MEMORANDUM DARI DATUK KALAI KEPADA DBKL BERKENAAN ISU PERNIAGAAN HARAM YANG DIMONOPOLI OLEH WRAGA ASING.

 Kuala Lumpur 24 Oktober 2023 Datuk kalai dan beberapa NGO telah hadir ke Bangunan DBKL untuk menyampaikan beberapa Memorandum kepada Pegawai bahagian perlesenan perniagaan DBKL.

 

Terlebih dahulu datuk Kali mengucapkan Tahniah & Syabas kepada Y Bhg Datuk 

Sr Kamarulzaman Mat Salleh yang dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang 

berkuatkuasa pada 17/04/2023. Kami mendoakan agar tuhan yang maha berkuasa 

memberkati kesihatan yang soleh dan panjang umur kepada Y Bhg Datuk Bandar


TUJUAN MEMORANDUM

Undang-undang dan dasar-dasar hal ehwal imigresen berkenaan kemasukan serta 

keberadaan warga asing di Malaysia telah menetapkan bahawa mana-mana warga asing 

yang memenuhi syarat yang ditetapkan sahaja boleh memasuki dan berada di Malaysia.

 Walaubagaimanapun, kebanjiran serta lambakan warga asing terutamanya di kawasan

ibu kota- Kuala Lumpur sering dibangkitkan dan menjadi perhatian rakyat di Malaysia. 

Kajian telah mengenal pasti dari perlaksanaan dasar-dasr pengurusan warga asing 

yang melibatkan kemasukkan dan keberadaan warga asing di Malaysia.


Implikasi dari dasar pengurusan warga asing dapat dilihat di dalam kedua-kedua konteks 

iaitu positif dan negatif. Kajian mendapati pengurusan warga asing memberikan impak 

positif kepada negara yang melibatkan keperluan buruh, pelancongan & pendidikan. 


Bagi konteks negatif , Untuk dasar pengurusan warga asing ia telah memberi impak 

negatif kepada keselamatan terutama melibatkan jenayah indeks dan penyakit berjangkit. 

Dalam cabaran warga asing dalam jurusan perniagaan dan penjajaan pula secara tidak 

sengaja merekakini berani  bermaharajalela tanpa gentar dan tidak takut menghadapi 

undang-undang dari  agensi-agensi kerajaan terutamanya Polis Diraja Malaysia,  

Imigresen Malaysia dan Pihak  Berkuasa Tempatan (PBT). Justeru demikian 

masyarakat madani  mempercayai sungguh  bahawa sistem pengurusan pihak

 berkuasa (PBT) tidak dapat mencegah dengan baik.


Isu kebanjiran warga asing kerap dibangkitkan setiap kali menjelang cuti perayaan dan cuti

umum yang panjang, dimana Kuala Lumpur (Ibu Kota) menjadi tumpuan warga asing untuk

berkumpul. Isu lambakan warga asing ini merebak sehingga membuat penduduk tempatan

 bukan sahaja tidak berasa selesa tetapi ada yang takut, malah umpama terasa

 terasing di tanah air sendiri.


          Risiko penularan jangkitan di kalangan warga asing juga amat tinggi berikutan 

kebanyakan  mereka yang tinggal didalam penempatan yang padat dan kotor. 

Kelambakan warga asing asalnya bermula dengan kedatangan mereka sebagai pelancong 

yang masuk ke Malaysia melalui  kemudahan pas lawatan sosial untuk tujuan  melawat 

saudara mara, melancong, membuat liputan akhbar atau berita, menghadiri mesyuarat, 

mengadakan perbincangan mengenai perniagaan , perdagangan dan kegiatan khas yang 

diluluskan oleh Ketua Pengarah Imigresen Malaysia. Tetapi lama kelamaan mereka telah

menyalahkan pas lawatan yang diberi dengan tinggal lama berniaga dan menjaja tanpa lesen

 perniagaan. Ada juga yang berkahwin dengan Warga Tempatan untuk kemudahan tertentu. 



