ERIZA MENEMPA NAMA DENGAN MENCIPTA KARYA TELAGA EMOSI MELALUI LAGU TERBARUNYA ‘DEMI KASIH’


Penyanyi muda berbakat, Eriza, 21 tahun, atau nama sebenarnya Ismar Eriza Allya 

mempertaruhkan bakat nyanyiannya dengan melancarkan lagu pertama beliau berjudul, 

‘Demi Kasih’. Eriza yang membuat kemunculan sulungnya dengan single terbarunya, 

mendedahkan bahawa pemilihan lagu 'Demi Kasih' sebagai lagu debutnya adalah hasil

 daripada minat mendalamnya terhadap genre muzik balada.


 

“Saya memilih lagu ini sebagai debut pertama kerana saya sangat sukakan muzik balada 

dan mahu mencubanya. Lagu-lagu balada mempunyai daya ungkapan emosi 

mendalam yang membuatkan saya tertarik dengannya” kata Eriza.



Eriza turut menyatakan bahawa lagu ‘Demi Kasih’ hasil komposer dan penulis lirik, 

Dato Ayu Omel, ini mempunyai jiwa & emosi yang tersendiri apabila menyampaikan 

lagu ini. “Ketika mendengar demo lagu tersebut, hati saya terus tertarik pada lirik dan 

melodinya. Saya suka bagaimana penulis lirik menggambarkan jiwa seorang wanita yang 

melalui detik sukar dalam hidupnya apabila terpaksa melepaskan seorang lelaki yang 

banyak berkorban untuknya. “Lagu ini agak mencabar bagi saya pada permulaannya, 

tetapi hasil dari bimbingan semua pihak di label D’Ayu Music memberikan keyakinan 

bahawa lagu ini akan berjaya menawan hati pendengar terutama mereka yang mengalami 

situasi yang sama seperti mesej di dalam lagu ini.” Dato Ayu Omel, sebagai komposer 

dan penulis lirik, telah mencipta sebuah karya yang sungguh menarik, dan melalui 

penyampaian penuh emosi Eriza, lagu 'Demi Kasih' dijangka akan menjadi

pilihan hati ramai pendengar.


 

“Eriza kini berada di landasan yang tepat untuk meraih kejayaan dalam dunia muzik, dan

 kita semua berharap untuk menyaksikan perjalanan kerjayanya yang semakin cemerlang.

“Demi Kasih' adalah lagu yang pasti akan membawa kita dalam pengembaraan melalui 

 emosi yang sejati” kata Dato Ayu Omel.


 

Walaupun masih menuntut pelajaran di sebuah universiti tempatan, Eriza telah 

membuktikan bahawa beliau mampu menguruskan masanya dengan baik dan 

menganggap perjalanan ini sebagai liku-liku yang perlu dilaluinya dalam meniti 

kerjaya dalam industri muzik yang mencabar ini.


BAKAT NYANYIAN DAN LAKONAN DALAM MV ‘DEMI KASIH’

& BIOGRAFI ERIZA 

 

Menurut pengurus D’Ayu Music, Nazim Othman, proses persiapan segala bahan lagu ini 

dibuat dengan teliti terutama pada lagu dan muzik video ‘Demi Kasih’ ini. Muzik video ini 

adalah hasil produksi dari Motawh Production yang diarahkan oleh As’ad Motawh.

“Apa yang menarik mengenai muzik video ‘Demi Kasih’ ini adalah kami menerapkan bakat

 lakonan dan nyanyian Eriza di dalamnya. Muzik video ini berkonsepkan penceritaan agar 

mood yang disampaikan dalam lagu ini lebih berkesan kepada pendengar. “Pengalaman 

lakonan  Eriza sebelum ini sangat membantu dalam proses menyiapkan muzik 

video ini” ujarnya.

 

Eriza sebelum ini telah berlakon di dalam sebuah filem ‘Harum Malam’ arahan pengarah 

terkenal Dain Said, dan Untuk Filem Waruga beliau telah selesai persiapan akhir  yang akan 

ditayangkan pada tahun hadapan.


Eriza juga bergiat aktif sebagai Model Gambar dan Photoshoot . 


Untuk lebih lanjut maklunat berhubung mengenai Penyanyi dan Pelakon Eriza yang semakin terkenal telah menempa nama dalam Industri Hiburan ini boleh lihat di gambar atas .

 

Untuk makluman, lagu ‘Demi Kasih’ telah dilancarkan pada 13 Oktober lalu di semua digital

streaming bersama Muzik Video di Youtube Channel D’Ayu Music.


Video Klip Musik Terbaru Eriza Lagu Bertajuk Demi Kasih 

Comments