Isu Warga Asing Berniaga di Serata Malaysia Tanpa Lesen Perlu diambil Tidakan Segera Dengan Tegas Datuk Kalai Bersama beberapa NGO-NGO yang Hadir
Kuala Lumpur 5 September 2023 Sidang media khas ini diadakan di sebuah Restoran berdekatan Jalan Ipoh mengenai tiada tindakkan diambil untuk Warga Asing yang berniaga semakin berleluasa di Malaysia. kerajaan yang sepatutnya mengambil tindakan tegas terhadap pengguna pas lawatan dan juga warga asing yang mempunyai dokumen sah seperti pasport negara asal mereka dengan sengaja menjalankan aktiviti berniaga tanpa lesen dengan menjaja di banyak kawasan. Antara Lokasi terkenal tempat mereka berniaga adalah bandar klang, Kompleks Mutiara , Briekfields, Cameron Highlands dan pelbagai lagi tempat tumpuan warga asing di serata Malaysia .
Warga Bangladesh -
sekitar Petaling Street,sekitar Pudu mereka menjalankan aktiviti perniagaan percetakan secara besar-besaran. Mereka juga memonopoli kebanyakan gerai-gerai pasaraya di Plaza Pudu, Kawasan Brickfields dan terdapat juga gerai-gerai makanan serta barangan runcit yang dijual. Perniagaan Restoran di (Jalan Padang Belia), Belakang YMCA, Brickfields,KL. Di Kawasan sekitar Jln Masjid India secara berleluasa menjadi sarang besar warga India Bangladesh menjalankan aktiviti menjual kain-kain dan pakaian.
Warga Pakistan -
Sekitar Chow Kit & Jalan Ipoh menghala ke PWTC. Kawasan-kawasan di sini telah dimonopoli dengan restoran-restoran makanan Pakistan. Kedai-kedai menjual perabut (kepunyaan warga Pakistan) juga tumbuh dengan begitu pesat.
Menghairankan juga bagaimana PBT khususnya pihak DBKL dapat mengeluarkan lesen kepada premis-premis di Kuala Lumpur dimana perniagaannya di monopoli oleh warga
asing yang di percayai meyalahgunakan permit mereka. Ada juga ramai tidak
mempunyai dokumen sah (PATI). Tindakan tegas sepatutntya harus diambil oleh pihak Menteri KDN dengan menguatkuasa Imigresen supaya berkuatkuasa kepada PERKARA 39b PERATURAN-PERATURAN IMIGRESEN 1963
IAITU MENYALAHGUNA PAS LAWATAN SOSIAL yang dikeluarkan.
Warga Asing yang terlibat dalam perniagaan dan penjajaan di
negara ini yang tidak mengikut undang undang boleh dikenakan tindakan tegas termasuk boleh diusir keluar daripada negara ini. Pihak
Imigresen juga akan meyenarai hitam mereka yang ditangkap atas kesalahan berkenaan. Untuk Pengetahuan Umum Pihak DBKL boleh mengunakan kuasa mereka
mengikut Seksyen 101(1) (v) AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976 menutup serta merta premis perniagaan oleh warga asing yang tidak mengikut undang undang . Pihak DBKL juga boleh menguatkuasakan bagi mereka yang
melanggar syarat lesen mengikut Undang-Undang Kecil Perniagaan Tred Perniagaan &
Perindustrian (WPKL) 2016 dan Akta Kerajaan Tempatan 1976. Pihak Imigresen sepatutnya menjalankan tugas mereka
tanpa prejudis dengan mengunakan Akta Imigresen 1959/63 dengan menangkap warga asing yang gagal
kemukakan dokumen pengenalan diri.
Ekonomi rakyat Malaysia sekarang ini telah ditekan, tercabar dan tergugat atas
kebanjiran dengan kelambakkan warga asing mejalankan aktiviti berniaga serta menjaja di serata Malaysia . Maka dengan ini adanya isu isu tertera Datuk Kalai bercadang supaya
badan-Badan NGO-NGO bersatu hati kemudian mereka akan mengemukakan satu Memorandum Khas dalam masa yang singkat
ini kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur, dan juga YAB Perdana menteri Malaysia serta Ketua
Pembangkang di Parlimen Malaysia.Sekian disudahi dengan salam Hormat dan Terima Kasih,
Yang Sentiasa Taat Setia kepada Raja & Negara.
Kesemua NGO - NGO juga melafazkan Ikrar untuk membanteras masalah ini serta melafazkan Rukun Negara dihadapan Para Pengamal Media yang hadir.






Comments
Post a Comment