Rangkuman Filem Gemencheh Boys Kejayaan 6 Budak Felda Menjadi Juara Kriket
Filem :
Gemencheh Boys
Pengarah:
Jason Chong & Eric Ong
Genre:
Kisah Benar Atlit Sukan
Pelakon:
Pekin Ibrahim, Aqil Yahya, Syed Ahmad, Ayiet Harith, Kimi Norais, Izzue Deen, Amir Kuziq
Penerbit:
ASTRO SHOW, GV CORPORATE ADVISORY & SOL PICTURES.
Saluran:
Seluruh Pawagam Seluruh Malaysia
Tarikh Tayangan:
26 Oktober 2023
Sinopsis:
Filem ini mengisahkan tentang 6 sahabat dari Felda Bukit Rokan Utara, Negeri Sembilan seingga menempa nama ke padang
kriket dunia. Ia adalah Sebuah filem adaptasi daripada
peristiwa sebenar, Gemencheh Boys menampilkan kisah inspirasi sekumpulan budak
kampung yang berjaya menempa sejarah dalam dunia sukan Kriket antarabangsa.
Filem ini diceritakan dari kaca mata atlet kriket
kebangsaan, Shafiq Sharif yang mewakili Malaysia untuk Piala Dunia Kriket pada
tahun 2019 serta berjaya merangkul pingat emas di Sukan SEA 2017.
‘Gemencheh Boys’ dengan tagline ‘no retreat, no surrender’
memaparkan kisah kanak-kanak dari kampung yang digelar sebagai ‘Enam Jahanam’.
Terkenal dengan sifat nakal, bagaimanapun karakter mereka berubah apabila
seorang guru memperkenalkan permainan kriket. Menampilkan tema persahabatan,
pengorbanan dan harapan, perjalanan pelajar-pelajar ini bersama gurunya menuju
ke gelanggang dunia diceritakan dalam pelbagai emosi.
Ulasan :
Gemencheh Boys bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara
bermula 26 Oktober dan diarahkan oleh pemenang Cerita Asal Terbaik di Festival
Filem Malaysia 2017 iaitu pengarah Jason Chong bersama Eric Ong yang
membabitkan studio penerbitan terkemuka, Astro Shaw dengan kerjasama GV
Corporate Advisory dan SOL Pictures.
Filem ini membariskan pelakon hebat Pekin Ibrahim serta enam
pelakon kanak-kanak yang dipilih melalui sesi uji bakat iaitu Aqil Yaya, Syed
Ahmad, Ayiet Harith, Kimi Norais, Izzue Deen dan Amir Kuziq sebagai tunggak
utama. Turut membintangi filem ini Dato’ Ahmad Tamimi Siregar, Zaidi Omar,
Farah Ahmad, Azman Hassan, Kamal, Rezuan, Ieda Moin, Arumugam A/L Vedan dan
ramai lagi.
Menurut Penerbit Eksekutif Gemencheh Boys merangkap Naib
Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara , Raja Jastina
Raja Arshad, “Gemencheh Boys adalah sebuah cerita Malaysia yang harus
dipersembahkan. Kami menyedari bahawa sukan kriket tidak begitu popular dalam
kalangan masyarakat Malaysia seperti mana sukan bola sepak atau badminton.
Walau bagaimanapun, jalan cerita yang dipertaruhkan menerusi Gemencheh Boys
mampu memberi inspirasi kepada semua penonton. Ia bukan sebuah kisah biasa dan
bukan mengenai kriket semata-mata, tetapi tentang enam budak FELDA yang digelar
‘enam jahanam’, membuktikan orang biasa boleh berjaya.
Dari segi jalan cerita ia dapat memberi Inspirasi dan Motivasi kepada penonton yang hadir supaya teruskan kejayaan dan tidak mudah mengalah. Pasti kejayaan akan tercapai diatas pelbagai hasil usaha yang ditempuhi . Dari segi lakonan Pekin Ibrahim ia menghidupkan suasana sebenar cerita di sebalik kisah benar memegang watak utama cikgu Azman yang banyak melatih budak sekolah sehingga berjaya. Semua yang dilakonkan oleh Pekin seumpama cikgu azman sendiri didalam lakor layar . Pekin juga telah memulakan banyak kajian untuk melihat cara sebenar Cikgu Azman dalam rutin harian beliau. Dengan itu ia dapat menegenali dengan lebih dekat perwatakkan Cikgu Azman.
Terdapat 6 orang budak yang melakonkan watak sebagai Budak sekolah yang belajar bermain Kriket. Mereka sebenarnya adalah pelakon baru yang diambil untuk memegang watak penting 6 orang budak. Kebanyakkan yang membintangi watak 6 Budak sekolah ini mereka lebih berbakat sebagai atlet dalam kegiatan sukan di negeri Sembilan . Namun mereka banyak diajar oleh cikgu Hajar cara untuk menjiwai watak sebagai enam budak FELDA yang digelar ‘enam jahanam’Mereka semuanya melakonkan watak dengan baik dan berkesan sekali.
Kesimpulannya Cerita Gemencheh Boys ini amat menarik, sampaikan ramai penonton yang menghadiri Malam Tayangan Gala ada yang bertempuk tangan sewaktu tayangan dari mula sampai akhir cerita . melihat kepada keterujaan para penonton ia membuktikan cerita ini adalah amat bagus untuk tontonan semua masyarakat. Berbaloi untuk yang menonton Filem ini yang akan ditayangkan di seluruh Pawagam Seluruh Negara.
Untuk lagu rasmi filem ini adalah ‘Siapa Kami’ nyanyian
penyanyi rap terkenal dari Negeri Sembilan, W.A.R.I.S bersama David Koon,
Andrew Lui dan Ronald Mok. Sangat memberi kesan semangat dalam Aksi Filem ini.
Jangan lupa Gunakan #Gemenchehboys bagi berkongsi pendapat mahupun
keterujaan anda tentang filem ini. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip
menarik Gemencheh Boys di platform TikTok, Instagram, X, Facebook Astro Shaw
dan Astro Gempak.
Nantikan filem Gemencheh Boys, sebuah cerita Malaysia
adaptasi dari kisah sebenar tentang enam budak FELDA yang digelar ‘enam
jahanam’ berjaya mencipta sejarah dalam dunia sukan antarabangsa, yang akan
berada di pawagam seluruh negara bermula
Comments
Post a Comment