Pertandingan Ratu Cantik Kali Keempat untuk Lelaki dan Wanita "Plus World Malaysia 2023–24" kini telah dibuka untuk pendaftaran
KUALA LUMPUR 19 Oktober 2023 : Miss & Mrs. Plus World Malaysia 2023–24 (MPWM) kini telah dibuka untuk pendaftaran.Sesi ujibakat peringkat kebangsaan dijadualkan diadakan mulai September hingga Oktober di empat buah negeri iaitu Pulau Pinang, Johor, Sabah, dan Sarawak. 40 calon akan disenarai pendek: 20 untuk Miss Plus World Malaysia dan 20 lagi untuk Mrs. Plus World Malaysia.
Calon yang disenarai pendek akan bersaing untuk pelbagai
gelaran dan acara kemuncak peringkat akhir akan
berlangsung dalam bulan pertama tahun 2024 nanti.Ini merupakan acara ke
empat MPWM di Malaysia.
Bersempena dengan acara ini juga telah diadakan Forum
Pemerkasaan Wanita bagi memberi kesedaran kepada orang ramai betapa pentingnya
pemerkasaan wanita dari seluruh aspek seperti kesihatan
mental,perniagaan,kekeluargaan dan sebagainya.Forum Pemerkasaan Wanita ini juga
ingin mendidik peserta tentang menghormati kepelbagaian ,bersifat inklusif dan
memiliki semangat kerjasama bagi memastikan
dunia yang lebih baik dan aman sejahtera.
Menurut Megan Tan,penganjur bersama acara Miss n Mrs Plus
World Malaysia ini beliau berharap para wanita bersaiz besar tidak berasa
dipinggirkan dan sentiasa yakin dengan kebolehan diri sendiri.
"Melalui penganjuran acara ini juga diharap dapat
mengikis pandangan negatif terhadap wanita yang bersaiz besar" kata Megan
Tan.
MPWM merupakan acara rasmi untuk salah satu acara ratu
cantik antarabangsa terkenal , Miss Plus World .
Ia menawarkan peluang keemasan kepada wanita yang bersaiz
besar untuk mempamerkan kecantikan
dalaman dan luaran mereka.
Acara ratu cantik ini bertujuan untuk memilih wanita yang
berkualiti bukan sahaja sekadar dalam aspek kecantikan tetapi juga dari aspek
kebijaksanaan,keyakinan diri,dan kemampuan untuk berkhidmat sebagai duta kepada
negara Malaysia.
Acara ratu cantik ini juga akan menjadi saluran untuk
menyampaikan mesej positif dan kisah-kisah misi kemanusiaan
,kesihatan,pendidikan,keamanan dan penghormatan terhadap kepelbagaian.
Semua wanita pelbagai kaum- bujang atau telah berkahwin
sangat dialu-alukan untuk menyertai acara ini
- dengan syarat merupakan
warganegara Malaysia atau penduduk tetap di
Malaysia.
Calon-calon boleh menyertai acara ini dibawah dua kategori:
Miss Malaysia Plus World untuk wanita berusia
18 hingga 34 tahun, atau Mrs. Malaysia Plus World untuk wanita berusia
18 hingga 45 tahun. Gelaran ratu cantik MPWM pernah dimenangi oleh Lam Man Tang
dan Sherlyn Chan (2022–23), Elena Tong dan Anna Liza Del Castillo (2021–22),
dan Melissa Mohan Tyndall dan Shakti Chhabra (2020–21).
Monkii Global Holdings dan I Creative Event Sdn. Bhd.,
diketuai oleh Nicklaus Chia, Junn Chow, dan Megan Tan, telah dilantik oleh Miss Plus World Malaysia Organisation sebagai
penganjur utama acara dan kumpulan pengurusan yang baru untuk acara Miss Plus World Malaysia 2023-2024 ini.
Monkii Global Holdings dan I Creative Event Sdn. Bhd.
berpengalaman luas dalam pengurusan acara ,penerbitan,perniagaan dan pemasaran.
Atelier Group sebagai
penaja utama acara ini diwakili oleh Dr.
Sam Kuan,seorang pakar dalam rawatan kesihatan diri dan pakar stem cell .

Maklumat penuh berkaitan pendaftaran,tentatif,pakej penajaan
dan lain-lain boleh didapati melalui
Laman Web :
Boleh Menghubungi
Vinna (012 566 9603)
Calven (012 917 8388)
Comments
Post a Comment