Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno mengambil Berat Cakna Dalam Isu Sensitiviti Keagamaan, Perkauman dan Instistusi Raja-Raja Melayu Sewaktu Wawancara Yang Diadakan Dalam Majlis Berbuka Puasa Umno 2025
Kuala Lumpur 12 Mac 2025 dalam satu Majlis Berbuka Puasa telah diadakan di WTCKL. di dalam majlis tersebut begitu ramai ahli UMNO, rakan rakan perjuangan, Tetamu terhormat serta Para Pengamal Media telah hadir pada majlis tersebut. Turut bersama dalam majlis tersebut adalah beberapa kumpulan Anak Yatim dari pelbagai Rumah Kebajikan hadir bersama berbuka puasa.
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berlangsung pada Rabu 12 Mac 2024 bersamaan 11 Ramadan 1446H telah mengadakan perbincangan dan memperincikan perkara-perkara berikut:
UMNO tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mempertikai, meremeh ataupun mencabar asas-asas penting yang menjadi teras kestabilan negara terutamanya kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan, keistimewaan Melayu-Bumiputera tanpa sesekali menafikan hak kebebasan beragama dan berbudaya yang dijamin Perlembagaan.
UMNO akan menggerakkan jentera dari seluruh Malaysia untuk membantu parti dalam Pilihan Raya Kecil N48 DUN Ayer Kuning Perak yang akan diadakan tidak lama lagi. Jadi keseluruhan jentera umno akan fokus disana bagi memberikan sokongan kepada calon yang bertanding untuk mencapai kemenangan pada pilihanraya kecil itu.
Mesyuarat telah memutuskan tarikh-tarikh untuk mengadakan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan, Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO bagi tahun 2025 adalah seperti berikut :(i) Persidangan UMNO Cawangan: 7 April hingga 25 Mei 2025
(ii) Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian: 9 Jun hingga 27 Julai 2025*
(iii) Perhimpunan Agung UMNO: 20 Ogos hingga 23 Ogos 2025
Untuk Maklumat selanjutnya boleh layari di link dibawah :
Laman Web :
Facebook :
https://www.facebook.com/share/1EEoA5VVLf/?mibextid=qi2Omg
Instagram :
https://www.instagram.com/umnoonline?igsh=cnFveWpmNnh5ZGhy
Saluran WhatsApp : https://whatsapp.com/channel/0029VaXf2cp47XeG6RVS073E
Saluran Telegram :




Comments
Post a Comment