Rangkuman Filem Pagari Bulan Aksi tentera Jepun Menawan Wanita Tanah Melayu


Filem :

Pagari Bulan

 

Pengarah:

Raja Mukhlis


 Genre:

Aksi Sejarah

 

Pelakon:

Nazeera Sardi, Aniq Durar, Trisha Ooi, Alvin Wong, Andy Teh, Michael Ang


Penerbit:

Eleven Field Creative Sdn Bhd


Edaran:

Eleven Field Creative Sdn Bhd & MIG Metrowelth 

 

Saluran:

Seluruh Pawagam Seluruh Malaysia

 

Tarikh Tayangan:

5 Oktober 2023

 

Sinopsis:

Kisah di Kota Bharu Disember 1941, seorang gadis bernama BULAN (20an) anak sulung 

pengusaha tanaman dan pemburu yang cekap iaitu ISMAIL(50) dan isterinya HASNAH 

berhadapan dengan kedatangan pihak Jepun ke Kelantan dari arah pantai. 

Penduduk kampung berdekatan Kota Baharu dan kampung lain terpaksa pertahankan 

kampung mereka dalam apa cara sekalipun, namun di ketika pihak British yang selalunya 

ada bersama menjaga mereka, telah disingkir keluar, penduduk cemas dan tidak sempat 

menyusun langkah pertahanan yang teratur. Maka ramai yang didera dan dibunuh, dan 

anak gadis dijadikan sasaran ditahan dan dikurung menjadikan mereka comfort woman. 

BULAN bersama adiknya KASIH (11) dan sahabatnya SUI LI (20an) juga ditangkap. 

Dikurung, dipaksa  mengikut segala kemahuan wanita yang ditugaskan menjaga mereka 

iaitu MOMOSAN (30an). Ia berlanjutan sehinggalah berlakunya kekejaman 

Tentera Jepun merompak hasil penduduk disana.  Wanita pula diajadikan pelaan mereka. 

Namun begitu ada juga Jeneral Jepun yang baik Iaitu  Kapten Miura (29) yang ditugaskan

 ke markas kuasa KUZAWA dengan membawa etika  ketenteraan lebih profesional 

dan menolak nilai keganasan penderaan terhadap penduduk  yang dijajah. MIURA 

juga seorang yang terpelajar dan telah mengkaji dan mengenali bahasa  dan 

budaya penduduk Tanah Melayu sebelum datang bertugas. Apabila MIURA melihat 

begitu banyak kekejaman yang berlaku, dia tidak sefahaman dan menentang cara KUZAWA.

Sampai satu Masa MIURA diadapati bersalah dan diseksa oleh KUZAWA. Kebetulan BULAN 

pada masa itu mengandungkan anak MIURA . KUZAWA cuba menyeksanya tetapi BULAN 

tiba tiba berubah semangatnya menjadi kuat lalu melawan KUZAWA. Sehinggalah KUZAWA 

tewas ketangan BULAN yang begitu marah kepadanya . Akhirnya BULAN berjaya 

membebaskan diri dia dan pulang kerumah keluarganya namun ia tidak diterima kerana

mengandungkan anak tentera jepun . Akhirnya BULAN melarikan diri kedalam sebuah 

Terowong dan mengandung sendiri disana. Cerita pun tamat jadi untuk melihat sendiri 

kesudahan apa yang berlaku kepada BULAN anda kena menontnonya di pawagam 

5 Oktober ini. 


Ulasan :


Latar Belakang Cerita mudah difahami ia berkongsepkan Sejarah Tanah Melayu. 

Dari segi lakonan perwatakan ang diabawa amat memuaskan dengan beberapa aksi 

berjaya dilakonkan dengan baik.



Memang selama ini, kita biasa menonton filem dan karya visual lain yang feminis atau s

eumpama dengannya diarahkan oleh pengarah wanita. Namun demikian, Pagari Bulan 

lain kerana digarap oleh pengarah lelaki. Mengenai persoalan bagaimana beliau membawa 

kewanitaan yang ingin ditampilkan  olehnya dalam Pagari Bulan, Raja Mukhriz 

menjelaskan selain tidak menganggap ia  filem feminis, urusan dipermudah kerana 

penulis skripnya adalah  Siti Jasmina Ibrahim, seorang wanita.


  kerjasama erat dengan Siti Jasmina, dan disokong juga oleh isteri sendiri, pelakon

Sharifah Shahora sebagai penerbit, di samping pernah mengarahkan karya kewanitaan 

sebelum ini. “Pagari Bulan bukan filem feminis. Dalam semua aspek apa yang ingin 

dipaparkan adalah kekuatan kuasa melawan yang ada pada wanita seperti Bulan 

dan Sui Li dalam filem ini,”


Suasana Latar Belakang Filem Pagari Bulan ini berkonsepkan Sejarah sebenar bila 

tentera jepun tiba di Tanah Melayu iaitu di Kota Bharu. Adengan babak dalam filem ini

banyak dihasilkan berlatar belakangkan sebuah kampung ditawan oleh pasukan tentera 

Jepun. Pada masa itu juga tentera jepun mempunyai satu markas besar berdekatan dengan 

Kampung tersebut. Di markas tersebutlah Para Wanita ditangkap dan ditawan berada di 

dalam Markas Tentera jepun tersebut. Latar Belakang tempat tersebut dapat digambarkan

seperti keadaan situasi sebenar Sejarah Jepun Menawan Wanita Wanita disitu.


Dari segi Aksi dan perjalanan cerita ia amat memuaskan . Beberapa Aksi penduduk 

Kampung  memberontak dan Cuba menyerang Markas Jepun untuk menyelamatkan 

anak mereka ditonjolkan  dengan begitu baik. Namun ramai yang tewas dan mereka 

terpaksa pulang ketempat asal tempat  penyembunyian mereka dari ditangkap. Mereka 

yang ditangkap pula dijadikan hamba Abdi bekerja membuat terusan di sepanjang pantai . 


Kesimpulannya Kepuasan dapat dilihat oleh rata rata penonton yang hadir menyaksikan 

Malam Tayangan Perdana Filem Pagari Bulan. Ada yang bertepuk tangan diwaktu tayangan 

yang dipersembahkan . Aksi percakapan adalah Dialog dalam loghat Melayu Kelantan 

dan Bahasa Jepun dipersembahkan dengan baik. Dari Segi bunyi Audio juga memuaskan 

dengan beberapa bunyi tembakkan ,Letupan dan muzik latar begitu mengujakan kepada 

yang menontonnya. Ia disudahi dengan Lagu Tema diakhir tayangan . Lagu yang 

dinyanyikan ini amat berkesan kepada Filem Pagari Bulan tentang perjuangan 

mereka melawan tentera jepun dalan Filem ini. 



Akhir Kata jangan lupa untuk menyaksikan Filem ini yang bakal berlangsung di Seluruh 

Pawagam Malaysia , Brunei dan Singapura pada 

5 Oktober 2023 


Rating 8/10 


Trailer Filem Pagari Bulan di You Tube







 

Comments