SENATOR DATO' SRI TI LIAN KER MERAIKAN MAJLIS SAMBUTAN ULANGTAHUN KE-25 EKSPIDISI GUNUNG EVEREST 1997 & MELANCARKAN FRANCAIS MEDIA ' THE SUMMIT 97 " BERNILAI RM150 JUTA
KUALA LUMPUR, 17
Februari 2022 Syarikat penerbitan filem tempatan Fullmoon Pictures (M) Sdn. Bhd.
(Fullmoon Pictures) menyambut ulangtahun ke-25 kejayaan Malaysia menawan puncak
Gunung Everest pada tahun 1997.
Bersempena dengan sambutan ini, Fullmoon
Pictures juga melancarkan francais media bernilai RM150 juta di bawah kempen
"The SUMMIT-97 .
Dihadiri oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB
Senator Dato' Sri Ti Lian Ker dan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional
Malaysia (FINAS), Ybrs. Tuan Zakaria Abdul Hamid beserta beberapa kenamaan yang
lain termasuk Pesuruhjaya Tinggi dan Duta-duta dari beberapa buah negara.
Di sebalik kejayaan
mereka ini, masih ramai yang belum sedar dengan peristiwa bersejarah ini,
termasuk laman web Wikipedia.
Dengan itu, Fullmoon
Pictures telah memulakan misi mereka untuk meningkatkan kesedaran awam tentang
peristiwa bersejarah ini dan memberi makna untuk rakyat merasa bangga kepada negara Malaysia.
Kami hanya memahami
pahit getir mereka semasa kami mengkaji mengenai kisah tersebut, termasuk
temubual, artikel dan dokumentari. lanya telah benar-benar membuka mata kami.
Konsep mendaki gunung
tertinggi dunia sambil mengharungi iklim yang mencabar hanyalah sekilas dari
peristiwa ini.
Tidak ramai yang
mengetahui keseluruhan proses latihan, kos disebaliknya, persedian mental dan
tahap usahasama yang terlibat dalam keseluruhan perjalanan."
Dengan itu, kempen "The SUMMIT-97" telah
ditubuhkan untuk membolehkan para penonton merasai pahit getir dan cabaran yang
ditempuh melalui penerbitan - filem-filem animasi, dokumentari, buku-buku,
muzik latar asli, filem-filem, rakaman di sebalik tabir dan aplikasi permainan.
Kos RM100 juta telah diperuntukkan untuk menghasilkan filem
yang berjudul "PEAK OF HEAVEN", yang menglibatkan selebriti-selebriti
antarabangsa seperti A. R. Rahman, Guy Sebastian, Henry Golding, Phedon
Papamichael dan ramai lagi, menjadikan filem ini bertaraf antarabangsa sesuai
untuk tayangan global.
Sejak empat tahun yang lalu, sebuah kajian yang menyeluruh
telah dijalankan untuk memahami kehendak para pengguna dalam sesebuah subjek.
Menurut kajian tersebut, francais media "The SUMMIT-97" mampu menarik
minat 98 juta penonton di seluruh dunia.
Tambahan pula,
Fullmoon Pictures juga akan menggabungkan teknologi StageCraft untuk
menghasilkan suasana Gunung Everest yang hiper realistic dalam waktu nyata.
Dengan itu, mereka menjangkakan untuk menghasilkan sebuah
filem yang berimpak tinggi, dan akan menetapkan tahap yang baharu dalam industri
hiburan Asia Tenggara.
"PEAK OF HEAVEN" juga dijangka akan menetapkan 5
rekod Guinness World Records setelah siap sepenuhnya.
Soal Jawab bersama media dibuat selepas sesi pelancaran dan telas berjaya mendapat banyak penjelasan yang berguna untuk membangunkan Filem "PEAK OF HEAVEN" menjadikan filem yang terbaik untuk bersaing di peringkat antarabangsa.
Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia
(FINAS), Tuan Zakaria Abdul Hamid berkata, "Fullmoon Pictures membawa
mesej yang penting, iaitu sentiasa mengejar kejayaan bertaraf antarabangsa dan
kekal fokus kepada matlamat asal.
Seperti mana mereka
menetapkan “Guinness World Records” melalui filem mereka - PEAK OF HEAVEN,
Filem Teknologi Pertama di Asia Tenggara yang menggunakan teknik rakaman “STAGECRAFT
(The Volume)."
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Senator Dato' Sri Ti
Lian Ker berkata, "Saya ingin menegaskan kepentingan kempen "The
SUMMIT-97" ini.
lanya kisah yang bernilai bukan sahaja kepada para atlit, tetapi
kepada setiap individu dalam kehidupan seharian mereka. lanya menjadi
kebanggaan rakyat Malaysia.
Saya percaya, ramai
rakyat Malaysia mempunyai kebolehan kesukanan yang belum dipersembahkan ke peringkat
dunia."
untuk maklumat lanjut, Sila layari
https://www.fullmoonpic.com
Comments
Post a Comment