Pelancaran Trailer Filem Mar Rak dengan Lagu OST Terbaru Bertajuk Seru Cinta Mencetus Fenomena Filem Berkonsepkan Kesenian & Keseraman

 

BUKIT JALIL KUALA LUMPUR, 18 OKTOBER 2023 - Pentas Wayang Production Sdn Bhd muncul dengan Filem Mar Rak arahan seorang pengarah filem, pelakon dan penerbit yang namanya tidak asing lagi dalam industri seni tanah air Malaysia, Dato' T.S.Jeffry, yang juga merupakan pengarah dalam filem ini. Filem Mar Rak yang bergenre seram & thriller ini merupakan idea dan cerita asal serta olahan skrip oleh Dato' T.S.Jeffry sendiri manakala skrip oleh Adza Waty dan Adza Emie. Filem terbitan Pentas Wayang Production Sdn Bhd. Official Sound Track (0ST) Mar Rak ini akan disiarkan secara rasmi di semua platform media sosial Pentas Wayang Production Sdn Bhd & Metrowealth.


Muzik video lagu 'Seru Cinta' terbitan Aby Studio and Entertainment menampilkan Kael, Shatirah Amanda, Nina KSC dan Dyvianna James yang juga merupakan pelakon utama filem Mar Rak sebagai penyanyi dalam Official Sound Track ini. Menariknya, lirik lagu 'Seru Cinta' ini telah dihasilkan sepernuhnya oleh pengarah dan penerbit filem Mar Rak, iaitu Dato' T.S.Jeffry sendiri yang dinspirasikan khusus untuk filem Mar Rak yang berkisarkan kisah percintaan sehingga terpaksa menggadai nyawa.

Berikut adalah berkenaan lagu tema filem "triller horror" ini:


Tajuk Lagu : 

SERU CINTA


Lirik : 

Dato' T.S.Jeffry


Lagu dan muzik  : 

Kabir Bambu


Penyanyi : 

Kael, Shatirah Amanda, Nina KSC & Dyvianna James


Durasi :

2 minit 20 saat.


Rakaman :

Aby Studio and Entertainment


Hak Cipta :

Pentas Wayang Production Sdn Bhd


Penyanyi dan Pelakon Utama : 

Kael, Shatirah Amanda, Nina KSC & Dyvianna James


Sebagai makluman, filem ini telah mendapat kerjasama penuh daripada Kementerian Komunikasi Dan Digital (KKD) melalui Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS) atas Dana Kandungan Digital (DKD) yang telah dibelanjakan bagi memastikan filem ini berjaya dihasilkan seterusnya akan menemui penonton di pawagam.

 

Filem Mar Rak terbitan PENTAS WAYANG PRODUCTION SDN BHD ini mendapat kerjasama serta edaran METROWEALTH PICTURES  ( David Teo ) yang bakal menemui penonton pada 

2 NOVEMBER 2023 

di pawagam seluruh Malaysia Jom Saksikan nanti

LIRIK LAGU SERU CINTA (OST)  MAR RAK 

Utusan demi utusan ku terima

Coretan nukilan tulus dari jiwa

Luahan rasa yang penuh bermadah

Terkulai diri menatapnya

Hati yang berdetik madah bagai terkunci,

Tak mampu melafazkan yang tersirat dihati,

Hidup terkadang indah bagai bulan purnama,

Kadang kala menyakitkan bagai tiba gerhana,

Seandainya kita di takdirkan bersama,

Kuserahkan seluruh jiwa dan raga,

Segala rintangan yang menghalangi cinta kita,

Terhapuslah kewujudannya dari sealam maya,

Seandainya aku diberi kesempatan,

Kan ku cuba melemahkan seru yang bertandang,

Warkah yang diutus bersama mentera jiwa,

Hanya pada Tuhan tempat ku meminta,


Video Klip lagu : Seru Cinta  (Ost Mar Rak) di You Tube




Trailer Filem Mar Rak di You Tube






Comments