Majlis Menandatangi Perjanjian Kerjasama MOU antara Luncai Emas dan UniVRse Interactive untuk Muzik Permainan Digital Melayu Melaka
Kuala Lumpur 29 September 2023 Sesi menandatangani MOU telah diadakan antara Luncai Emas SDN BHD dengan Universe Interactive SDN BHD bertempat di KLCC . Turut hadir Datuk M.Nasir mengatakan hampir 40 tahun berkecimpung dalam dunia muzik, saya tidak pernah terfikir akan menghasilkan lagu untuk permainan digital. Namun begitu, beliau sangat teruja meskipun ia amat mencabar.
Mohd Khirin Omar atau lebih dikenali sebagai Keon merupakan pengurus kepada Datuk M.Nasir pula
mengatakan mungkin akan ada lagu seperti Mentera Semerah Padi atau Mentera
Semerah Padi 2 daripada Dato’ Nasir untuk permainan digital video tersebut.

Sebelum itu, dalam ucapannya, Mohd Hezri tidak
menyembunyikan rasa gembira dapat bekerjasama dengan Datuk M.Nasir
untuk produksi pertama UniVRse, walaupun belum lengkap sempurna untuk beralih
ke produksi kedua.Ia adalah pertama kali dalam sejarah bila Datuk M.Nasir menjadi pembuat Muzik dan lagu untuk sebuah pemainan digital.
Kerjasama strategik ini bertujuan untuk mewujudkan perkongsian yang saling menguntungkan antara Luncai Emas Sdn Bhd dan UniVRse Interactive Sdn Bhd, merangkumi pelbagai domain terutamanya dalam landskap hiburan dan Permainan Digital. Pada masa ini, tumpuan pakatan ini adalah ke arah pembangunan berkaitan muzik untuk permainan “Empayar: The Melaka Chronicles” dalam pembikinan
Luncai Emas Sdn Bhd, sebuah entiti terkenal yang diketuai oleh penyanyi, pemuzik, komposer, dan penulis lagu terkenal Malaysia, Datuk M. Nasir, telah ditubuhkan pada 5 Januari 1990. Selama bertahun-tahun, Luncai Emas Sdn Bhd telah mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu syarikat penerbitan muzik paling berjaya. Manakala, UniVRse, ialah syarikat pembangunan permainan yang sedang meningkat naik yang dilengkapi dengan teknologi metaverse, 3D dan AI yang canggih.UniVRse juga terlibat secara aktif dalam perkhidmatan multimedia kreatif, dengan kepakaran dalam gamifikasi, VR/AR dan pemasaran digital. Majlis menandatangi ini adalah usaha yang penting bagi memartabatkan Industri permainan digital berkonsepkan Sejarah Tanah Melayu pertama.
Penandatanganan MOU ini mewakili satu peristiwa penting dalam bidang hiburan dan pembangunan kandungan digital, unntuk menyampaikan gabungan muzik dan teknologi yang luar biasa. Disamping ia juga dapat mempamerkan dan mempromosikan budaya dan warisan Malaysia kepada khalayak masyarakat dunia yang kebanyakkan anakanak muda menyukai permainan digital ini.
Majlis diakhiri dengan ucapan penutup oleh Datuk Ts. Fadzli Abdul Wahit, Ketua/Naib Presiden Kanan,Pembangunan Industri Digital di Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).
Untuk maklumat lanjut mengenai Permainan ini anda boleh layari
Laman web rasmi UniVRse di :
Video Pembangunan Permainan Digital "Empayar The Melaka Chronicles"
Comments
Post a Comment