KK Supermart & Superstore Sdn Bhd Menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakan Media dan Tayangan Eksklusif Iklan Raya

Petaling Jaya 24 Mac 2025 - KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK SUPER MART) dengan  kejayaannya telah menganjurkan majlis istimewa Berbuka Puasa pada hari Isnin, 24 Mac 2025 di  Dewan Presiden, Kelab Golf Negara Subang (KGNS). Majlis ini diadakan untuk  menghimpun rakan media dan rakan kongsi KK SUPER MART untuk meraikan bulan  Ramadan serta menyaksikan tayangan perdana kempen video Raya KK SUPER MART yang  dinanti-nantikan.

Sempena meraikan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, buat julung kalinya KK SUPER MART telah  menghasilkan sebuah video yang membawa penonton untuk lebih memahami senario yang  tersingkap dalam kehidupan manusia apabila melalui fasa tua. Video bertajuk Kesetiaan  Kasih Mama ini membawa mesej jelas bagaimana nyanyuk, demensia atau alzhemier yang  bermula secara perlahan tanpa disedari mampu menguji nilai-nilai kemanusiaan seseorang.



Kempen video Raya ini menunjukkan bagaimana komitmen KK SUPER MART sentiasa  aktif menjalankan aktiviti tanggungjawab sosial korporat. Usaha murni walaupun kecil namun  berterusan ini tidak hanya fokus kepada satu aspek sahaja tetapi akan terus menerokai  peluang baru yang ternyata memberi kesan positif kepada perhubungan sosial. Merupakan  perkara baru dalam bidang ini maka KK SUPER MART mengambil peluang pada tahun 2025  ini untuk bersama-sama mengajak masyarakat menyokong usaha membantu individu yang mengidap penyakit Alzheimer.


Dalam ucapannya kepada pihak media semasa majlis tersebut, Datuk Seri Dr. KK Chai,  Pengasas dan Pengerusi Eksekutif KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, menyatakan komitmen untuk bersama Yayasan Penyakit Alzheimer Malaysia (ADFM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam usaha menjayakan kempen kesedaran kepada masyarakat tentang penyakit ini.


“Saya percaya bahawa hubungan sosial yang baik membantu kesihatan fizikal kita  dengan baik. Sebagai contoh, kita dapat melihat perubahan yang ketara terhadap keupayaan mental dan sosial pesakit demensia atau alzhemier ini namun sejauh mana kita melihat dan orang sekeliling kita seperti ahli keluarga, dan komuniti dapat membantu? Apa peranan kita? Makan adalah wajar dan tidak salah syarikat korporat seperti KK SUPER MART turut membantu",ujarnya.


Menurut Datuk Seri lagi sejumlah RM100 ribu akan diperuntukkan untuk kempen dalam  perancangan untuk menjadikan beberapa cawangan KK SUPER MART sebagai  ruang mesra demensia di mana ADFM boleh memberi pendedahan secara khusus  bagaimana memenuhi keperluan individu yang hidup dengan demensia. Itu, syarikat  akan bekerjasama dengan Pusat Kajian Penuaan Sihat & Kesejahteraan (H-Care) UKM  bagi membolehkan universiti menjalankan penyelidikan. Usahasama ini termasuklah  menyokong keperluan kewangan bagi pelajar dan pensyarah menjalankan kajian dan  aktiviti dalam dan luar kampus. Antara inisiatif lain ialah lawatan ke rumah keluarga pesakit,  menyalurkan barang keperluan asas, menganjurkan taklimat kesedaran dan banyak lagi.


Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Tan Sri Hasmah Abdullah, Pengerusi  Jawatankuasa Eksekutif ADFM bersama ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah. Turut hadir  bersama Prof Madya Dr. Arimi Fitri dari Pusat Penuaan Sihat dan Kesejahteraan (H-CARE)  UKM serta Prof. Ts. Dr Norinsan Kamil Othman (Pengarah HEP UKM). Dua institusi  ini antara yang memainkan peranan penting dalam memajukan penyelidikan dan sokongan  demensia penjagaan.


Para tetamu turut disajikan dengan tayangan perdana kempen video Raya KK SUPER MART  yang mengetengahkan tema kekeluargaan dan tradisi yang menyambut musim perayaan  ini. Kempen tersebut menerima tepukan gemuruh daripada hadirin dan menyerlahkan lagi  usaha KK SUPER MART untuk berhubung dengan pelanggan sambil membawa perubahan  positif kepada masyarakat. KK SUPER MART kini mempunyai 942 cawangan di seluruh dunia  Malaysia. Sentiasa peka dengan keperluan pelanggan, KK SUPER MART melihat satu jenama  tempatan yang boleh memberikan kemudahan kepada pelanggan tanpa had masa  selama 24 jam.


KK SUPER MART mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua rakan media,  rakan kongsi dan tetamu atas kejayaan majlis ini. Syarikat berhasrat untuk terus berkhidmat  kepada masyarakat sambil meraikan warisan budaya Malaysia yang berbilang kaum.


KK SUPERMART & SUPERSTORE SDN. BHD. (619651-M)

Menara KK, T6-01-03 (Menara KK), Tower 6, Maju Link, Jalan Lingkaran Tengah 2.Bandar Tasik Selatan, 57000 Kuala Lumpur.

Tel: +603-9057 3308

Faks: +603-9057 6308

laman web: 

www.kksupermart.my



Comments