Rangkuman Filem Cerana Biduk Bu Merah Amat Menyeramkan
Filem :
Cerana Biduk Bu Merah
Pengarah:
Haizul Anafer Ali
Genre:
Seram
Pelakon:
Fasha Shanda, Pekin Ibrahim, Wan Hanafi Su, Sara Daewoo, Badrul Muhayat, Pyan Kepoh
Penerbit:
GOLDHILL PICTURES SDN BHD
Edaran:
GOLDHILL PICTURES SDN BHD
Saluran:
Seluruh Pawagam Seluruh Malaysia
Tarikh Tayangan:
12 Oktober 2023
Sinopsis:
Seorang wanita tua Bu Merah yang dipinggirkan oleh orang
kampung tinggal sendirian di sebuah rumah pusaka , menyelamatkan seorang gadis
yang cuba dirogol bernama Sofia . Bu Merah biar pun tua , tapi kulitnya tidak
berkedut ,malah dia sentiasa kelihatan cantik . Penjaga Cerana Biduk yang
berpuaka menjadikan Bu Merah sentiasa cantik dan muda .
Takdir menentukan , Sofia adalah warisnya yang dilarikan
oleh anak dan menantunya . Menantu dan anaknya telah melarikan diri kerana
bimbang dibunuh oleh penunggu cerana Biduk . Saka Cerana Biduk tinggalan suami
menyebabkan Bu Merah hidup terseksa. Kehadiran Sofia menyedarkan Bu Merah .
Cerana Biduk perlu dibunuh demi menyelamatkan warisnya Sofia dari mewarisi
Cerana Biduk yang mencari penyambungnya .
Berjaya kah Bu Merah membuang saka dan semangat Cerana Biduk
saksikan Filem Cerana Biduk Bu Merah dipawagan anda .
Ulasan :
Filem Cerana Biduk Bu Merah merupakan sebuah filem genre
seram yang diterbitkan oleh Goldhill Pictures Sdn Bhd .
Penerbit Goldhill Pictures Sdn Bhd , En Haizul Anafer Ali
berpendapat , filem Cerana Biduk Bu Merah ini wajib menjadi tontonan umum
kerana banyak mesej dan pengajaran yang ingin disampaikan. Segelintir masyarakat mulai alpa dengan duniawi, rakus ingin
mencapai kejayaan , ghairah dengan keseronokan dan keindahan dunia yang
sementara sehingga terlupa beban syurga dan neraka yang menanti .
Sama sama kita menonton Filem Cerana Biduk
Bu Merah ini , kerana selain wadah hiburan ia menyelitkan natijah perbuatan
syirik , saka , semangat dan spiritual yang masih berleluasa dalam masyarakat
kita.Semoga filem ini dapat memberikan impak kesedaran rohani dan spritual yang
besar .Filem Cerana Biduk Bu Merah arahan Haizul Anafer Ali
dibarisi pelakon popular dan hebat tanah air antaranya Fasha Sandha , Pekin
Ibrahim , Wan Hanafi Su , badrul Muhayat , Sarah Daewoo ,Pyan Kepoh dan ramai
lagi .
Filem ini menjalani penggambaran di beberapa lokasi menarik
di negeri Perak .Antaranya Lembah Lenggong, Grik dan Kuala Kangsar. Menurut Pengarah Filem En Haizul Anafer Ali sewaktu pengambaran dilakukan banyak berlaku babak mistik yang tidak dijangka . Jelas beliau dipermulaan pengambaran adengan aksi pelakonnya digantung di tengah sungai . Beliau dan petugasnya cuba menarik naik pelakon tersebut tetapi tidak berjaya, sampaikan Tali yang besar segemgam tangan diikat kepada pelakon tersebut itupun boleh putus. Sehingga pelakon tersebut terjatuh di dalam sungai. Jelas pengarah beliau sendiri pun kehairanan. Menurut pelakon tersebut beliau merasakan ada sesuatu yang cuba menarik beliau dari bawah sungai tersebut sehingga putusnya Tali besar segemgam Tangan itu Putus. Ia satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Ada beberapa lagi halangan yang ditempuhi untuk melakukan pemgambaran filem ini. Iaitu ketika pengambaran di akhir Filem pengarah ingin mengambil adengan berdekatan Sungai di bawah Jambatan Kuala Kangsar. Namun cuaca selalu tidak menginzikan dan hujan. namun Tuan Pengarah tetap inginkan pengambaran ditempat tersebut. Itulah antara cabaran cabaran yang ditempuhi semua sewaktu menghasilkan Filem ini. Pengarah Filem En Haizul Anafer Ali telah berjaya mengahsilkan satu karya yang hebat kepada penonton. Hasil skrip dikarang oleh Siti Jasmina ia diolah dengan baik untuk difilemkan kepada penonton pada malam tayangan gala tersebut. Rata rata penonton yang hadir berpuas hati dengan Filem yang dihasilkan oleh En Haizul Anafer Ali.
Untuk Keseluruhan filem ini anda akan berada disituasi yang menyeramkan dimana Setiap adengan yang dipertontonkan menyebabkan anda ketakutan. Banyak yang penonton melihat filem ini ditayangkan ada yang tidak boleh meneruskan kerana keseraman filem ini. banyak adengan " Jump Scare mengejutkan penonton. Latar Belakang Bu Merah itu sendiri pun amat menyeramkan dengan suara longat Melayu dahulukala. Aksi Suasana ketika sebuah kampung tersebut diselembungi Misteri Cerana Biduk Buu Merah latar Visual pun kelihatan Nampak Suram. Ia memainkan peranan penting kata tuan pengarah untuk menghasilkan suasana Mistik. Beberapa Adengan CGI yang dipertontonkan juga berhasil memberi impak kepada penonton dengan kehadiran susuk Mistik. Dari segi perjalanan cerita ia amat mudah difahami dan penonton juga akan bermain teka teki siapakah wanita misteri Buu Merah ini.
Goldhill Pictures Sdn Bhd selepas ini akan terus menghasilkan
filem-filem bermutu tinggi yang terdiri daripada pelbagai genre pada tahun ini.
Kerjasama dan sokongan semua untuk menonton filem ini amatlah dialu-alukan bagi
memastikan semua misi dan visi ini mencapai matlamat yang diharapkan. Filem Cerana Biduk Bu Merah bakal ditayangkan pada 12 Oktober 2023 dipawagam seluruh negara termasuk Brunei dan Singapura . Jangan lepaskan peluang anda untuk menonton Filem ini .
Comments
Post a Comment