Majlis Iftar dan Pemberian Sumbangan barangan Keperluan kepada Kelab Pendidikan Anak Yatim Semalaysia di Rumah Kasih Nurul Hasanah

Ampang 2 Mac 2025 Rumah Kasih Nurul Hasanah mengadakan Majlis Iftar dan Pemberian Sumbangan kepada Kelab Pendidikan Anak Yatim Semalaysia. Di dalam program ini lebih 12 keluarga Anak Yatim disantuni dengan Pemberian beberapa bantuan wang tunai dan barangan Keperluan harian Sempena menyambut bulan RAMADHAN yang mulia ini. Mereka adalah Keluarga Yatim dari negeri Perak, Johor, Selangor dan Wilayah persekutuan Kuala Lumpur. Mengikut ucapan Ustaz Mat Pemilik Rumah Nurul Hasanah setiap tahun akan acara ini diadakan bagi membantu golongan Asnaf dan Anak Yatim yang kehilangan ibu atau bapa mereka. 

Kelab Pendidikan Anak Yatim Semalaysia ini telah ditubuhkan sejak 2006 lagi oleh Pengasasnya daripada sukarelawan. KPAYM ini diuruskan oleh wakil Pasukan sukarelawan prihatin Malaysia dengan kerjasama semua pihak yang berkewajipan membantu. 


Menurut perangkaan Peyatim dan KPAYM. Sekitar tahun 2006 seramai 300 ribu orang anak yatim kematian Ayah atau ibu ada di Seluruh Malaysia. Anak anak yatim ini tidak tinggal di asrama, namun mereka tinggal bersama dengan Ibu, Dato atau keluarga terdekat selepas kematian Ayah atau ibu mereka. 



Mereka ini perlu di beri perhatian lebih daripada Anak anak yatim yang tinggal di asrama, Kerana tiada NGO individu atau keluarga angkat yang sentiasa membantu melihat perkembangan pendidikan Dan kebajikan mereka. Dimana banyakkan anak yatim ada yang masih di bawah umur. 



Menjadi tanggungjawab Masyarakat di Malaysia yang prihatin membantu dalam Apa juga bentuk untuk mengurangkan bebanan mereka. Anak anak Yatim ini telah berpisah Kasih sayang dengan ibu atau bapa mereka masing-masing... Berat mata Memandang berat lagi bahu memikul apabila mereka kehilangan orang tersayang yang paling dekat di hati mereka. 



Dengan ini KPAYM Malaysia mengambil tanggungjawab membantu secara langsung mahupun tidak langsung agar urusan pendidikan Dan kebajikan anak anak ini tidak terbiar dan terabai disebabkan Kemampuan berdikari mereka yang masih kecil tanpa ibu atau ayah mereka. 


Antara Tugasan KPAYM ialah 


1) mendapat maklumat tepat data keluarga balu yang telah mendaftar. 


2) mendapat kan penaja bagi pendidikan persekolahan dan kebajikan mereka secara berterusan oleh penyumbang kepada anak yatim tanpa melalui akaun pihak ke 3


3) Penaja boleh memberi terus kepada keluarga tersebut di mana mana rumah / tempat mereka tinggal cuma hanya perlu meminta maklumat daripada Admin Urusetia KPAYM. Untuk urusan pertemuan dengan keluarga tersebut akan pihak urusetia KPAYM akan merekodkan. Melumpuhkan itu sukarelawan yang di lantik di seluruh negara akan dilantik untuk menjaga keselamatan dan membantu Keluarga anak-anak tersebut. 


Data maklumat KPAYM ini akan disimpan dengan selamat tanpa ada pihak kepada 3. Tujuannya adalah untuk masyarakat prihatin ingin membantu sebagai penyumbang penaja. Mereka harus membuat pendaftaran bagi tujuan untuk diselaraskan secara saksama dalam agihan di negeri dan daerah masing-masing

Contoh : Jika syarikat atau keluarga individu hendak menaja kepada keluarga anak anak tersebut, mereka boleh terus mendaftar tarikh, masa dan sebagainya kepada KPAYM bagi tujuan mendapatkan wakil pihak KPAYM untuk bersama-sama mengikuti bagi membantu dalam merekod bagi pihak KPAYM. 


Antara lain juga bagi menyelaras mana golongan di kalangan keluarga balu. Anak yatim inilah yang lebih perlu di Utamakan melalui kebajikan, pendidikan, kesihatan dan sebagainya. borang pendaftaran untuk KPAYM Dan borang peserta penaja akan di sediakan oleh KPAYM. 


Semoga Urusan KPAYM ini menjadi salah satu ruang masyarakat yang prihatin terhadap penyayang telus dalam menjalankan tanggungjawab sosial kepada Masyarakat seluruhnya. 

Semoga Malaysia menjadi Negara yang Aman Makmur mendapat keampunan Allah.

Comments