LAMBAKAN WARGA ASING DALAM PERNIAGAAN & PENJAJAAN DI KUALA

LUMPUR (WILAYAH PERSEKUTUAN)


Kini ibu kota Malaysia - Kuala Lumpur menjadi tempat  tumpuan utama warga asing 

menceburi  segala jenis perniagaan iaitu kedai menjual perabut, kedai gunting rambut, 

kedai mendandan rambut, pusat kecantikan, kedai runcit, restoran, kedai karpet, 

kedai menjual barangan kulit, menjual sayur-sayuran, ikan secara borong, runcit serta 

menceburi EXPO, KARNIVAL, BAZAR DEEPAVALI & RAMADHAN.



AKTIVITI PERNIAGAAN DIDOMINASI OLEH WARGA ASING


Kini Amalan menyewakan Lesen Perniagaan kepada warga asing atau lebih dikenali sebagai

MENGALIBABAKAN lesen semakin berleluasa dan menjadi kelaziman di kalangan warga

tempatan. Warga asing kini mendominasi Lot-Lot kedai sehingga kawasan terbabit 

dilabelkan seumpama TANAH JAJAHAN WARGA ASING. Kawasan terutama

 BRICKFIELDS &  JALAN IPOH sekarang telah dimonopoli penuh oleh warga asing

 dilihat mereka   mejual malai, kuih muih tradisi India. Ada juga warga asing yang tidak 

 mempunyai dokumen yang sah. Ada juga kebanyakkan tuan asal kedai disini telah 

menyewakan tapak dihadapan bangunan mereka kepada warga asing. 

Kini dimana INTERGRITI DBKL yang sebenar mengenai aktiviti warga asing 

dihadapan mata mereka sekarang ini semakin berleluasa.  DBKL seharusnya 

faham sebenarnya kerajaan komited melindungi peluang  perniagaan untuk 

rakyat tempatan. Didalam garis panduan untuk  warga asing sebenarnya dalam sektor  

perdagangan  dan pengedaran di Malaysia  sepatutnya tidak dibenarkan  langsung 

untuk Warga Asing  membuka kedai runcit, gerai dan lain-lain perniagaan kecil.


Warga asing dari India khusunya dari Punjab kini begitu padat sekali di sekitar Brickfields &

Jalan Ipoh dengan menjaja, mejual kuih muih sehingga mereka berani meletakkan sebuah 

meja dalam keadaan berderet di sepanjang kaki lima . Ini menujukkan mereka benar-benar

 berani mencabar perundangan kerajaan tempatan (PBT) DBKL.


Apa yang menjadi kemuskyilan rakyat Malaysia ialah kenapa pihak DBKL tidak membatalkan

lessen-lesen peniaga tempatan atau menyita secara besar-besaran? Biasanya apabila ada 

aduan sepatutnya pihak DBKL harus turun beroperasi dan membuat tangkapan 

bersama Polis & Imigresen.  Tetapi ia tidak berlaku malah ada pula mereka  yang telah

 ditangkap  muncul kembali selepas 24jam dengan menjalankan kegiatan mereka 

seperti sediakala.


Kebanyakkan Perniagaan Warga Asing berleluasa  di lokasi berikut:-


WARGA PAKISTAN - RESTORAN DI SEPANJANG CHOW KIT DAN JALAN

MENGHALA KE JALAN IPOH


WARGA BANGLADESH - MENGUASAI JALAN IPOH DAN JALAN-JALAN

 BELAKANG SERTA BENGKEL-BENGKEL MEMBAIKI KERETA

YANG DIKELOLA OLEH MEREKA


WARGA INDIA - BRICKFIELDS, MASJID INDIA, JALAN KASIPILLAI,

JALAN KOVIL HILIR & JALAN IPOH, HADAPAN KUIL SRI SUBRAMANIYAR 

(KUIL CHETTY).


Di Lorong hadapan penuh dengan warga asing yang mengunakan gerai-gerai DBKL

 berniaga segala jenis makanan & minuman dari pagi hingga ke malam.


WARGA MYANMAR & BANGLADESH pula mengelola segala perniagaan dihadapan 

Pasar Borong Selayang. Tinjauan kami terdapat anggaran sebanyak 250 gerai dibuka 

di tanah lapang, tepi jalan, jalan hadapan Pasar Borong yang menjual sayur-sayuran, 

ikan secara borong & runcit. DBKL pula dipercayai tidak mengambil tindakan dengan 

cekap dan pantas. Persaingan warga asing amat ketara untuk peniaga tempatan.



