PASAR PEKAN SEHARI ADA PELBAGAI BARANGAN KEPERLUAN YANG MENJADI PILIHAN PENGUNJUNG

 PEKAN SEHARI BANDAR TEMERLOH

Apa yang menarik tentang Temerloh ini anda kena datang sendiri disini dimana inilah salah satunya Pasar Terpanjang di Malaysia . Ia menjual pelbagai barangan keperluan dan Makanan. Moh datang sini nak tahu barang apa lagi yang ada. 




Pada masa ini kami dibawa oleh  encik Khairul beliau begitu arif tentang tempat yang menarik di Temerloh. Sampai disini kami merasai sendiri pengalaman berada di Pasar Pekan Sehari. Beliau menceritakan kepada kami tentang Pasar Pekan Sehari ini. Ia dibuka setiap hari Ahad sahaja setiap minggu dari jam 7.00 pagi sampai pukul 12.30 tengahari. 







Suasana sungguh mengujakan disini anda boleh melihat sendiri ada pelbagai produk yang dijual antara yang unik jarang ada di pasar adalah Ikan Patin Hidup, Kuih Tradisional Temerloh, Dodol Kukus ,Dangai,  Pokok Keladi dan pelbagai lagi yang menarik. 






Dodol Kukus dan Dangai rasanya begitu sedap







Ada Pelbagai jenis Spesis Ikan yang diperolehi dari Sungai Pahang. Menjadikan Temerloh Sebagai Bandar Makanan Ikan utama di Malaysia . 


Juga ada Pelbagai jenis buah buahan ada dijual disini




Disini ada dijual pelbagai jenis Beras , Beras Pulut Hitam, Beras Pulut, Beras Nasi Dagang, Kari, Kunyit, dan pelbagai lagi barang keperluan Masakan .










Antara Tarikan Utama di Pasar Pekan Sehari ini adalah Pengemar Pokok Keladi Hiasan. Disini Terdapat begitu banyak orang menjual Pokok Keladi Hiasan . Anda boleh datang sendiri untuk memilih ada  pelbagai jenis Keladi yang disukai. Harganya juga begitu Murah dalam RM 10 sampai RM 40 sepokok tidaklah begitu mahal berbanding di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Jadi kepada penggemar Pokok Keladi Hiasan disinilah tempat anda harus datang. 







Disini ada pelbagai barangan keperluan lain lain seperti Pakaian, Batu Cincin.



Ubat ubat Herba Akar Kayu dari Hutan Pahang 


Pelbagai Jenis Apam Balik


Buah Jering 



Pelbagai jenis kerepek





Anda juga boleh mengambil gambar Monumen yang menarik di Pekan Sehari untuk dijadikan kenangan berada disini. 


Ia juga berdekatan dengan Satadium Temerloh. 

Jadi datanglah meluangkan masa di Pekan Sehari ini anda pasti teruja melihat pelbagai barang ada dijual disini. 








PEKAN SEHARI TEMERLOH

LOKASI : JALAN IBRAHIM, TEMERLOH

HARI OPERASI : AHAD SAHAJA

WAKTU OPERASI : 7 PAGI – 12 TENGAHARI





































Comments