KEPERIHATINAN LUAR BIASA RAKYAT MALAYSIA : DUA BUAH KONTENA BERISI PAKAIAN MUSIM SEJUK UNTUK PELARIAN SYRIA SIAP UNTUK DIHANTAR LAGI RM1,267,000 MASIH DIPERLUKAN KOS SUMBANGAN MUSIM SEJUK DISANA

 22 Oktober 2023, Shah Alam - Syria Care telah berkampung selama lebih seminggu

di Dewan Melati, Seksyen 7 Shah Alam dari 14 Oktober hingga 22 Oktober 2023 bagi

menjayakan projek 'Warm Their Winter' iaitu projek pengumpulan pakaian musim

sejuk baharu dan terpakai hasil sumbangan orang ramai.


Sokongan yang ditunjukkan masyarakat di Lembah Klang dan juga luar dari negeri

Selangor pada dua hari terakhir pengumpulan telah meningkatkan lagi sasaran 756

kotak pakaian musim sejuk baharu dan terpakai kepada 1,300 kotak dengan

anggaran setiap satunya seberat 10 hingga 15 kilogram.


Ketua Pegawai Eksekutif Syria Care, Puan Siti Sakinah Binti Meor Omar Baki berkata

sumbangan pakaian yang meningkat dalam masa dua hari ini adalah satu keajaiban

dari tuhan serta menunjukkan rakyat Malaysia sentiasa menjadi tangan awal dalam

membantu mereka yang berada dalam kesusahan Cabaran dihadapi pihak Syria Care

 ketika ini adalah dana bagi menghantar kontena yang masih belum mencapai sasaran 

yang diperlukan dan masih berbaki RM90,000. 





Syria Care turut berterima kasih atas  khidmat sukarelawan yang disumbangkan

 dari Briged Sukarelawan  Universiti Teknologi MARA (UITM), 

Management Science University (MSU),  Kolej Poly-Tech Mara cawangan Bangi (KPTM), 

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Politeknik Nilai dan Universiti Malaya (UM).

Projek ini juga mendapat kerjasama serta sokongan Sinar Karangkraf, Min Qalby

Foundation, Qalby App, World Peace Entertainment, Pertubuhan Kebajikan Dan

Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis

Perwakilan Penduduk Zon 3 (MPP ZON 3), De Haramain, Sasuke Bundle, Moon's

Kitchen serta Jakel Shah Alam Pelepasan kontena bantuan pakaian musim sejuk ini

 adalah fasa awal dari projek utama (Order (Warm Food) Their Winter dengan Aid' Winter), 

Syria sasaran bantuan Care kutipan yang bahan bakar berjumlah merangkumi

 (Fuel RM1. Aid) . bantuan juta dan sehingga bantuan pakaian pek Januari musim sejuk 

dan makanan 2024. 


Orang ramai yang ingin meringankan bebanan pelarian Syria dalam musim sejuk

kali ini, boleh menyumbang kepada tabung 'Winter Aid' menerusi akaun 


Maybank:

562106653575 

 CIMB Bank: 

8601894560

 dengan rujukan

 'WinterAid'.


Sehubungan itu, Syria Care mengalu-alukan sumbangan daripada semua pihak bagi

memastikan penghantaran bantuan musim sejuk dapat dibuat dengan seberapa segera.

 Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi Syria Care di talian 

011-37030900



Comments