Majlis Sambutan Maulidur Rasul Anjuran Galeri Raudhah Ampang Misi kasih sayang, perjuangkan sunnah Rasulullah SAW
Kuala Lumpur 28 September 2023 - Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1445H pada Khamis ini, telah diadakan di Galeri Raudhah dengan menganjurkan pelbagai program bagi memberi peluang orang ramai mengenali lebih dekat susuk manusia teragung, Nabi Muhammad SAW.
Majlis Grand Maulidurrasul ini diadakan pada 28 September , telah mengadakan beberapa acara yang menarik, antaranya konvoi motosikal
berkuasa tinggi,k ereta antik dan juga menaiki helikopter, Ia dikenali sebagai Perarakan Konvoi Kembara Kasih. Perjalanan yang dilalui adalah dari Galeri Rudhah sterusnya ke Dataran Merdeka dan Berakhir di Dataran Putrajaya.
Bermulanya acara majlis pada jam 9 pagi . Ia dimulakan dengan acara qasidah mengikut kategori kanak-kanak, remaja dan dewasa, dan juga kategori warga emas, kemudian terdapat juga acara pertandingan melukis kubah hijau ia disertai ramai orang. Acara ini adalah untuk menunjukkan kasih sayang terhadap rasullah s.a.w .
Kemudian acara kemuncak pada pada waktu petang. Ia bermula pada jam 2.30
petang. Dimulakan dengan taklimat oleh wakil YB Altimet . Kemudian perarakan lebih 100 buah kereta antik dan motosikal berkuasa
tinggi dari lokasi yang telah ditetapkan bermula.Sebelum acara perarakan semua yang hadir mengalunkan selawat ke atas junjungan Baginda nabi muhammad s.a.w sebagai tanda kasih kepada baginda rasulullah s.a.w . Selain sebagai mengambil berkat sebelum perarakan bermula.


"Kita mahu masyarakat hidup dengan Ikuti semua sunnah
Baginda Nabi SAW dalam seluruh aspek kehidupan termasuk berkasih sayang, dalam
pergaulan, bersahabat, makan minum, sunnah dalam berkeluarga dan sebagainya.Menurut Ustaz. " Sama-samalah kita perbanyakkan membaca sirah nabi,
ikuti dan hayatilah ia. Paling mudah, banyakkan berselawat, semoga kita
mendapat syafaat baginda dan mendapat rahmat Allah SWT. Keampunan Allah adalah
kemuncaknya keredhaan Allah SWT," menurut pengasas Galeri Raudhah .
Semasa acara perarakan diadakan majlis juga dihadiri oleh Adun Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, atau lebih dikenali sebagai Altimet. Beliau sendiri begitu teruja dapat hadir ke Galeri Raudhah dan sama sama meraikan acara Maulidur Rasul ini bersama - sama . Beliau dimana baru sahaja menjadi Wakil Adun Lembah Jaya . Beliau memberitahu kepada media bertapa sibuknya beliau bila menjadi wakil rakyat ia berbeza sebelum ini beliau dikenali bergiat aktif dalam industri muzik malaysia. Ketika beliau menjadi wakil rakyat belaiu terpaksa menjaga kemakmuran penduduk di dalam adun lembah jaya. Beliau terpaksa membahagikan masa untuk membantu penduduk dan kerja beliau. Apa yang telah dipilih oleh penduduk semasa pilihanraya harus beliau terjemahkan untuk berbakti kepada mereka semua. Beliau juga menyatakan dengan adanya acara sambutan ini beliau dapat bersama meraikan dan meuliakan baginda Nabi SAW . Sambutan ini mesti diadakan setiap tahun di Galeri Raudhah ini dan juga untuk penduduk ampang.
Perarakkan Majlis Maulidur Rasul Mereka Turut sama Menaiki Helikopter
Comments
Post a Comment