekurang-kurangnya separas dada ke atas bagi orang dewasa sebagai tanda takzim dan hormat.

6 ) Umat Islam  semestinya sentiasa berkempen untuk mengajak kepada pembaca dan penghayatan Al-Quran , serta mematuhi segala perintah dan larangan Allah SWT  sebagaimana termaktub didalamnya.


7 ) Semua perintah 
Allah  bertujuan untuk keselamatan, kebaikan, keamanan, dan kesejahteraan umat manusia di dunia dan di akhirat.



8)   Kempen semarakkan Al-Quran  perlu diperhebatkan dan dipertingkatkan daripada masa ke semasa dengan pelbagai pendekatan yang mudah difahami oleh umat Islam. Berikan khabar baik tentang kelebihan dan manfaatnya, kerana Al-Quran  sendiri akan menjadi syafaat bagi pencintanya.


9 ) Salah satu pendekatan istimewa ialah kempen menghiasi rumah atau pejabat dengan  karya agung tulisan tangan ayat suci Al Quran  menggunakan air zamzam , yang pertama di dunia dihasilkan oleh rakyat Malaysia yang berpengalaman dan perlu dimasyhurkan.

10 ) Penghormatan besar   harus diberikan kepada segala yang berkaitan dengan Al-Quran  sebagai tanda memuliakan syiar Islam di Malaysia. Pendekatan terkini dalam menyemarakkan gema Al-Quran  perlu dipelbagaikan, termasuk memahami maknanya dalam bahasa ibunda setiap negara.


11 ) Kita sering menghiasi rumah, pejabat, dan bangunan dengan lukisan mahal yang mencecah ribuan hingga ratusan ribu ringgit. Namun, sebagai umat Islam, kita sepatutnya lebih mengutamakan hiasan seni khat ayat suci Kalamullah  sebagai tanda kebanggaan, apatah lagi jika ia ditulis dengan tangan manusia dan bukan menggunakan mesin. Ini menjadikan lebih eksklusif dan tiada tandingan berdasarkan kepakaran individu. 




12) Seni khat tulisan ayat suci Al-Quran  adalah karya teragung yang tiada bandingan. Penilaian terhadap seni ini perlu dibuat berdasarkan pengalaman, jumlah karya, adab dalam penulisan, pengiktirafan peringkat tinggi, dan sejauh mana ia telah dipromosikan, termasuk di peringkat antarabangsa. Rakyat Malaysia   yang berjaya dalam bidang ini perlu diberi penghormatan besar atas usaha mereka melaksanakan ibadah ayat suci Al-Quran.


Sebagai   hamba Allah  yang bergelar Muslim  kita wajar mengagungkan Kalimah Allah   yang diwahyukan kepada Baginda Nabi Muhammad SAW. Kita sangat beruntung menjadi umat Baginda Raaullah SAW  , yang merupakan pemberi syafaat terbesar di dunia dan di akhirat.


Ya Allah, sampaikanlah selawat dan salam kesejahteraan serta cinta kami kepada Baginda Nabi Muhammad SAW. Doa penutup di Akhir Qalam majlis ini. Semoga majlis ini akan dapat diteruskan sentiasa. 

Comments