PENGESYORAN KAMI DARI BADAN NGO


Sekeretariat mengesa dan mendesak supaya pihak Datuk Bandar serta Pihak Berkuasa 

DBKL  akan bersama dengan PDRM, KPDNHEP , JABATAN IMIGRESENsupaya  

melaksanakan  operasi secara berterusan bagi mengekang warga asing daripada 

terus mengambil kesempatan berniaga secara haram . 


kemudahan yang sepatutnya digunakan oleh WARGA MALAYSIA kebanyakkan telah 

dikuasi oleh warga asing . Kami sedar bahawa pihak DBKL sangat arif  mengenai kegiatan 

warga asing  berniaga dan menjaja telah menjadi bualan hebat bagi penduduk 

tempatan.  Namun kenapakah pihak DBKL masih lagi memberi ruang yang luas

bagi mereka menjalankan perniagaan seperti biasa di sini.


Sepatutnya ia menyalahi undang-undang dengan meletak meja dan  kerusi di 

sepanjang laluan pejalan kaki disamping itu ia amat membahayakan

keselamatan orang ramai. Tindakan tegas harus diambil di bawah SEKSYEN 46(1)(d)

AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974 dan juga boleh menguatkuasakan

SEKSYEN 47(1) dan juga AKTA 133.


 Warga asing yang menggunakan Lesen Warga Tempatan kini dengan menjaja, berniaga 

dengan menghalang seta menganggu perjalanan lalu lintas kenderaan dan pergerakan 

pejalan kaki harus diambil tindakan tegas. Pihak Berkuasa DBKL sepatutnya harus  

menyita barangan  jualan mereka serta menyaman mereka mengikut undang-undang 

kecil perlesenan, penjajaan di kawasan wilayah persekutuan Kuala Lumpur 2016.


Kami juga syorkan agar peniaga dan penjaja warga tempatan sahaja diberi pengecualian

dengan membenarkan mereka berniaga di kaki lima melalui beberapa syarat –syarat

tambahan agar ia tidak menimbulkan sebarang gangguan kepada yang lain. 


Pihak DBKL sebagai badan beruniform yang diberi peranan di bawah pengelolaan Datuk

Bandar juga harus memastikan tidak ada langsung kehadiran warga asing berniaga dan

menjaja secara haram . Pemantauan juga  harus dikuatkuasakan secara berterusan.


 Pihak Berkuasa DBKL juga diminta menggunakan enekmen Undang -undang 

SEKSYEN 101(1) (V) AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976 – 

Dimana boleh menutup serta merta premis yang dikendalikan oleh warga asing 

yang tidak mengikut peraturan.


Pihak DBKL juga diminta menguatkuasakan UNDANG-UNDANG KECIL (UUK) yang

sedia ada bagi memastikan tiada warga asing dalam industri khususnya di sektor,

perniagaan, industri serta penjajaan.


Datuk Bandar juga dimohon menyaran Bahagian Perlesenan & Penguatkuasa

DBKL dengan segera tegas menangani isu PEMEGANG KAD UNHCR yang begitu

berleluasa berniaga disini. Mereka terdiri daripada warga SRI LANKA, MYANMAR &

AFGHANISTAN mengendalikan kedai-kedai & gerai menjual makanan dengan berleluasa 

di Kuala Lumpur.


 Datuk Bandar juga dipohon untuk memastikan dan menguatkuasakan PERKARA 39B

PERATURAN-PERATURAN IMIGRESEN 1963 iaitu menyalahgunakan PAS

LAWATAN SOSIAL (PLKS) yang dikeluarkan. Datuk Bandar boleh mengesyorkan

kerjasama operasi berterusan dengan pihak Imigresen dan sekiranya kekurangan anggota

maka anggota dari RELA akan menjadi alternatif tambahan untuk tindakan selanjutnya 

. Ini akan mengakibatkan mana-mana yang penyalahgunaan  (PLKS) akan diusir

keluar daripada negara ini dan akan disenarai hitam  mereka yang ditangkap.


Akhir kata Datuk Kalai Sekian disudahi dengan salam prihatin dan terima kasih

Yang Sentiasa Taat Setia Kepada Raja & Negara










Comments